CINTA TERLARANG 14

22K 108 0
                                    

Fariz melangkah masuk ke dalam studio. Kelihatan beberapa orang pekerja studio sedang sibuk membersihkan dan menyediakan scene photoshoot pada pagi itu. Ianya bertemakan pemandangan di air terjun dengan gambar background yang sangat menarik. Ada pepohonan hijau di kiri kanan air terjun itu. Ianya nampak real sekali. Mungkin mereka akan di arahkan untuk bergambar di hadapan background tersebut. Terkenang fariz air terjun yang terletak tidak jauh dari rumahnya nun jauh di kampung halamannya. Tiba tiba saja dia merasa rindu pada kampung halamannya sendiri. Secara automatik wajah emak dan adik adiknya terbayang bayang di sudut matanya. Dia menutup matanya seketika sambil membayangkan yang dirinya berada di kampung. Ketika dia sedang berkhayal seorang diri di situ tiba tiba, "ehemm!...", kedengaran seseorang berdehem di sebelahnya. Dia pun segera membuka matanya. Kelihatan puan sri mia berdiri di depannya sambil tersenyum lembut. "Awal awak sampai pagi ni...", tegur puan sri mia. "Oh biasalah...", balas fariz sambil tersenyum. Senyumannya hilang sebaik saja matanya terpandang akan seorang gadis yang berdiri di belakang wanita tersebut. Gadis itu pandang semacam ke arahnya. Fariz membalas pandangan mata gadis tersebut dengan pandangan mata yang tajam sekali. Matanya mula tertumpu ke arah tubuh gadis yang berpakaian seksi itu. Kalau tak salah itulah gadis yang membentaknya tempohari.

"Fariz... perkenalkan ini shasha anak saya... shasha, ini fariz junaidi model lelaki yang baru bekerja kat sini...", puan sri mia mula memperkenalkan mereka. "Hai...", sapa fariz tapi gadis itu buat buat tak tahu pula. "Shasha, kenapa awak diam ni?... say hi to him...", puan sri mia bersuara sambil menjegilkan matanya. Shasha masih buat buat tak tahu. Malah dia sibuk menekan-nekan skrin handphone di tangannya. "Sorrylah... anak saya memang macam ni... liat sikit kalau di ajak berkenalan...", puan sri mia pula yang minta maaf bagi pihak anak gadisnya. "Hm... Never mind... saya dah biasa berhadapan dengan orang macam tu...", balas fariz cuba berbasa basi padahal dalam hati dia begitu marah dengan gadis tersebut. Nasib baik saja shasha tu ialah anak gadis majikannya kalau tidak sudah lama dia memaki hamun gadis sombong tersebut. "Mummy, saya masuk ke dalam office dulu, ya...", shasha bersuara sambil memandang wajah mummynya. "Hm... Baiklah...", balas puan sri mia sepatah. Cepat cepat shasha beredar dari situ. "So, shes working with you now?", soal fariz ingin tahu. "Yep...", balas puan sri mia sepatah. "As your assistant or a model?", soal fariz lagi. "As a model...", jawap puan sri mia.

"Tapi awak cakap awak tak suka dia jadi model kan?", soal fariz lagi. "Memang saya tak suka dia jadi model tapi dia yang mendesak hendak jadi model. so saya terpaksalah bagi dia peluang untuk jadi model...", kata puan sri mia dengan wajah yang serius. "Oh begitu...", fariz bersuara sambil menganggukkan kepalanya. "Kenapa mata awak merah aje ni?... awak tak cukup tidur ke semalam?", soal puan sri mia ingin tahu. "Memang saya tak cukup tidur. Lepas awak balik tengah malam tu saya langsung tak dapat tidur. Banyak perkara yang saya fikirkan. About jayden and the gay thingy that i saw last night and so on. Apabila mata saya mulai terlelap tiba tiba saja ada orang call saya suruh saya ambik kawan saya johan dari blitz club. Dia minum arak sampai tak sedar diri... so bartender kat situ suruh saya jemput dia balik ke rumah...", cerita fariz dengan panjang lebar. "So, apa yang terjadi selepas tu?...", soal puan sri mia. Mahu tidak mahu fariz pun terpaksa menceritakan segala galanya pada wanita tersebut. Puan sri mia ketawa sebaik saja dia mendengar cerita dari mulut pemuda tersebut. Baginya cerita itu sangat melucukan. Mereka ketawa bersama sama.

"Seronok betul korang bercerita sehingga lupa pada orang yang menunggu lama dalam office ni...", tegur suatu suara. kelihatan shasha sedang berdiri di ambang pintu office dengan wajah yang marah sekali. Puan sri mia tahu yang shasha merasa marah padanya. Maklumlah dia membiarkan anak gadisnya itu duduk di dalam officenya dalam jangka masa yang lama. "Er... Sorrylah ariz... i need to go to the office... by the way, awak pergilah ke bilik belakang studio tu untuk buat touch up sikit... saya dah suruh jamilah buat touch up wajah dan rambut awak tu... awak pergilah berjumpa dengan dia dulu, ya... sekejap lagi kita akan adakan sesi photoshot untuk majalah fesyenstyle bagi bulan julai ni... awak akan memperagakan pakaian jenama rhino untuk sesi photoshot kali ini. So you better get ready...", kata puan sri mia pada pemuda tersebut. Dia berjalan menuju ke officenya. "Yes madam...", balas fariz sambil tersenyum. Namun senyumannya hilang apabila dia melihat shasha merenung tajam ke arahnya. Mungkin gadis tersebut tengah bad mood kerana terpaksa menunggu mummynya di dalam office seorang diri tapi fariz buat buat tak tahu saja. Perlahan lahan dia beredar dari situ...

"Buat apa mummy berbual dengan pemuda tu ar?", soal shasha sebaik saja mummynya melangkah masuk ke dalam pejabat tersebut. "Tak boleh ke mummy berbual dengan pekerja mummy?...", soal puan sri mia pula. "Boleh tu boleh tapi saya tak sukalah mummy berbual dengan dia...", balas shasha dengan wajah yang masam mencuka. "Kenapa pula?", soal puan sri mia lagi. "Because i really dont like that guy...", kata shasha dengan wajah yang serius. "Kenapa awak tak suka dia pula?", soal puan sri mia ingin tahu. "Sebab dia pernah kata yang wajah saya ni tak ubah seperti wajah pontianak sesat dalam hutan...", kata shasha separuh bengang. "Hahaha...", puan sri mia ketawa sebaik saja dia terdengar perkataan anak gadisnya itu. "Kenapa mummy ketawa pula?", soal shasha semakin bengang. Wajahnya kelihatan masam mencuka. Puan sri mia berhenti dari ketawa. "Sorrylah sebab mummy ketawa tadi... by the way, its time for me to introduce you to the other models at the studio...", kata puan sri mia berwajah serius. Perlahan lahan dia melangkah keluar dari dalam pejabat itu. Shasha mengekorinya dari belakang. Mereka melangkah menuju ke studio...

Sementara itu kelihatan fariz sedang duduk menghadap cermin besar di dinding dalam bilik kecil itu. Manakala jamil aka jamilah pula sedang sibuk menata rambutnya. "You know what?... jika awak bermake up macam perempuan you will look like a real girl lorh... you will look more beautiful just like me... aawww...", kata jamil aka jamilah sambil bergurau. "Maksud awak, awak nak saya kelihatan seperti seorang perempuan?", soal fariz sambil ketawa kecil. "Ya... sekali sekala kita orang lelaki bermake up dan berstyle macam orang perempuan apa salahnya kan?... hehehe...", kata jamil aka jamilah sambil ketawa mengekek. "Setakat ni saya belum terfikir nak bermake up dan berdressing macam perempuan... kalau saya bermake up dan berdressing macam perempuan sudah tentu semua lelaki akan jatuh pengsan apabila mereka melihat saya berpakaian perempuan... hahaha!...", fariz bersuara sambil ketawa. Jamil aka jamilah turut ketawa bersamanya. "fariz, cepat sikit... dah tiba masanya untuk sesi photoshoot awak tu... awak harus pakai dulu pakaian jenama rhino ni...", puan sri mia bersuara sambil menyerahkan beberapa helai pakaian untuk di pakainya. "Er... jamilah, please make a little bit touch up with shasha my girl here... she will be in the next photoshoot session afterthis...", kata puan sri mia dengan pantas. Perlahan lahan dia menarik tangan anak gadisnya itu menuju ke dalam bilik kecil tersebut. "Okay...", balas jamil aka jamilah dengan pantas. Giliran shasha pula yang di riasnya. Namun dalam pada itu sempat juga fariz berbalas renungan dengan gadis yang di anggapnya biadap dan sombong itu.

"Fariz, kenapa awak tercegat kat situ pula... cepatlah sikit...", gesa puan sri mia. "Okay...", cepat cepat fariz beredar dari situ. Dia segera memakai pakaian yang di berikan oleh majikannya itu di dalam bilik persalinan yang terletak tidak jauh dari situ. Setelah siap berpakaian kemas dia pun di arahkan untuk mengambil bergambar di depan studio. Beberapa gambar di ambil. Kemudian dia di arahkan untuk menukarkan pakaiannya. Setelah menukar pakaian dia kembali bergambar semula. Begitulah yang dilakukannya sehingga habis semua pakaian lelaki berjenama rhino itu di peragakannya di hadapan kamera. Sebaik saja dia selesai melakukan sesi photoshoot untuk baju lelaki, dia di minta untuk bergambar secara berpasangan dengan seorang gadis. Fariz menyangka yang dia akan bergambar secara berpasangan dengan model gadis yang lain tapi sangkaannya meleset sama sekali. "Fariz, awak akan bergambar dengan shasha dalam sesi photoshoot yang seterusnya...", kata Puan Sri mia sebaik sahaja dia berjumpa dengan pemuda itu. "What?!!... you've got to be kidding me?...", fariz terkejut beruk. Begitu juga dengan shasha. "Mummy... tidak adakah model lelaki lain untuk di gandingkan dengan saya?...", soal shasha sedikit jengkel. "Tak ada...", balas puan sri mia dengan wajah serius. "Tapi saya tak nak bergambar dengan fariz...", shasha bersuara separuh memprotes. "Saya pun tak nak bergambar dengan shasha...", kata fariz dengan jujur. "Kenapa pula?", soal Puan sri mia ingin tahu. "Because i dont like him...", jawap shasha. "Honestly, I dont like her...", sampuk fariz pula. "Oh my God...", puan sri mia hanya mengeluh berat...

CINTA TERLARANG (18)Where stories live. Discover now