Pagi itu kelihatan Fariz pergi ke tempat kerjanya. Dia lihat puan sri mia tidak lagi datang ke office sepanjang hari itu. Hanya shasha seorang saja yang datang untuk menguruskan agency modelling tersebut. Begitu juga dengan hari hari yang berikutnya. Puan Sri mia langsung tidak datang ke agency modelling tersebut. Agaknya dia nak ambil cuti panjang kot tapi kalau dia nak bercuti pun takkanlah sampai berhari hari lamanya. Fariz mula tertanya tanya ke mana perginya wanita itu. Selama 4 hari berturut turut dia tidak bertemu dengan puan sri mia. Dalam diam dia merasa rindu pada wanita tersebut. Dia tidak tahu bagaimana caranya untuk menghilangkan rasa rindu di hatinya. "Mia... ke mana kau pergi, sayang?... aku rindukan kau...", bisik hati kecil fariz tak keruan. Dia duduk di atas kerusi sambil matanya asyik memerhatikan office puan sri mia yang tertutup rapat itu. Dia merasa sedih kerana tidak dapat bertemu dengan puan sri mia. "Fariz... apa yang awak lamunkan tu?", soal suatu suara.
Perlahan lahan dia mengalihkan pandangan matanya ke arah datangnya suara itu. Kelihatan shasha sedang berdiri di sebelahnya. "Sha... mana perginya mummy awak?... dah berhari hari dia tak datang ke officenya...", soal fariz ingin tahu. "Oh... dia dan daddy pergi melancong kat kota parish 4 hari yang lalu... mereka pergi melancong kat sana selama seminggu...", kata shasha dengan wajah yang serius. "Eh... kenapa mummy awak tak bagi tahu semua orang yang dia akan pergi ke kota parish?...", soal fariz sedikit terkejut. "Dia saja tak nak bagitahu semua orang... yang awak asyik tanya tentang mummy saya ni kenapa ar?", soal shasha sedikit jengkel. "Saya tanya saja lorh... kenapa? tak boleh ke saya bertanya?", soal fariz. "Bukan tak boleh... cuma saya tak sukalah kalau awak asyik bertanya tentang mummy saya tu...", kata shasha dengan wajah yang masam mencuka. "whatever...", fariz bangun dari tempat duduknya lalu beredar dari situ.
*** *** ***
Puan sri mia duduk di dalam teksi bersama suaminya sambil matanya memerhatikan panorama indah di kota parish pada waktu malam. Kota itu kelihatan indah di sirami lampu bergemerlapan di kiri kanan bangunan yang ada di situ. Tan Sri rizal membawanya melawat ke pelbagai tempat tarikan pelancong di seluruh kota parish. Sepanjang mereka berada di situ puan sri mia berusaha untuk tidak memikirkan tentang fariz namun dia gagal berbuat demikian. Fikirannya asyik di bayangi oleh wajah fariz. Ketika mereka sedang berjalan di kota parish dan makan di restoran yang mahal mahal, dia teringatkan fariz. Ketika mereka menonton pertunjukan opera di atas pentas, dia teringatkan fariz. Ketika mereka menonton wayang di pawagam, dia masih teringatkan fariz. Ketika dia dan suaminya bercumbuan dan melakukan hubungan seksual di atas katil pun dia masih teringatkan fariz. Pendek kata di mana saja dia pergi dan apa saja yang dia lakukan, dia akan teringatkan fariz. mindanya penuh dengan bayang wajah fariz. Sebenarnya dia merasa rindu pada pemuda tersebut. Rasa rindu yang amat sangat sehinggakan dia sukar melelapkan matanya di waktu malam. "Fariz... i missed you so much...", bisik puan sri mia dengan sedih. Ketika dia asyik memikirkan fariz tiba tiba saja kepalanya terasa sakit.
sejak akhir akhir ini kepalanya selalu saja terasa sakit. pada mulanya dia fikir itu hanyalah sakit kepala biasa tapi lama kelamaan dia kerap merasa sakit kepala pula. dia selalu juga memakan ubat panadol untuk meredakan sakit kepalanya namun ubat panadol seperti tidak berkesan lagi. sakit kepalanya semakin menjadi jadi sehinggakan dia mengerang kesakitan. "eh... kenapa ni mia?...", kelihatan suaminya tan sri rizal datang menghampirinya. "kepala saya sakitlah bang...", kata puan sri mia dalam kepayahan. dia memicit micit kepalanya yang terasa sakit. "kalau kepala awak sakit biar abang hantarkan awak ke hospital...", kata tan sri rizal penuh prihatin. "tak payahlah bang... sakit kepala ini akan hilang kalau saya berehat sekejap...", kata puan sri mia menahan kesakitan di kepalanya. "mia... kalau kepala awak sakit jangan biarkan ianya begitu saja... mana tahu ianya tanda awal penyakit...", kata kata tan sri rizal terus di potong pantas oleh puan sri mia. "jangan cakap yang bukan bukanlah bang... ini cuma sakit kepala biasa aje... mungkin migrain kot....", kata puan sri mia. "hm... kalau awak tak nak berjumpa dengan doktor, tak apalah... awak berehat dulu, ya...", perlahan lahan tan sri rizal menarik tangan isterinya menuju ke arah katil yang terletak tidak jauh dari situ. puan sri mia berbaring di atas katil tersebut. tan sri rizal menutup tubuh isterinya dengan selimut di tangan....
YOU ARE READING
CINTA TERLARANG (18)
Romance#5 in romance (28/08/16) Sinopsis: seorang isteri merasa di abaikan oleh suaminya sendiri. manakala seorang pemuda terpaksa menjadi gigolo kerana kesempitan wang. mereka di kurung oleh seseorang di dalam sebuah bilik. dari situlah kisah ini bermula...