CINTA TERLARANG 9

38.5K 140 1
                                    

BAB 3

Puan sri mia melangkah masuk ke dalam rumahnya. Dia lihat suaminya sedang berbaring di atas katil sambil menonton TV. Dia melangkah menuju ke arah katil mereka. "Ke mana awak pergi tadi?", soal tan sri rizal sambil matanya tertancap di kaca TV. "Oh... saya pergi makan dengan kawan saya datin amira...", jawap puan sri mia berbohong. "Lama juga korang berada di restoran tu, eh?", tan sri rizal bersuara dengan wajah yang serius. "Ya... er, saya pergi mandi dulu ye bang...", cepat cepat puan sri mia beredar dari situ. Tan sri rizal hanya diam membisu selepas itu. Puan sri mia segera melangkah masuk ke dalam bilik mandi dengan wajah yang sedikit berpeluh. Sebenarnya dia takut suaminya tahu yang dia pergi ke hotel empayar dengan di temani oleh seorang lelaki gigolo. Nasib baik dia pandai berbohong. Kalau tidak, tak tahu lagilah nak cakap apa. Sebenarnya dia tak mahu suaminya tahu tentang perkara tersebut sebab itulah dia terpaksa berbohong demi menutup perkara yang sebenarnya. Setelah mandi dia melangkah keluar dari bilik mandi. Tan sri rizal masih belum tidur lagi. Dia menukar channel dalam TV silih berganti sehingga akhirnya dia bangun lalu dia offkan suis TV yang berskrin 60 inci itu.

"Anak awak si shasha ada call saya sebentar tadi...", tan sri rizal bersuara lagi. Kali ini nada suaranya agak perlahan sedikit. Dia kembali duduk di atas katil tersebut. "Oh... jadi apa yang dia katakan pada awak?", soal puan sri mia ingin tahu. "Dia kata dia akan sampai di airport wonderfly awal pagi esok. Flight yang dia naiki akan tiba di airport wonderfly tepat pada pukul 5 pagi. Dia menyuruh awak ambilkannya di airport awal pagi esok....", kata tan sri rizal dengan wajah yang serius. "Oh... baguslah tu... boleh juga dia tolong saya di agency modelling saya tu nanti...", kata puan sri mia sambil menggosokkan lotion wangian di tangan dan kakinya. "Hm... itu pun kalau dia nak... kalau dia tak nak tentu tak ada siapa lagi yang boleh di harapkan untuk menolong awak di agency modelling awak tu kecuali...", tan sri rizal berhenti bersuara. "Kecuali apa bang?", soal puan sri mia sambil memandang wajah suaminya. "Hm... just forget it...", balas tan sri rizal dengan pantas sekali. Dia terus berbaring lalu menarik selimut ke atas tubuhnya. "Sebenarnya apa yang abang cakapkan tentang kecuali tu?... abang seperti ingin menyatakan sesuatu... apa dia?", soal puan sri mia lalu duduk di sebelah katil yang empuk itu. "Nothing... just forget it...", kata tan sri rizal dari sebalik selimut tebal tersebut. "Cakap sajalah bang, apa dia?", soal puan sri mia lagi. "Saya cakap tak ada, tak adalah... just forget it and go to sleep...", kata tan sri rizal dengan tegas. Tangannya pantas mematikan suis lampu meja yang terletak di sebelah meja tidak jauh dari situ. Suasana di dalam bilik tidur kini menjadi gelap gulita. Puan sri mia terpaksa mendiamkan dirinya selepas itu. Tidak lama kemudian dia terdengar bunyi dengkuran suaminya. Sudah tentu lelaki tersebut sudah tertidur lena. Puan sri mia hanya mengeluh seorang diri dalam kegelapan malam di bilik tidur yang sunyi sepi itu.

*** *** ***

Awal pagi lagi fariz sudah bangun dari tidurnya. Dia meninggalkan hotel empayar tepat pada pukul 5 pagi. Dia sampai di rumah sewanya tepat pada pukul 5:20 pagi. Sebaik saja dia berada di hadapan rumah sewa tersebut dia pun segera mengetuk daun pintu rumah itu. Kelihatan kawannya johan membuka pintu rumah tersebut dalam keadaan yang tengah 'mamai'. Maklumlah dia baru saja bangun dari tidurnya. "Selamat pagi jo...", sapa fariz dengan senyum kambingnya. "Pagi... awak dari mana ni?", soal johan setelah dia selesai menguap panjang. "Dari hotel empayar...", jawap fariz dengan jujur. "Wow... hotel terbesar dan termahal tu... tentu loaded orang yang upah awak semalam tu kan...", johan bersuara dengan sedikit teruja. "Boleh di katakan loaded juga...", balas fariz sambil melangkah masuk ke dalam ruang tamu yang sunyi sepi itu. "untunglah awak sekarang saham awak sudah meningkat naik... kalau dah naik tu jangan lupa pada saya, ye... tolong perkenalkan saya pada customer awak yang loaded loaded tu supaya saya tidak ketinggalan di belakang... anyway, macamana malam tadi seronok tak awak layan dia?", kata johan sambil melirikkan matanya. Fariz ketawa kecil. "Sebenarnya orang tu tak sukakan layanan seks seperti apa yang awak fikirkan tu...", fariz bersuara perlahan lahan. "Jadi apa dia nak dari awak?...", soal johan ingin tahu. "Dia cuma nak saya jadi teman bual dia. Itu saja...", jawap fariz dengan wajah selamba.

CINTA TERLARANG (18)Where stories live. Discover now