Tidak lama kemudian kereta ambulance tersebut pun sampai di hadapan hospital besar bandar mega. Mereka segera mengangkat usungan dari dalam kereta ambulance itu. Mereka segera membawa johan masuk ke dalam bilik kecemasan. Fariz terpaksa duduk menunggu di luar pintu bilik kecemasan tersebut. Dia menunggu dengan penuh debaran. Oleh kerana dia merasa terlalu sedih dan bimbang dia pun menelefon puan sri mia di rumahnya. "Hello...", kedengaran suara puan sri mia di hujung talian. "Hello... mia, ariz ni... saya tak tahu pada siapa saya harus mengadu... kawan baik saya, johan... dia baru saja di masukkan ke hospital...", kata fariz dengan nada suara yang sedih. "Kenapa dengan dia?", soal puan sri mia dalam nada suara yang terkejut.
"Dia mencederakan pergelangan tangan kirinya sehingga ianya luka berdarah. Lukanya sangat dalam. Saya tak tahu apakah dia akan dapat di selamatkan atau pun tidak...", kata fariz masih dalam nada suara yang sedih. "Awak kat mana sekarang?", soal puan sri mia ingin tahu. "Saya kat hospital besar bandar mega....", balas fariz. "Okay... saya akan pergi ke sana... awak tunggu saya kat situ ya...", kata puan sri mia dalam handphonenya. "Baiklah...", balas fariz sepatah. Talian handphone di matikan. dia bangun lalu berjalan mundar mandir di ruang menunggu tersebut. Setelah puas berjalan mundar mandir di situ dia berdiri sambil bersandar di dinding. Matanya di pejamkan. "Harap haraplah jo tak apa apa... harap haraplah jo tak apa apa...", bisiknya dalam hati.
Ketika dia sedang berdiri sambil bersandar di dinding tiba tiba saja bahu kirinya terasa di sentuh orang. Perlahan lahan dia membukakan matanya. Kelihatan puan sri mia sedang berdiri di depan matanya. "Macamana dengan kawan awak tu?... dia dah okay ke?", soal puan sri mia ingin tahu. Perlahan lahan dia menarik tangannya dari atas bahu fariz. dia lihat pemuda itu memandang wajahnya dengan pandangan mata yang lemah sekali. "Dia masih berada di dalam bilik kecemasan...", kata fariz. "Awak duduklah... saya tengok awak macam letih sangat...", kata puan sri mia sambil menarik tangan fariz untuk duduk di atas kerusi yang ada di situ. Tanpa banyak soal fariz duduk di sebelah wanita tersebut. Tidak lama kemudian, pintu bilik kecemasan itu di buka orang. Dengan sepantas kilat fariz bangun dari tempat duduknya lalu berjalan menuju ke arah doktor yang bertugas.
"Macamana dengan johan, tuan doktor? Dia tak apa apa kan?", soal fariz ingin tahu. "Awak ni siapa?... ahli keluarganya ke?", soal doktor itu. "bukan... Saya cuma kawannya saja...", balas fariz. "Mana pergi ahli keluarganya?... awak perlu menghubungi ahli keluarganya supaya mereka tahu keadaannya...", saran doktor tersebut. "oh... Mereka berada di kampung tuan doktor... saya akan menghubungi mereka kelak... er... macamana dengan keadaannya tuan doktor?...", soal fariz. "Oh... keadaannya dah stabil sekarang... cuma dia banyak kehilangan darah... apa apa pun awak jangan bimbang.., he will be fine...", kata doktor itu. "Er... boleh kami pergi menjenguknya?", soal fariz. "Oh silakan... tapi dia sekarang sudah di tempatkan di wad pesakit bernombor 18... wad pesakit tu terletak kat hujung sana tu...", kata doktor tersebut. "Oh... terima kasih tuan doktor...", kata fariz dengan pantas. "Sama sama...", balas doktor itu sambil beredar dari situ.
Cepat cepat fariz melangkah menuju ke wad pesakit bernombor 18. Puan sri mia melangkah mengekorinya dari belakang. Sebaik saja dia sampai di bilik wad tersebut dia segera melangkah menuju ke arah katil pesakit yang terletak tidak jauh dari situ. Kelihatan johan terbaring di atas katil dalam keadaan yang masih belum sedarkan diri. Perlahan lahan fariz berdiri merenung wajah rakannya itu. Entah kenapa dia merasa begitu sedih apabila dia memikirkan nasib rakannya itu. Dah lah dia di tinggalkan kekasih, dia ambik dadah dan sekarang dia cederakan dirinya pula. Perlahan lahan puan sri mia memegang bahu kiri pemuda tersebut. "Riz... jangan sedih... he will be just fine...", kata puan sri mia separuh memujuk. "But I dont think so...", balas fariz lemah. "Kenapa awak cakap macam tu pula?", soal puan sri mia ingin tahu. "Sebab saya dapat rasakan bahawa dia akan mencederakan dirinya lagi... cuma saya merasa hairan kenapa kawan saya ni sanggup cederakan dirinya sedangkan itu hanya membahayakan nyawanya sendiri...", kata fariz dengan sedih.
"Seperti mana yang saya katakan pada awak tempohari cara pemikiran semua manusia tidak sama... contohnya macam kawan awak ni, mungkin dengan mencederakan dirinya sendiri dia akan merasa lega dan bebas dari tekanan perasaan yang di alaminya...", kata puan sri mia perlahan lahan. "Tapi tidakkah itu satu tindakan yang bodoh?... mencederakan diri sendiri demi mendapatkan kelegaan yang seketika saja. padahal banyak lagi cara lain yang boleh melegakan perasaan tertekan tu..." kata fariz sedikit bengang. "memang betul apa yang awak cakapkan tu tapi ada segelintir manusia mengambil tindakan drastik seperti mana yang di lakukan oleh kawan awak tu. Lebih menyedihkan lagi mereka akan terus menerus mencederakan diri mereka tanpa memikirkan nyawa mereka dalam bahaya...", kata puan sri mia perlahan lahan. "apa apa pun saya merasa sedih apabila saya melihat kawan saya jadi macam ni...", kata fariz dalam nada suara yang sedih.
"sudahlah tu riz... jangan bersedih... saya tengok awak letih dan lapar. awak duduk di sini dulu ya... biar saya pergi belikan makanan untuk awak...", kata puan sri mia dengan lembut tapi tangan kirinya di pegang erat oleh fariz. "tak payahlah awak pergi beli makanan tu... saya masih boleh bertahan lagi...", kata fariz. "tapi saya tengok awak letih dan laparlah... nanti tak fasal fasal pula awak jatuh pengsan kat sini gara gara terlalu letih dan lapar...", kata puan sri mia separuh bimbang. "jangan bimbang mia... i'm still okay... saya cuma inginkan awak temankan saya kat sini... itu aje...", kata fariz dengan lemah. mahu tidak mahu puan sri mia pun duduk di sebelah pemuda tersebut. mereka duduk di situ sambil berbual bual. ketika puan sri mia berbual dengan fariz dia lihat pemuda itu tertidur lena di sebelahnya. kepala fariz terlentok di atas bahu kanannya. mungkin fariz terlalu letih sehingga dia tidak sedar yang dia tertidur di atas bahu kanan majikannya itu. puan sri mia hanya diam membisu.
dia membiarkan fariz tidur di sebelahnya tanpa berganjak dari tempat duduknya. dia tidak mahu pemuda tersebut terjaga dari tidurnya. apabila dia melihat fariz tertidur lena di sebelahnya dia merasa sungguh bahagia sekali. entah kenapa dia berperasaan begitu pun dia sendiri tidak tahu. perasaan itu datang dengan sendirinya. puan sri mia mula merasa pelik dengan perasaannya sendiri. belum pernah dia merasa bahagia seperti itu biar pun dia sudah lama hidup berumahtangga dengan suaminya. bila di fikirkan balik memang pelik rasanya di saat dia merasakan kebahagiaan yang sukar di gambarkan dengan perkataan. dengan hanya duduk bersama pemuda tersebut dia sudah cukup merasa bahagia sehinggakan dia tersenyum sendirian. dalam melayan perasaannya sendiri, dia mulai terlena di sebelah pemuda tersebut...
pagi yang indah. perlahan lahan fariz membukakan matanya. dia terkejut sebaik saja dia melihat yang dia tertidur di sebelah puan sri mia di atas kerusi sofa itu. dia pun terus bangun. dia lihat puan sri mia masih duduk di situ sambil tidur dengan lenanya. fariz tidak berani mengganggu tidur wanita tersebut kerana dia merasa begitu senang sekali tatkala dia melihat wanita itu tidur lena di depan matanya. dia tak ubah seperti seorang bayi kecil yang sedang tidur lena di tempat tidurnya. Perlahan lahan dia membukakan baju jaketnya lalu di selimutinya tubuh wanita tersebut dengan baju jaketnya. Selepas itu dia kembali merenungi wajah majikannya itu. lamunannya terhenti sebaik saja dia terdengar seseorang terbatuk tidak jauh dari situ. dia pun segera mengalihkan perhatiannya. kelihatan johan baru saja tersedar dari lenanya yang panjang. fariz pun segera menghampiri rakannya itu.
YOU ARE READING
CINTA TERLARANG (18)
Romance#5 in romance (28/08/16) Sinopsis: seorang isteri merasa di abaikan oleh suaminya sendiri. manakala seorang pemuda terpaksa menjadi gigolo kerana kesempitan wang. mereka di kurung oleh seseorang di dalam sebuah bilik. dari situlah kisah ini bermula...