CINTA TERLARANG 42

10.5K 72 3
                                    

Fariz melangkah keluar dari restoran KFC dengan di iringi oleh shasha. Mereka berjalan sambil berbual bual. "Riz... saya nak ajak awak menonton wayang lepas ni... awak nak tak?", soal shasha sambil tersenyum manis. "Saya nak juga menonton wayang... sebenarnya saya dah lama tak pergi menonton wayang....", fariz bersuara dengan pantas. "Oh kalau macam tu baguslah... mari kita pergi ke cinema hall centre kat bangunan sana tu...", ajak shasha. "Okay, no problem", balas fariz ringkas. Mereka segera beredar dari situ.

*** *** ***

Puan sri mia melangkah masuk ke dalam rumah agam itu dengan langkah kaki yang lemah sekali. Dia merasa hampa kerana tidak dapat berjumpa dengan fariz malam itu. Dia berjalan masuk ke dalam bilik tidur dengan wajah yang masam mencuka. Langkah kakinya terhenti sebaik saja dia terdengar suatu suara menegurnya, "awak pergi ke mana tadi?"... Perlahan lahan dia mendongakkan wajahnya. Kelihatan tan sri rizal sedang duduk di atas birai katil yang empuk sambil memandang ke arahnya. Puan sri mia diam membisu. Dia melangkah menuju ke meja soleknya. "Jawaplah pertanyaan abang ni... awak pergi ke mana tadi?", soal tan sri rizal. "Sejak bila abang nak ambil tahu ke mana saya pergi? Padahal selama ini abang tak pernah peduli pun tentang diri saya...", tempelak puan sri mia sambil duduk membelakangi suaminya. Tan sri rizal terdiam sebaik saja dia mendengar perkataan isterinya itu. "Saya tahu selama ini saya tidak ambil peduli tentang diri awak... tapi saya masih suami awak, kan?... so saya ada hak untuk tahu ke mana awak pergi sebab awak tu isteri saya...", kata tan sri rizal perlahan lahan. "Abang, tak payahlah abang berbasa basi dengan saya sekarang... saya tak ada mood nak bercakap dengan abang malam ni... saya nak pergi mandi dulu...", cepat cepat puan sri mia beredar dari situ. Dia melangkah masuk ke dalam bilik mandi yang terletak tidak jauh dari situ

Tan sri rizal duduk di atas katil sambil menunggu isterinya keluar dari dalam bilik mandi tersebut. Dia merasa isterinya sudah banyak berubah. Perubahan itu semakin ketara dalam dua tiga minggu ini. Dia bersikap dingin padanya. Malah dia tidak lagi seperti mia marina yang di kenalinya sebelum ini. Dulu isterinya begitu setia menunggunya di rumah tapi sekarang dia tidak lagi begitu. Dia lebih suka keluar malam. Tan sri rizal tidak tahu ke mana dia pergi. Yang dia tahu isterinya itu akan balik ke rumah bila hari sudah hampir subuh. Perubahan sikap puan sri mia semakin mencurigakan hatinya. Yang lebih ketara lagi isterinya tidak menegurnya jikalau dia balik lambat ke rumah. Malah isterinya itu buat buat tak tahu saja bila dia tidak balik ke rumah seharian. Dia seperti tidak ambil kisah tentang dirinya. Dulu puan sri mia selalu menegurnya jikalau dia lambat balik ke rumah tapi sekarang dia langsung tidak peduli samada dia balik ke rumah atau pun tidak. Perubahan sikap puan sri mia membuatkannya merasa tidak sedap hati. Tentu ada sesuatu yang terjadi di sebalik semuanya ini...

Setelah mandi puan sri mia melangkah keluar dari dalam bilik mandi. Dia menyangka suaminya sudah tidur tapi sangkaannya meleset sama sekali. Dia masih duduk di atas katil sambil memandang ke arahnya. "Mia... saya nak tanya awak ni...", tan sri rizal kembali membuka bicara. Dia memandang wajah isterinya. "Apa lagi yang awak nak tanya?", soal puan sri mia dengan nada suara yang dingin sekali. "Kenapa awak banyak berubah?...", soal tan sri rizal ingin tahu. Puan sri mia tersenyum sinis. "Berubah?... saya yang banyak berubah ke atau abang yang banyak berubah?", soal puan sri mia separuh sinis.

"Tolong jangan putar belitkan soalan tu... jawap saja soalan tu dengan jujur. kenapa awak banyak berubah?.... kenapa awak bersikap dingin pada saya?... kenapa awak tidak seperti mia marina yang saya kenal dulu?", soal tan sri rizal bertubi tubi. "Oh... sekarang abang fikir saya yang banyak berubah?... okay, dulu saya ada bertanya pada abang kenapa abang banyak berubah tapi abang tak jawap soalan saya tu pun... so to be fair, saya tak nak jawap soalan abang tu...", balas puan sri mia sambil menyikat rambutnya yang panjang. Tan sri rizal terdiam sejenak apabila dia mendengar perkataan isterinya. Dia merasa terpukul dengan perkataan isterinya itu. Perlahan lahan tan sri rizal bangun dari atas katil tersebut. Dia menghampiri isterinya lalu berdiri di belakang isterinya. "Mia, abang tak tahu nak cakap apa lagi....", kata tan sri rizal perlahan lahan. "Kalau abang tak tahu nak cakap apa dengan saya jangan cakaplah... anyway, saya nak masuk tidur... good night to you....", cepat cepat puan sri mia bergegas naik ke atas katil lalu dia berbaring di atas katil tersebut. Dia berpura pura sedang tidur lena. tan sri rizal hanya terpinga pinga seorang diri di situ.

*** *** ***

Selepas menonton wayang bersama shasha, fariz pun pulang ke apartmentnya. Sebaik saja dia sampai di apartmentnya dia pun terus on kan handphonenya. Baru saja dia on handphonenya 10 sms masuk terus ke dalam peti mesejnya. Bukan itu saja ada 8 missed call dalam phone lognya. Semuanya datang dari puan sri mia. Fariz segera membaca mesej yang di kirimkan oleh wanita tersebut.
"Riz... kenapa awak tak angkat phone awak? Kenapa tidak jawap call saya?", begitulah bunyi mesej yang pertama. "Saya rindukan awak riz... tolonglah jawap call saya ni...", itu pula mesej kedua. Mesej ketiga di bukanya, "okay, saya dah call awak berulang kali tapi awak masih tak jawap call saya... kenapa ni?", kemudian mesej ke empat di buka dan di bacanya, "riz... awak sengaja offkan handphone awak ke?... awak memang tak nak berbual dengan saya ke?", fariz membuka mesej yang ke lima. "Saya benar benar nak berbual dengan awaklah riz... jangan biarkan saya tertunggu tunggu macam ni...", perlahan lahan fariz membuka mesej ke enam.

"Riz... saya betul betul rindukan awak... kenapa awak kejam sangat biarkan saya menunggu awak macam ni... penantian suatu penyeksaan tau...", fariz kembali membuka mesej ke tujuh. "Mungkin awak marah sebab saya membentak awak petang tadi. Mungkin sebab itu awak tak nak jawap phonecall saya... riz, saya tak bermaksud memarahi awak. Saya cuma tak dapat kawal emosi saya... maafkan saya jika saya menyakiti hati awak...", fariz terdiam sejenak ketika dia membaca mesej yang ke tujuh itu. Sebenarnya dia tak merasa sakit hati pun bila puan sri mia membentaknya petang tadi. Dia cuma tak nak di ganggu ketika dia makan dengan shasha sebab itulah dia offkan handphonenya tapi wanita itu tersalah anggap pula. "Mia... mia... kenapalah awak beranggapan seperti itu?", bisik fariz seorang diri. Dia kembali membaca mesej yang ke lapan. "Riz, jikalau awak maafkan kesalahan saya ni awak jawaplah call saya. Tak pun awak balaslah mesej saya ni. Janganlah awak berdiam diri macam ni... ", perlahan lahan fariz membuka mesej yang ke sembilan.

"Riz... saya dah penat menunggu awak... saya dah balik ke rumah dah ni... mungkin awak tak nak berjumpa dan berbual dengan saya malam ni tapi tak mengapalah... mungkin bila hati awak dah sejuk nanti awak akan call or sms saya?..." fariz kembali membuka mesej yang terakhir. "Good night riz... i missed you a lot...", ringkas sungguh mesej yang terakhir itu. Perlahan lahan fariz duduk di atas kerusi sambil berfikir panjang. Dia tidak tahu kenapa puan sri mia selalu mengucapkan perkataan rindu padanya. "Mungkin itu hanya rindu yang di buat buat kot?... hm... entahlah...", bisik hati kecil fariz tak keruan. Perlahan lahan fariz menaip sms pada wanita tersebut. "Mia, maaflah saya tidak jawap call awak atau balas mesej awak tadi... sebenarnya saya tak marah pada awak... saya ada hal dengan kawan saya tadi... lagi pun bateri phone saya low batt sebab itu tak dapat jawap call awak. Maafkan saya, ya... by the way good night to you. Sweet dream. See you tomorrow...", begitulah bunyi mesej fariz yang di kirimkannya pada wanita tersebut.

Sementara itu kelihatan puan sri mia masih berpura pura tidur di atas katilnya. Ketika dia sedang berpura pura tidur di atas katil tersebut tiba tiba saja handphonenya berbunyi 3 kali beep. Itu tandanya ada mesej baru masuk dalam handphonenya. Dia pun terus membuka matanya. Dia lihat suaminya sedang tidur lena di sebelahnya. Perlahan lahan dia mengambil handphone tersebut. Lalu di bukanya mesej yang baru sampai itu. Bibirnya menguntum senyuman sebaik saja dia selesai membaca mesej tersebut. Perlahan lahan dia bangun dari atas katil lalu melangkah keluar dari dalam bilik tidur itu. Dia melangkah menuju ke tingkat bawah. Dengan pantas dia mendail nombor handphone fariz.

"Hello..."
"Hello... riz... oh, thank God... you still want to talk to me..."
"Hahaha... awak ni mia, saya tak jawap phonecall awak selama 4 jam saja awak dah menggelabah semacam... kenapa ni?"
"Riz... saya betul betul rindukan awak tau... awak ni jahat betullah biarkan saya tertunggu tunggu dari tadi..."
"Bukankah saya cakap tadi yang saya ada hal dengan kawan saya. Lagi pun bateri phone saya dah low batt. Itu sebabnya saya tak sambut phonecall awak tadi..."
"Yelah tu... lain kali jangan buat saya tertunggu tunggu macam tu lagi tau... nanti saya cekik cekik leher awak tu..."
"Yelah... Yelah... lain kali saya tak buat macam tu lagi..."
"Betul ke ni?"
"Ya... betul..."
Mereka pun mula berbual bual di dalam handphone. Puan sri mia berbual sambil tersenyum lebar. Rasa rindu di hatinya terubat sebaik saja dia mendengar suara fariz. Dia semakin sayang pada pemuda itu...

CINTA TERLARANG (18)Where stories live. Discover now