"Apa?... awak cintakan saya?", soal puan sri mia terkejut. "Ya... saya cintakan awak... by the way, saya gembira kerana awak mencintai saya... saya merasa sungguh bahagia di saat awak meluahkan perasaan awak pada saya tadi... thanks because you love me, mia...", ucap fariz perlahan lahan. Dia memegang tangan kiri puan sri mia lalu di kucupnya tangan wanita itu. Tergamam puan sri mia di buatnya. Wajahnya kemerahan menahan rasa malu di dalam dada. Belum pun sempat puan sri mia bersuara tiba tiba pintu bilik wad itu di buka orang dari luar. Kelihatan shasha sedang melangkah masuk ke dalam bilik wad tersebut. Cepat cepat puan sri mia menarik tangannya dari genggaman tangan fariz. Mereka terpaksa berwajah selamba padahal dalam hati mereka merasa tak keruan. "Eh... mummy... bila masa pula mummy balik dari kota parish ni?", shasha terkejut terkejut apabila dia melihat mummynya berada di situ. Dia memandang wajah mummynya. Puan sri mia terpaksa membalas pandangan mata anak gadisnya.
"Oh... mummy baru sampai dari kota parish dengan daddy awak tadi...", balas puan sri mia. "Eh... daddy kata korang akan balik ke sini hari ahad ni tapi belum tiba hari ahad korang dah balik pula...", shasha bersuara dalam nada suara yang terkejut. "awak macam tak suka aje mummy balik...", kata puan sri mia sedikit terkilan. "Bukan maksud saya macam tu... saya cuma bertanya kenapa mummy dan daddy balik awal... kenapa tidak balik hari ahad macam yang korang rancangkan tu?", kata shasha. "Kami saja nak balik awal... anyway, awak dah jumpa daddy awak kat rumah tak?", soal puan sri mia. "Tak... saya belum balik rumah lagi... saya pergi ke kedai tadi beli buah buahan untuk fariz... by the way, buat apa mummy kat sini?", soal shasha ingin tahu. "Saya datang ke sini untuk menjenguk fariz... dia kan pekerja mummy so mummy datang jenguk dialah...", jawap puan sri mia.
"Oh... really?", soal shasha. "Yalah...", balas puan sri mia sepatah. Dia memandang wajah mummynya dengan pandangan mata yang tidak senang. Apabila puan sri mia melihat shasha tidak menyenangi kehadirannya di situ, dia pun meminta diri untuk pulang ke rumahnya. "riz... saya balik ke rumah dulu, ya... bye...", belum pun sempat fariz bersuara, puan sri mia terus angkat kaki dari situ. Tinggallah shasha dan fariz di situ. "Sha... apa salahnya jikalau mummy awak datang menjenguk saya?", soal fariz sedikit bengang. Dia merasa bengang kerana gadis itu tidak menyenangi kehadiran puan sri mia di situ. "Memang tak salah pun... cuma saya merasa hairanlah... kenapa mummy saya suka sangat mendekati awak?", soal shasha meluahkan rasa tidak senangnya pada fariz. "Eh... tak boleh ke mummy awak dekat dengan saya?", soal fariz. "Tak boleh...", balas shasha dengan wajah yang serius. "Kenapa tak boleh pula?", soal fariz ingin tahu. "Sebab saya tak mahu mummy saya dekat dengan awak... saya cuma nak awak dekat dengan saya seorang saja...", kata shasha berterus terang. "Oh... jadi awak cemburulah ni bila awak tengok mummy awak dekat dengan saya?", soal fariz. "Yalah... memang saya merasa cemburu... Riz, sebenarnya saya cintakan awak... sejak awak selamatkan saya hari tu saya mula memendam perasaan cinta terhadap awak... mungkin awak terkejut apabila saya mengatakan ini pada awak tapi inilah kenyataannya...", shasha meluahkan perasaannya.
Fariz terkejut sebaik saja gadis itu meluahkan perasaannya. Dia tidak menyangka yang shasha jatuh cinta padanya pula. "Biar betul awak ni, sha...", fariz bersuara dalam nada suara yang terkejut. "Saya cakap betullah ni... saya cintakan awak... saya harap awak cintakan saya juga...", kata shasha sambil memandang wajahnya. Dia memegang erat jari jemari fariz. Tergamam fariz di saat jari jemarinya di pegang erat oleh gadis tersebut. Tanpa di duga olehnya, shasha terus mengucup bibirnya. Fariz bertambah terkejut. Matanya terbeliak di saat gadis itu mengucup bibirnya. Tiba tiba, "tuut-tuut... tuut-tuut...", kedengaran handphone milik shasha berbunyi nyaring. Shasha berhenti dari mengucup bibir pemuda itu. Dia terpaksa menjawap panggilan di handphonenya. "Hello..." *diam seketika*. "Oh daddy... ada apa?" *diam lagi*. "Oh... sekejap lagi saya balik, daddy... okay bye...", cepat cepat shasha mematikan talian di handphonenya. "Riz... saya nak balik dulu... talk to you later, bye sayang... I love you... muahhh!...", dengan sepantas kilat dia mengucup dahi fariz. Kemudian dia beredar dari situ. Tinggallah fariz terpinga pinga seorang diri di situ. Shasha jatuh cinta padanya?... tapi dia tidak cintakan gadis tu. Dia cintakan puan sri mia. "God... this is so crazy!...", keluh fariz seorang diri.
YOU ARE READING
CINTA TERLARANG (18)
Romance#5 in romance (28/08/16) Sinopsis: seorang isteri merasa di abaikan oleh suaminya sendiri. manakala seorang pemuda terpaksa menjadi gigolo kerana kesempitan wang. mereka di kurung oleh seseorang di dalam sebuah bilik. dari situlah kisah ini bermula...