CINTA TERLARANG 16

20.5K 106 6
                                    

BAB 5

"Hai...", sapa puan sri mia sepatah. "Hai... er... masuklah...", pelawa fariz. Perlahan lahan wanita tersebut melangkah masuk ke dalam apartment tersebut. "Ni siapa riz?", soal puan sri mia sebaik saja dia terpandang akan seorang pemuda berdiri tidak jauh dari situ. Kalau tidak salah itulah pemuda yang datang dengan fariz semasa datin juriah buat party liar di kapal persiarannya tempohari. "Oh... perkenalkan ini kawan saya johan bin johari... johan, ini boss saya. Namanya puan sri mia...", fariz memperkenalkan kawannya kepada wanita tersebut. "Oh... hai... puan sri, cantik betul baju awak. Ianya berwarna warni... hehehe...", kata johan sambil ketawa kecil. Entah apa yang lucu sangat pun fariz sendiri tidak tahu. Fariz memandang wajah rakannya itu. Entah kenapa pula johan berkata yang baju puan sri mia berwarna warni padahal baju di pakai oleh wanita tersebut berwarna hitam. Mungkin otaknya sudah 'blur' sebab terlalu banyak menyedut benda jahanam itu. Puan sri mia pandang semacam ke arah pemuda tersebut.

Mungkin dia merasa hairan bila pemuda itu mengatakan yang bajunya berwarna warni. Padahal baju yang di pakainya langsung tak berwarna warni. Serba hitam tu adalah. Perlahan lahan dia mengalihkan pandangan matanya ke arah fariz di sebelahnya. Fariz terpaksa tersenyum kambing. "Er... sorry, i need to talk with my friend...", cepat cepat fariz menarik tangan johan ke suatu sudut. "Wei... sejak bila pula awak tak kenal warna ni ar?... baju puan sri mia tu berwarna hitam lorh... bukannya berwarna warni...", bisik fariz pada rakannya itu. "Hehehe...", Johan ketawa kecil. Dia seperti orang yang tengah berkhayal pula. Anak matanya kelihatan membesar. Seperti anak mata seekor kucing di waktu malam. Mungkin angel dust yang di sedutnya sebentar tadi mulai bertindak balas. "Wei... jo... awak dengar tak apa yang saya cakapkan ni?", soal fariz sambil cuba menyedarkan pemuda itu. "Dengar... anyway, she is beautiful. She's not too old... dia masih 'bergetah'.... awak bertuah sebab dapat sugar mama macam dia tu... hehehe...", johan berbisik sambil ketawa kecil. "Oh... dah mula lah tu...", fariz bersuara sambil memutarkan bola matanya. "Hehehehe... er... i think i need to go home now... talk to you next time... buh-bye!... hehehe...", perlahan lahan johan melangkah pergi dari situ. Dia melangkah seperti orang yang mabuk pula. Fariz hanya memandang rakannya itu sehingga dia hilang dari pandangan matanya.

"Kenapa dengan kawan awak tu?... dia macam orang yang tak betul aje...", soal puan sri mia sebaik saja pemuda tersebut beredar dari situ. "Dia tu bermasalah sikit orangnya...", kata fariz. "Eh... semua orang ada masalah juga lorh tapi tak adalah sampai jadi tak betul macam tu... i think there's something wrong with that guy...", kata puan sri mia dengan wajah yang serius. Mahu tidak mahu fariz pun terpaksa berterus terang pada wanita tersebut tentang kawannya yang satu itu. "Oh... begitu ceritanya... patutlah dia lain macam aje masa mula mula saya tengok dia... rupa rupanya dia ambik dadah... kasihan juga dengan dia tu kan sebab dia baru putus cinta... tentu dia tak dapat menerima kenyataan yang menyakitkan hatinya. Mungkin sebab itulah dia mengambil dadah untuk melupakan masalahnya...", komen puan sri mia sebaik saja fariz selesai bercerita padanya. "Tahu tak apa... tapi yang buat saya bengang tu, dia dengan beraninya membeli benda jahanam tu. Kemudian dia bawa benda tu ke sini... dengan muka selambanya dia ajak saya menyedut benda jahanam tu...", kata fariz sedikit bengang. "Jadi awak sedut juga benda tu?", soal puan sri mia sambil memandang wajah pemuda tersebut. "Eh... Taklah... sebab saya tak minat dengan benda macam tu... lagi pun saya benci dengan dadah kerana dadahlah ayah saya meninggal dunia...", kata fariz berterus terang.

"Maksud awak arwah ayah awak ialah seorang penagih dadah, begitu ke?", soal puan sri mia dengan wajah yang serius. "Ya...", fariz bersuara sambil menganggukkan kepalanya. Perlahan lahan dia duduk di atas kerusi sofa yang ada di situ. Puan sri mia pun turut duduk di sebelahnya. "Saya merasa sedih apabila kawan baik saya tu mengambil dadah... saya begitu marah padanya dan saya cuba menasihatinya tapi dia buat buat tak tahu saja... dia ingat bagus sangat ke dadah tu kalau di amalkan selalu. Boleh ketagihan di buatnya...", kata fariz dengan wajah yang sedih. "Hm... awak dah bagi teguran dan nasihat padanya. Kalau dia tak nak dengar itu terpulang pada dirinya sendiri. Yang penting awak dah jalankan tanggungjawab awak sebagai seorang kawan yang baik. Iaitu menegur dan menasihati kawan apabila dia membuat kesilapan. by the way, Tuhan sudah memberikan manusia otak untuk berfikir samada tindakannya itu betul ataupun tidak. Jikalau teguran dan nasihat tidak di terima, ya sudah... biarkan saja dia dengan dunianya....", kata puan sri mia panjang lebar. "Tapi saya tak dapat biarkan kawan saya begitu saja... dia perlukan bantuan...", kata fariz.

CINTA TERLARANG (18)Where stories live. Discover now