Suasana di restoran italiano tidaklah terlalu sibuk. Ada beberapa orang pelanggan datang menjamu selera di restoran itu. Fariz memerhatikan saja hiasan dalaman restoran tersebut. Ianya kelihatan sangat menarik. Cuma makanannya agak pelik sedikit. Maklumlah fariz bukannya pernah makan makanan itali seperti itu sebelum ini. "Kenapa awak diam riz?... makanlah...", puan sri mia bersuara perlahan lahan. "Okay...", balas fariz sepatah. Dia cuba makan walaupun rasa makanan itu agak pelik sedikit. Dia makan dan terus telan. Puan sri mia hanya tersenyum saja ketika dia melihat pemuda itu. "Awak belum pernah makan makanan seperti ini sebelum ini?", soal puan sri mia. "Ya... belum pernah...", balas fariz tersenyum kambing. "Ini special meat pasta. Ada sedikit daging cincang di dalamnya. Ianya sedap sekali...", kata puan sri mia sambil memakan makanannya.
"Awak fikir tak ada ke daging khinzir dalam makanan ni?... kalau ada saya tak nak ma...", belum pun sempat fariz menghabiskan perkataannya puan sri mia segera memotong perkataannya. "Tak adalah. Ini daging lembu aje... makanan kat sini kira halal juga sebab isteri kepada tuan punya restoran ni beragama islam. Isterinya orang melayu berkahwin dengan lelaki inggeris... mereka sudah lama buka restoran kat sini...", terang puan sri mia dengan pantas. "Oh begitu... jadi awak kenal mereka ke?", soal fariz. "Ya... sebenarnya isteri tuan punya restoran ni ialah classmate saya ketika saya menuntut di sekolah menengah dahulu...", kata puan sri mia lagi.
"Oh i see...", fariz menganggukkan kepalanya. Dia mula makan makanan di atas pinggannya tanpa was was. Puan sri mia memakan makanannya sambil memandang ke arah pemuda itu. Dia lihat tiada lagi cincin emas menghiasi jari manis pemuda tersebut. "Er... mana perginya cincin emas kat jari awak tu?", soal puan sri mia. "Saya dah simpankannya di dalam beg. Saya malas nak pakai cincin tu...", balas fariz dengan jujur. Puan sri mia pun terdiam selepas itu. Sebenarnya dia tahu kenapa pemuda tersebut tidak mahu memakai cincin itu. Ini kerana ia akan mengingatkannya pada tunangnya shasha. Perlahan lahan puan sri mia memandang wajah pemuda tersebut.
"Riz... jikalau di suatu hari nanti saya tidak ada di samping awak, apakah awak akan menikah dengan shasha?", soal puan sri mia. Fariz yang kebetulan sedang minum fresh orange di dalam gelasnya terus tersedak sebaik saja dia terdengar soalan cepumas dari mulut wanita itu. "Kenapa tanya soalan macam tu pula?", soal fariz sambil mengelap mulutnya yang basah dengan tisu di tangan. "Saja ingin tahu....", balas puan sri mia. Belum pun sempat fariz bersuara tiba tiba, "eh... mia marina iskandar ke ni?", tegur suatu suara. Puan sri mia segera mengalihkan pandangan matanya. Begitu juga dengan fariz. Kelihatan seorang wanita melangkah menghampiri mereka di situ. "ya... eh... ini salina khairul, ke?", soal puan sri mia sambil memandang wajah wanita bertudung hitam tersebut.
"Ya... wah!... awak nampak bertambah cantik sekarang...", puji wanita yang bernama salina itu. "Ya... awak pun apa kurangnya...", Puan sri mia bersuara lantas memeluk wanita tersebut. "Lama kita tidak bertemu kan?...", wanita bernama salina itu bersuara dengan riangnya. "Ya lah...", balas puan sri mia secara ringkas. Mereka meleraikan pelukan masing masing. "Er... dia ni siapa?", soal salina ingin tahu. Dia memandang ke arah pemuda yang sedang duduk di atas kerusi tidak jauh dari situ. "Oh... ini fariz junaidi. Dia bekerja sebagai seorang model di agency modelling saya...", puan sri mia memperkenalkan fariz pada rakan lamanya. Wanita bernama salina itu merasa terkejut sebaik saja dia menatap wajah pemuda tersebut. "Dia kelihatan seperti justin bieber lah...", bisik salina sedikit terkejut. "Yeah... ramai orang cakap macam tu. Dia mirip seperti penyanyi tu...", bisik puan sri mia sambil tersenyum lebar. "er, fariz... perkenalkan ini puan salina khairul. Dia classmate saya semasa saya menuntut di sekolah menengah dahulu. Dia inilah pemilik restoran ni...", kata puan sri mia sambil tersenyum. "Oh i see... hai... puan salina...", sapa fariz dengan penuh hormat. Belum pun sempat puan salina menyahut sapaan pemuda itu datang pula seorang pekerja di restoran tersebut lalu berbisik di telinganya.
YOU ARE READING
CINTA TERLARANG (18)
Romance#5 in romance (28/08/16) Sinopsis: seorang isteri merasa di abaikan oleh suaminya sendiri. manakala seorang pemuda terpaksa menjadi gigolo kerana kesempitan wang. mereka di kurung oleh seseorang di dalam sebuah bilik. dari situlah kisah ini bermula...