CINTA TERLARANG 47

10.1K 59 7
                                    

fariz menunggu shasha di luar pintu pagar rumah agam yang tersergam indah itu. dia datang ke situ hanya untuk menjemput shasha keluar dengannya. bila dia lihat rumah agam tersebut dia teringatkan puan sri mia. dia cuba mengalihkan fikirannya pada perkara yang lain. dia tidak mahu memikirkan tentang wanita itu. tidak lama kemudian shasha datang menghampirinya di situ. dia kelihatan sangat cantik dalam baju gaunnya yang berwarna purple. dia tersenyum pada fariz. fariz membalas senyuman gadis itu.

pada waktu yang sama kelihatan puan sri mia melangkah menuju ke balkoni rumahnya. sakit kepalanya sudah berkurangan sedikit. dia ingin menghirup udara segar di luar rumah pada malam itu. tiba tiba dia nampak shasha sedang berbual dengan seseorang di luar pintu pagar rumah tersebut. kalau tidak salah itu ialah fariz. dia kelihatan begitu tampan dan bergaya pada malam tersebut. dia lihat shasha begitu gembira sebaik saja dia bertemu dengan pemuda itu. mereka berbual bual seketika. tidak lama kemudian dia lihat mereka pergi dengan menaiki motosikal milik fariz.

puan sri mia sengaja membiarkan shasha keluar dengan fariz sebab dia dapat rasakan yang shasha sukakan fariz. itulah sebabnya dia memberi peluang pada shasha untuk mendekati fariz. lagi pun dia sedar yang dirinya tidak layak berdampingan dengan pemuda tersebut. maklumlah dia sudah bersuami dan ada anak pula tu. malah umurnya jauh lebih tua daripada fariz. jika dia teruskan niatnya hendak bercinta dengan pemuda itu bagaimana pula dengan suaminya?... takkanlah dia tinggalkan suaminya sedangkan suaminya sudah berubah menjadi lelaki yang baik... jadi tak ada alasan untuknya meninggalkan suaminya itu... setelah di fikirkan berulang kali dia pun mengambil keputusan untuk mematikan perasaan cintanya terhadap fariz biar pun itu amat sukar di lakukannya...

*** *** ***

shasha pulang ke rumahnya dengan senyuman lebar terukir di bibirnya. dia merasa sungguh gembira sekali pada malam itu. fariz membawanya ke kelab malam untuk berhibur. setelah penat berhibur mereka pergi menonton wayang. di sepanjang pertemuan mereka fariz melayannya dengan begitu baik sekali sehingga dia merasa sungguh gembira bila bersama dengan pemuda itu. fariz tidak lagi menjengkelkan hatinya. malah dia amat menyenangi kehadiran pemuda tersebut di sisinya. cuma satu perkara saja yang membuatkannya tertanya tanya. wajah fariz kadangkala kelihatan sedih sekali. seperti ada yang mengganggu pemikirannya pula. bila di tanya fariz tidak menjawap soalannya. malah dia mengajak shasha berbual tentang perkara yang lain pula. dia seperti menyembunyikan sesuatu dari shasha....

"macamana dengan dates awak bersama fariz?... okay tak?", soal suatu suara. shasha terkejut di saat dia mendengar pertanyaan itu. dia mendongakkan wajahnya. kelihatan puan sri mia sedang duduk di atas kerusi sofa seorang diri. "oh mummy.., ingatkan siapa tadi... anyway, we're having a great times mummy... betul kata mummy fariz seorang lelaki yang baik... dia melayan saya dengan baik... dia bawa saya ke kelab malam... lepas tu kami pergi menonton wayang bersama...", kata shasha sambil tersenyum lebar. perlahan lahan dia duduk di sebelah mummynya. puan sri mia terdiam sejenak. dia dapat bayangkan fariz menari bersama anaknya di kelab malam dan dia juga dapat bayangkan mereka duduk bersama sama menonton wayang di pawagam. dalam diam dia merasa cemburu bila memikirkan itu semua. namun dia cuba menepis rasa cemburu itu dari lubuk hatinya.

"oh... thats good... at least you have a great times with him...", kata puan sri mia cuba tersenyum. walaupun dia tahu senyumannya itu terlalu hambar. "cuma saya merasa hairan sikit dengan fariz tu...", kata shasha. "apa yang awak hairankan pula?", soal puan sri mia ingin tahu. "dia kadangkala tampak sedih. dia macam ada masalah aje...", kata shasha perlahan lahan. "dia ada bagitahu awak tak kenapa dia tampak sedih?", soal puan sri mia ingin tahu. "tak... bila saya tanya kenapa wajahnya tampak sedih tapi dia tidak jawap soalan saya. dia hanya menggeleng gelengkan kepalanya. dia tak cakap apa apa pun pada saya... mummy rasa fariz ada masalah tak?", soal shasha. "entahlah...", balas puan sri mia sepatah. shasha merenung wajah mummynya. "wajah mummy pun tampak sedih macam fariz... ada apa sebenarnya ni?", soal shasha ingin tahu. "eh... wajah saya tampak sedih ke?...", soal puan sri mia tersentak. Dia menyentuh wajahnya.

CINTA TERLARANG (18)Where stories live. Discover now