CINTA TERLARANG 69

8.9K 56 0
                                    

fariz memandu keretanya dengan hati yang bercelaru. Dia rasa sakit kepala yang di alami oleh puan sri mia bukan sakit migrain yang biasa. Kalau sakit migrain biasa ia tidak akan teruk seperti itu. Fariz mula menjangka pasti ada penyakit lain yang menyerang wanita tersebut. Tidak lama kemudian dia pun sampai di pekan highstoll valley. Dia segera mencari kedai farmasi di sekitar pekan kecil itu. Cari punya cari tiada pula kedai farmasi di pekan tersebut. Yang ada cuma pasaraya kecil, kedai runcit, kedai makan, kedai kain, workshop kereta, workhop motor dan kedai gunting. Kedai farmasi langsung tidak ada. Salah seorang pekedai di situ menyarankan dia pergi ke kota landon saja sebab di sana terdapat begitu banyak kedai farmasi. Fariz berfikir seketika. Jika dia pergi ke kota landon sekarang mungkin dia akan balik agak telat sedikit.

Maklumlah kota landon itu berbatu batu jauhnya. ianya memakan masa berjam jam untuk perjalanan pergi dan balik ke kota besar tersebut. Dia berfikir tentang puan sri mia. Dia takut wanita itu mencarinya pula. Mahu tidak mahu dia pun terpaksa menelefon puan sri mia di cabin sewa mereka tapi tiada siapa pun yang menjawap panggilannya. Mungkin wanita itu sudah tertidur. Dia pun menaipkan mesej pada wanita tersebut. "Mia, saya terpaksa pergi ke kota landon untuk membeli ubat pain killer awak. Saya cari kat pekan highstoll valley tadi tapi kat sini tak ada kedai farmasi. Jadi saya terpaksa pergi ke sana. Saya harap awak akan dapat bertahan. See you later my sweetheart...", begitu bunyi mesej yang di kirimkannya. Setelah selesai menghantar mesej tersebut dia pun terus memandu keretanya keluar dari kawasan pekan highstoll valley. Dia mula memandu keretanya ke kota landon.

*** *** ***

Puan sri mia terjaga setelah dia lama berbaring di atas katil tersebut. Kepalanya tidak terasa sakit lagi. Dia lihat handphonenya berkelip kelip. Ianya menandakan ada mesej atau missed call baru dalam hand phonenya. Dia pun terus mengambil handphonenya itu. Dia lihat ada mesej baru untuknya. Dia pun membuka mesej tersebut. Ianya datang dari handphone fariz. Dia pun segera membaca mesej itu. Puan sri mia mula merasa bimbang apabila dia memikirkan pemuda tersebut pergi ke kota landon seorang diri. Dia takut sesuatu yang tidak baik terjadi pada fariz. Dia cuba menelefon pemuda itu tapi fariz tidak menjawap panggilannya. Mungkin dia sedang sibuk memandu keretanya saat itu. Puan sri mia hanya mengeluh seorang diri...

*** *** ***

Fariz melangkah keluar dari dalam keretanya sebaik saja dia sampai di sebuah kedai farmasi yang ada di situ. Dia membawa bersama botol pain killer yang kosong itu di tangannya. Dia melangkah masuk ke dalam kedai farmasi tersebut. Dia terus bertanya pada gadis negro yang berdiri di depan kaunter itu tentang ubat pain killer tersebut. Gadis itu memberitahunya bahawa ubat pain killer tersebut biasanya di gunakan untuk meredakan kesakitan di kepala terutamanya pesakit barah otak. Fariz terkejut sebaik saja dia mendengar penerangan ringkas dari mulut gadis tersebut. Dia tidak menyangka yang puan sri mia menghidap penyakit barah otak. Ianya sesuatu yang di luar dugaan. Namun dalam pada itu dia merasa geram pada wanita itu kerana wanita tersebut tidak memberitahunya tentang penyakit yang di hidapinya. Dia melangkah keluar dari dalam kedai farmasi tersebut dengan hati yang penuh dengan kegeraman. Tanpa di sedarinya dia sedang di perhatikan oleh seseorang...

*** *** ***

Puan Sri mia menunggu kepulangan fariz dari kota landon dengan penuh sabar. Dia menyiapkan makan malam untuk mereka berdua. Setelah siap semuanya dia pun duduk menunggu fariz di situ. Tidak lama kemudian dia terdengar bunyi kereta menghala ke arah cabin tersebut. Dia terus berlari menuju ke pintu. Dia membuka pintu cabin tersebut. Kelihatan fariz melangkah keluar dari dalam kereta. "Oh... Syukurlah awak dah balik, riz", puan sri mia segera memeluk pemuda itu. Fariz hanya diam membisu. Sedikit pun dia tidak bersuara. Sebenarnya dia menahan rasa geram di lubuk hatinya. "Riz... awak dah beli ubat pain killer tu tak?", soal puan sri mia ingin tahu. Fariz tidak menjawap soalannya. Malah dia hanya diam membisu. Perlahan lahan fariz meleraikan pelukan wanita tersebut. Dia melangkah masuk ke ruang tamu dengan wajah yang tegang sekali. Puan sri mia segera menutup pintu cabin tersebut lalu dia melangkah menuju ke arah pemuda tersebut. "Kenapa awak diam, riz?... whats wrong?", soal puan sri mia ingin tahu. "You ask me whats wrong?... okay, let me ask you now... kenapa awak tidak memberitahu saya yang awak menghidapi penyakit barah otak?... kenapa awak merahsiakan penyakit awak daripada saya?", soal fariz dengan geram sekali.

Puan sri mia terkejut sebaik saja dia mendengar soalan pemuda tersebut. Dia tunduk memandang lantai. "Saya sengaja tak nak bagitahu awak penyakit saya sebab saya tak mahu awak merasa susah hati memikirkan saya...", kata puan sri mia perlahan lahan. "Kenapa awak cakap macam tu?... saya ni kekasih awak, kan?... jadi saya berhak untuk tahu apa yang terjadi dalam hidup awak. Awak tak sepatutnya merahsiakan penyakit awak daripada saya... that's not good, you know...", kata fariz sedikit emosi. "I know its not good... but im sorry riz... im sorry... saya tak bermaksud nak merahsiakannya daripada awak buat selamanya. Saya berkira kira hendak memberitahu awak penyakit saya bila tiba masa yang sesuai tapi memandangkan awak sudah tahu segala galanya biar saya berterus terang pada awak... sebenarnya sudah lama saya menderita penyakit barah otak ni. Ianya kini berada di tahap ke-4. Kata doktor saya perlu menjalani rawatan radioterapi tapi saya tak nak sebab saya tak mahu terlantar di hospital dalam jangka waktu yang lama... saya berfikir lebih baik saya terlantar sakit di rumah daripada terlantar sakit di hospital. Sebab itulah saya mengambil keputusan untuk tidak melakukan rawatan tersebut. Lagi pun saya berazam hendak menghabiskan sisa hidup saya bersama awak... sebab itulah saya bawa awak melancong ke kota landon ini kerana saya tahu saya takkan lama hidup di muka bumi ini...", kata puan sri mia perlahan lahan.

Fariz terdiam di tempat duduknya. Puan sri mia duduk di sebelahnya. "Riz... saya tahu awak merasa marah pada saya sebab saya merahsiakan perkara ini dari pengetahuan awak... sekali lagi saya minta maaf pada awak, riz...", puan sri mia memegang tangan pemuda tersebut. "Saya maafkan awak mia... awak rasa berapa lama lagi awak akan dapat hidup di muka bumi ni?", soal fariz ingin tahu. "Itu saya tidak tahu lagi, riz... saya berharap semoga saya dapat hidup bertahan lebih lama lagi dengan awak tapi kalau Tuhan mencabut nyawa saya secara tiba tiba mungkin kita tidak akan dapat hidup bersama lagi...", kata puan sri mia dengan penuh sebak sekali. Dia seperti hendak menangis pula. Fariz segera memeluk wanita tersebut. "Saya tidak mahu kehilangan awak, mia...", fariz bersuara dalam nada suara yang sedih. Tangisan puan sri mia membuatkannya merasa semakin sedih. Mereka berpelukan di situ sambil menangis...

*** *** ***

"Hello..."
"Hello... macamana? Awak dah dapat kesan di mana 2 orang manusia tak guna tu berada sekarang?"
"Ya... saya dah dapat kesan mereka... mereka sekarang berada di dalam sebuah cabin di tepi wilkenson wood..."
"Macamana pula awak tahu yang mereka berada kat situ?"
"Saya ternampak pemuda tu di dalam kedai farmasi medicine stores tengahari tadi. Kebetulan pada ketika itu saya sedang melintas di hadapan kedai farmasi tersebut... Sebaik saja dia masuk ke dalam keretanya saya pun mengekorinya dari jarak yang jauh. Nasib baik dia tidak tahu saya mengekorinya dari belakang... Baru sekarang dia sampai di sebuah cabin yang terletak di wilkenson wood..."
"Oh... baguslah kalau macam tu... awak bunuh saja 2 orang manusia yang tak guna tu malam ni juga..."
"Baiklah tan sri... sekejap lagi saya akan bunuh mereka... talk to you later, bye"
"Bye..."
Tan sri rizal tersenyum lebar. Dia tahu tak lama lagi impiannya akan menjadi kenyataan.

CINTA TERLARANG (18)Where stories live. Discover now