CINTA TERLARANG 10

34.6K 139 11
                                    

"Duduklah...", pelawa puan sri mia sebaik saja mereka berada di dalam bilik pejabat itu. Fariz pun duduk di atas kerusi yang ada di situ. "Sebenarnya saya ada 2 orang anak. Satu lelaki dan satu perempuan. Anak lelaki sulung saya masih di perantauan. Manakala anak perempuan saya yang bongsu pula baru balik dari negara jepan. Dialah yang membentak awak sebentar tadi. Sebenarnya dia baru saja menghabiskan pengajiannya di kota shuki. Saya yang jemput dia di airport wonderfly pukul 5 pagi tadi... saya berhasrat hendak meminta bantuannya agar dia membantu saya menguruskan agency modelling ni tapi dia tak nak. Kami sempat bergaduh tadi gara gara dia tak nak bantu saya dalam menguruskan agency modelling ni... dia kata yang dia belum bersedia lagi untuk uruskan agency modelling ni dengan saya. Dia perlu berehat kat rumahlah dan macam macam lagi alasan lain yang dia berikan pada saya. saya pun dah naik bengang dengan dia tu... apa yang saya cakap dia tak nak dengar. Penat saja mulut saya bercakap...", omel puan sri mia dengan wajah yang tegang. "Dalam perkara ni awak tak boleh terlalu memaksa dia... mungkin dia perlukan masa untuk merehatkan dirinya. Maklumlah dia baru saja balik dari luar negara tentulah dia masih merasa penat. Biarkanlah dia tenangkan fikirannya dulu. Bila dia dah okay barulah awak ajak dia menyertai agency modelling awak ni...", fariz memberikan pendapatnya. "Okay, saya akan cuba buat itu... thanks for your opinion... er... mari ikut saya... saya akan memperkenalkan awak pada juru kamera dan beberapa orang model yang ada kat studio tu..." cepat cepat puan sri mia bangun dari tempat duduknya. Dia melangkah keluar dari situ. Fariz mengekorinya dari belakang.

Sampai di studio dia lihat ada beberapa orang gadis sedang duduk di atas kerusi sambil berbual dengan riangnya. Ada juga beberapa orang pemuda berdiri tidak jauh dari situ. Mereka kelihatannya agak mesra di antara satu dengan yang lain. Macam dah kenal lama pula. "Attention all, today we've got a new male model... he's name is fariz junaidi... buat pengetahuan korang semua dia akan jadi model bagi majalah gentleman bulan june ni dan dia juga akan menyertai sesi photoshoot untuk annual calender at pulau bati...", puan sri mia mengumumkannya pada semua orang di situ. Semua orang mula memandang ke arah fariz. Dia terpaksa tersenyum sambil melambaikan tangannya. "Hi everybody...", sapanya dengan kekok sekali. "Hi...", Beberapa orang model perempuan menyambut sapaannya. Ada juga model lelaki yang lain buat tak tahu saja dengan kehadirannya di situ tapi fariz tenang saja. Dia tak kisah tentang perkara itu. "Okay, let me introduce yourself to all models here... fariz, lelaki yang pegang kamera tu namanya jackson choo. Dia camera man kita... gadis berambut pendek paras bahu tu namanya nadia akashah. Yang sebelah nadia tu namanya tasha hamidi. yang sebelah kanan tasha tu namanya erika chen. Sebelah erika tu pula namanya jessica peter. Belakang sekali ialah alisha bakri. Okay, sekarang model lelaki pula, yang depan tu namanya jayden tan, di sebelahnya pula azrul naim, di sebelah kiri pula namanya fikri hakim, di belakang fikri ialah daniel ishak dan last sekali markus yanus...", puan sri mia terpaksa memperkenalkan semua model yang ada di situ pada fariz. Semuanya nampak kacak dan cantik sekali.

Namun dalam diam Fariz merasa rendah diri pula sebab dia rasakan yang dirinya tidak begitu tampan seperti model model lelaki yang ada di situ tapi dia cuba bertenang biar pun dalam hati dia merasa tidak menentu. "Okay, for the first shot we need all the models to come here and take a photoshot for the photo cover of stylish magazine... so lets get started everyones...", dengan suara lantang puan sri mia mengarahkan semua modelnya tampil ke depan untuk mengambil gambar bersama sama untuk gambar cover depan majalah stylish. Mereka segera berdiri di depan kamera seperti yang di arahkan oleh puan sri mia. Fariz di suruh buat quick make over di belakang studio. Kelihatan seorang lelaki berperwatakan lembut sedang berdiri menunggunya di bilik kecil belakang studio itu. Dia sudah bersedia dengan semua peralatan make upnya. Gayanya tak ubah seperti seorang mak nyah pula. "Hello... my name is jamil but call me jamilah. Anyway, tentu awak ni fariz yang puan sri mia katakan tu, kan?...", kata lelaki lembut itu dengan riangnya. Fariz tersengih macam kerang busuk. "Yeah... saya...", belum pun sempat fariz bersuara tangannya di tarik oleh lelaki lembut itu.

CINTA TERLARANG (18)Where stories live. Discover now