BAB 4
"Tuut-tuut... tuut-tuut... tuut-tuut...", kedengaran handphone di tepi bantal berbunyi nyaring. Fariz tersedar dari tidurnya sebaik saja terdengar handphonenya berbunyi nyaring. Dengan malas dia menjawap panggilan di handphonenya itu. "Hello...", dia menjawap panggilan di handphonenya dengan mata yang masih tertutup rapat. "Hello... awak kawan johan bin johari ke?...", fariz segera membuka matanya sebaik saja dia mendengar nama kawannya di sebut orang. "Ya...", balas fariz sepatah. "Boleh tak awak tolong ambil kawan awak ni dari blitz club dekat jalan dato taib sekarang juga?... kawan awak mabuk teruk lorh... dia suruh saya call awak... anyway saya ialah bartender kat club ni. Sekejap lagi club ni akan di tutup... tolong bawa dia balik ke rumahnya....", fariz terus bangun dari atas katilnya. "Okay... saya akan datang jemput dia balik ke rumahnya... bye...", cepat cepat fariz mematikan talian di handphonenya. Dia lihat jam di dinding tepat menunjukkan pukul 4 pagi. Dengan sepantas kilat dia memakai baju t'shirt dan seluar jeansnya dengan tergesa gesa. Setelah bersiap secara ala kadar dia pun segera melangkah keluar dari situ. Pintu apartment di kunci rapat. Kemudian dia melangkah menuju ke arah pintu lif yang terletak tidak jauh dari situ. Dia berfikir seketika. Dia tidak tahu kenapa rakannya minum sampai mabuk teruk seperti itu. Dia yakin johan pasti ada masalah peribadi. Biasanya kalau dia ada masalah peribadi dia pasti akan minum arak sampai tak sedar diri. Sebaik saja dia keluar dari pintu lif itu, dia segera melangkah menuju ke parking lot tidak jauh dari ground floor tersebut. Dia cepat cepat mengorak langkah menuju ke arah motorsikal cabuknya. Dengan sepantas kilat dia membonceng motorsikal tersebut. Bagaikan pelesit motorsikal itu meluncur laju membelah keheningan malam yang kelam.
Tidak lama kemudian dia pun sampai di depan blitz club. Semua orang mula beransur pulang. Cepat cepat fariz melangkah turun dari motorsikalnya. Helmet di kepala di buka dengan pantas sekali. Dia berjalan masuk ke dalam club yang mulai lengang itu. Kelihatan rakannya johan sedang duduk di atas kerusi dengan kepala di letakkan di atas meja. Fariz segera menghampiri lelaki tersebut. "Jo... jo... wake up man...", fariz cuba menyedarkan rakannya. Perlahan lahan Johan mengangkat wajahnya. "Siapa awak ar?... awak alien dari planet plutokah?... biar saya tembak otak awak sampai berkecai... beng!... beng!... beng!... alien tu pun terus K.O!.... hahaha...", dia merapu sambil ketawa terbahak bahak. "K.O kepala otak awak!... wei... saya fariz lorh... mana ada alien kat sini... memang sah otak awak ni dah tak betul dah... mari saya hantar awak balik ke rumah awak...", kata fariz dengan wajah yang serius. "Saya tak nak balik ke rumah... saya nak minum lagi...", bentak johan separuh 'lalok'. Dia mengambil botol arak di atas meja tapi fariz segera menahannya. "Wei... cukuplah tu... awak dah mabuk teruk dah ni...", fariz bersuara tegas.
Dia merampas botol arak di tangan rakannya lalu di letakkannya kembali botol tersebut di atas meja. "Kenapa awak rampas botol arak saya tu ar?... saya nak minum lorh...", marah johan. "Nantilah awak sambung minum tu... kita balik dulu ye...", pujuk fariz. "Saya tak nak balik lorh... saya nak minum kat sini...", kata johan lagi. "Apa kata awak sambung minum kat apartment saya?... kat sana lagi bagus... saya akan bawa balik botol arak ni untuk awak... okay?...", kata fariz separuh memujuk. "Tapi...", belum pun sempat johan menghabiskan perkataannya fariz segera menyampuk. "Jangan bertapi tapi lagi jo... tempat ni dah nak tutup dah... nanti tauke club ni halau awak keluar dari dalam club ni, baru padan muka awak tu...", sampuk fariz dengan tegas. "Yelah... yelah...", johan bersuara separuh hati. Perlahan lahan dia bangun dari atas kerusinya. Baru dua tiga langkah saja dia melangkah tiba tiba saja dia terjatuh di atas lantai. Fariz segera memaut lengan kiri rakannya itu. Perlahan lahan dia memapah johan keluar dari club tersebut.
"Whats wrong with you jo?... kenapa minum arak berlebihan ni?... awak ada masalah ke?", soal fariz ingin tahu. "I lost my girlfriend...", johan bersuara dengan nada suara yang sedih. "Maksud awak.... awak putus cinta dengan sarah kekasih awak tu?", soal fariz ingin tahu. Johan menganggukkan kepalanya sambil menangis. "Kenapa dia tinggalkan awak pula?", soal fariz ingin tahu. "my girlfriend hate me because i'm a f*cking gigolo!!!...", balas johan dengan penuh emosi. "Just calm down jo... just calm down...", fariz bersuara cuba menenangkan sahabatnya itu. Ketika itu mereka sudah sampai dekat motorsikal cabuk milik fariz. "I'm alone now... i'm alone in this world... nobody loves me... nobody...", johan bersuara sedih. Dia memeluk fariz sambil menangis. "Dont say like that... i'm still here with you... dont be so sad...", pujuk fariz sambil memeluk rakannya itu. Beberapa orang yang lalu lalang di situ pandang semacam ke arah mereka berdua. Tentu mereka fikir yang mereka ialah pasangan gay. Maklumlah mereka berpelukan di tepi jalan pula tu. "Er... jo, mari kita balik... nanti kita cerita kat apartment saya, ya...", kata fariz. Perlahan lahan johan menganggukkan kepalanya. Mereka menaiki motosikal cabuk milik fariz. Perlahan lahan fariz segera memasang enjin motorsikalnya. Johan memeluknya dari belakang. Dengan sepantas kilat motorsikalnya meluncur laju meninggalkan tempat itu.
YOU ARE READING
CINTA TERLARANG (18)
Romance#5 in romance (28/08/16) Sinopsis: seorang isteri merasa di abaikan oleh suaminya sendiri. manakala seorang pemuda terpaksa menjadi gigolo kerana kesempitan wang. mereka di kurung oleh seseorang di dalam sebuah bilik. dari situlah kisah ini bermula...