"sha... sebaiknya awak ikut saja apa yang daddy dan mummy awak katakan tu... awak kan anak mereka... sebagai seorang anak kita harus taat kepada orang tua kita biar pun kita tidak menyukai keputusan yang mereka ambil...", fariz menasihati gadis itu. "tapi saya tak sukakan azril... saya sukakan awak dan saya cintakan awak... saya tak mahu menikah dengan lelaki lain... saya hanya ingin menikah dengan awak...", shasha meluahkan isi hatinya. "ya... saya tahu awak cintakan saya tapi jikalau orang tua awak berkeras hendak menjodohkan awak dengan azril, awak kena terima juga lamarannya tu... tak baik jikalau awak terus melawan cakap orang tua awak. itu durhaka namanya tu...", kata fariz. "saya tak peduli... saya nak menikah dengan awak juga... awak menikah dengan saya sajalah... tak pun kita lari kat siami dan kita menikah secara rahsia kat sana... tak perlu buat upacara pernikahan yang besar besaran... asalkan saja kita berjaya di ijabkabulkan. Itu sudah memadai...", cadang shasha.
dia memegang tangan fariz. perlahan lahan pemuda itu menarik tangannya dari genggaman tangan shasha. "sha... saya minta maaf pada awak. sebenarnya saya tidak dapat berkahwin ataupun menikah dengan awak kerana saya mencintai orang lain...", fariz berterus terang pada gadis tersebut. "apa?... awak cintakan orang lain?", soal shasha terkejut. "ya... saya mencintai orang lain. saya tahu perkataan saya ni menyakitkan hati awak tapi inilah kenyataannya...", fariz bersuara dengan jujur. "siapakah perempuan yang awak cintai?", soal shasha cukup terluka. "maaf... saya tidak boleh memberitahukannya pada awak kerana itu rahsia saya... apa apa pun saya nasihatkan awak supaya awak ikut saja apa yang orang tua awak katakan tu... ianya demi kebaikan awak juga...", fariz bersuara perlahan lahan. "tidak, riz... tidak!... saya tidak akan berkahwin dengan lelaki tu biar apa pun yang terjadi... hanya awak seorang saja yang bertakhta di hati ini dan saya akan pastikan yang awak akan menjadi milik saya buat selama lamanya...", tegas shasha. selepas dia berkata begitu dia pun terus beredar dari situ. fariz hanya terpinga pinga seorang diri di situ.
*** *** ***
shasha pulang ke rumah dengan hati yang bercelaru. perasaan marah dan perasaan sedih bercampur aduk di dalam hatinya. kata kata fariz tadi masih terngiang ngiang di cuping telinganya. "sha... saya minta maaf pada awak. sebenarnya saya tidak dapat menikah dengan awak kerana saya mencintai orang lain...", dalam diam dia merasa sedih sebab cintanya di tolak oleh fariz. dia menyangka bahawa pemuda tersebut mencintainya tapi sangkaannya meleset sama sekali. rupa rupanya fariz jatuh cinta pada orang lain dan dia tidak tahu siapakah orang itu. dia merasa sungguh sedih sekali sehinggakan dia merasa tertekan. dia menangis sambil berjalan menuju ke tingkat atas. kebetulan puan sri mia baru saja melangkah keluar dari dalam bilik tidurnya. dia menuruni anak tangga ke tingkat bawah. kelihatan anak gadisnya shasha balik dengan berlinangan airmata di pipi.
"sha... kenapa awak menangis ni?", soal puan sri mia sebaik saja mereka berpapasan di atas anak tangga yang banyak itu. shasha tidak menjawap soalan mummynya. dia terus berlari naik ke tingkat atas. "shasha!... shasha!...", panggil puan sri mia. namun panggilannya tidak di jawap. malah shasha terus melangkah meninggalkannya di situ. dia berjalan masuk ke dalam bilik tidurnya. "bakkk!!!....", kedengaran pintu bilik tidur itu di tutup dengan kasar. terkejut betul puan sri mia di buatnya. perlahan lahan puan sri mia berpatah balik. dia melangkah menuju ke arah bilik tidur anak gadisnya. dia ingin membuka pintu bilik tidur shasha namun pintu tersebut di kunci dari dalam. "sha... tolong buka pintu ni...", kedengaran puan sri mia bersuara sambil mengetuk daun pintu tersebut. dia melekapkan telinganya di di pintu bilik tidur shasha. kedengaran shasha menangis tersedu sedan di dalam bilik tidurnya. "shasha... mummy nak...", belum pun sempat puan sri mia menghabiskan perkataannya tiba tiba... "please dont disturb me... just leave me alone, okay!!!...", bentak shasha dari dalam bilik tidurnya. mahu tidak mahu puan sri mia pun terpaksa beredar dari situ.
dia melangkah masuk ke dalam bilik tidurnya semula. kelihatan tan sri rizal sedang leka menonton TV. dia duduk di sebelah suaminya. "bang... saya bimbang memikirkan shasha...", puan sri mia meluahkan perasaan bimbangnya. "apa yang awak bimbangkan pula?", soal tan sri rizal tanpa memandang wajah isterinya. "dia menangis ketika saya jumpa dia tadi... tentu dia masih merasa sedih kerana dia akan dijodohkan dengan azril...", kata puan sri mia perlahan lahan. "sedih ke tak sedih ke dia kena terima hakikat tu... dia tak ada pilihan lain selain daripada menerima lamaran dari azril sebab saya sudah berjanji pada dato mustapha yang mereka akan di satukan kelak...", kata tan sri rizal dengan wajah yang serius. Dia menekan punat switch off TV di remote control dalam tangannya. TV pun terus terpadam. "bang... tidakkah tindakan awak tu melukakan hatinya... saya bimbanglah shasha akan memberontak dan bertindak di luar dugaan...", sekali lagi puan sri mia meluahkan rasa bimbangnya. "awak ni... jangan asyik berfikiran negatiflah... abang yakin shasha akan baik baik saja. lambat laun dia akan dapat menerima kenyataan ini dengan baik...", kata tan sri rizal dengan penuh yakin. setelah dia berkata demikian dia mula melelapkan matanya. puan sri mia terdiam di tempat duduknya.
ketika dia sedang duduk di atas katil tiba tiba handphonenya berbunyi beep 3 kali. tentu ada mesej baru untuknya. cepat cepat dia mengambil handphonenya lalu di bacanya mesej yang baru di terimanya itu. rupa rupanya mesej tersebut datangnya dari fariz. "hai sayang, selamat malam... saya rindukan awak... boleh tak kita berbual sekejap?...", begitulah bunyi mesej dari fariz. "sekarang tak boleh... suami saya ada kat sebelah saya ni... kita bermesej saja, ya... anyway, awak nak cakap apa riz?...", puan sri mia menaipkan perkataan tersebut di dalam handphonenya. Setelah siap menaip mesej itu dia mengirimkannya pada pemuda itu. Tidak lama kemudian handphonenya berbunyi 3 kali 'beep'. dia tahu fariz sudah membalas mesejnya. "tadi shasha ada berjumpa dengan saya. dia meluahkan perasaan sedihnya pada saya. dia kata awak dan daddynya memaksa dia berkahwin dengan azril anak orang kaya dato mustapha tapi dia tak nak. dia kata dia nak berkahwin dengan saya seorang saja sebab dia cintakan saya tapi saya kata padanya yang saya tidak cintakan dia. saya cintakan orang lain. dia marah lalu balik ke rumah...", demikian bunyi mesej fariz. barulah puan sri mia faham kenapa shasha menangis ketika dia balik ke rumah tadi. rupa rupanya dia sedih kerana fariz menolak cintanya. puan sri mia kembali menaip sesuatu di dalam handphonenya.
"oh... patutlah dia menangis masa dia sampai kat rumah ni tadi... rupa rupanya dia sedih sebab awak tidak membalas cintanya. kasihan dia...", setelah selesai menaip mesej itu dia terus sendkannya pada fariz. tidak lama kemudian dia mendapat balasan dari pemuda tersebut. "saya pun merasa kasihan padanya. maklumlah cintanya tidak berbalas. tentu dia merasa sedih dan tertekan. apa apa pun saya berharap dia akan menerima lamaran si azril tu dan berhenti mencintai saya...", begitu kata fariz dalam mesejnya. "harap harap macam itulah. okaylah riz... saya nak masuk tidur ni... talk to you tomorrow, sayang... good night to you... - i love you - :)...", puan sri mia mengakhiri mesejnya dengan senyum simpul di bibirnya. mesej tersebut di kirimkannya pada fariz. tidak lama kemudian dia menerima balasan mesej dari pemuda itu. "i love you too sayang... good night and sweet dream, my sweetheart... bye!...", ucap fariz dalam mesejnya. semakin lebar pula senyuman di bibir puan sri mia. hatinya berbunga riang tatkala dia membaca ucapan cinta dari pemuda itu. walaupun ia hanya di taip di dalam mesej saja namun ianya sudah cukup membuatkan puan sri mia merasa gembira...
YOU ARE READING
CINTA TERLARANG (18)
Romance#5 in romance (28/08/16) Sinopsis: seorang isteri merasa di abaikan oleh suaminya sendiri. manakala seorang pemuda terpaksa menjadi gigolo kerana kesempitan wang. mereka di kurung oleh seseorang di dalam sebuah bilik. dari situlah kisah ini bermula...