CINTA TERLARANG 61

8.4K 64 0
                                    

Shasha sedang menonton TV bersama mummynya ketika mereka melihat iklan yang di lakonkan oleh fariz muncul di kaca TV. Iklan berdurasi 3 minit 40 saat itu sangat menarik kerana ianya di lakonkan di tepi pantai. Fariz nampak menggoda di dalam iklan tersebut. Puan sri mia dan shasha tersenyum lebar sebaik saja mereka menonton iklan itu. "Wah... tak sangka ya, iklan yang di lakonkan oleh fariz ni sangat menarik. Saya sukakan pemandangan di tepi laut tu...", komen shasha. "Pandai betul mereka pilih lokasi penggambaran, kan?...", kata puan sri mia pula. "Yelah...", balas shasha. "Eh... itu fariz kan?", soal haikal sebaik saja dia terpandang iklan tersebut. "Ya...", balas puan sri mia.

Tan sri rizal yang sejak dari tadi sibuk menyelak files di tangannya segera mendongakkan wajahnya. Dia menumpukan perhatiannya ke kaca televisyen. "Hm... tak sangka pula bakal suami awak tu ada bakat jadi pelakon, shasha... tak lama lagi tentu bakal suami awak tu akan jadi seorang artis...", komen tan sri rizal. "Apa salahnya kalau fariz jadi seorang artis?... tak ada salahnya, kan?", kata shasha sambil tersenyum lebar. "Memang tak ada salah pun tapi masalahnya kalau bakal suami awak tu dah jadi artis sudah tentu dia akan jadi buruan ramai gadis di luar sana... awak juga yang akan di buru perasaan cemburu yang tidak berkesudahan...", kata tan sri rizal. Shasha terus terdiam. Memang betul apa yang daddynya katakan tu. Ada kebaikannya dan ada juga keburukannya menjadi artis ni. Dia belum pernah terfikir pun perkara seperti itu sebelum ini...

*** *** ***

Malam itu fariz sedang berbaring di atas kerusi sofa sambil menonton TV ketika dia terdengar bunyi loceng pintu apartmentnya berbunyi nyaring. Dia segera membuka pintu apartmentnya. Kelihatan jayden dan seorang pemuda berdiri di depan pintu apartmentnya. "Hai riz...", sapa jayden sambil tersenyum. "Hai... jay...", balas fariz seraya membalas senyuman rakannya itu. "Er... ini... er...", kata kata jayden di potong pantas oleh pemuda di sebelahnya. "Saya boyfriend baru jayden. My name is brian wong....", pemuda itu menghulurkan tangannya pada fariz. Perlahan lahan fariz berjabat tangan dengan pemuda tersebut. "Oh... er... nama saya fariz junaidi. Nice to meet you brian... er, masuklah...", ucap fariz tersenyum kambing.

Dia mempersilakan mereka masuk ke dalam apartmentnya. "Er... boleh saya pergi ke tandas sekejap?... I need to go to pee...", kata pemuda bernama brian itu. "Oh... tandas kat sebelah dapur sana tu...", fariz segera menunjukkan di mana letaknya tandas tersebut. Sebaik saja pemuda itu masuk ke dalam tandas fariz segera melangkah menghampiri jayden. "Jay... betul ke dia tu boyfriend baru awak?", soal fariz separuh berbisik. "Ya... saya jatuh cinta padanya", balas jayden sambil tersengih macam kerang busuk. "macamana pula awak boleh jatuh cinta dengan si brian tu?... bukankah hari tu saya dah suruh awak bercinta dengan perempuan. Kenapa awak bercinta dengan lelaki pula?", soal fariz masih dalam nada suara yang berbisik.

"Nak buat macamana riz... hati saya dah terpikat pada dia... saya berusaha untuk menjauhkan diri daripadanya tapi saya tak boleh berbuat begitu sebab saya sayangkan dia...", bisik jayden. "Tapi takkanlah awak bercinta dengan lelaki pula... thats not right, jay...", ucap fariz sambil berbisik. "Yeah... I know its not right tapi hati saya ni... saya tak mampu menyangkal perasaan cinta saya terhadap dia...", ucap jayden perlahan lahan. Tiba tiba saja Fariz teringat perkataan yang di ucapkan oleh rakannya johan tempohari. "Cinta itu buta..." dia diam memikirkannya. Cinta tidak kenal usia mahu pun jantina. Jikalau hati sudah suka semuanya tidak di ambil kira lagi. Lelaki dengan lelaki ke... Perempuan dengan perempuan ke, tua ke or muda ke... semuanya akan bercinta. Bila dah jatuh cinta semuanya jadi indah indah belaka. Yang hodoh pun di katakan cantik. Yang tua di katakan muda. Yang tak kacak pun di katakan kacak. Hubungan yang tidak wajar macam tu pun di anggap hubungan yang wajar. Tak ada lagi istilah larangan bagi orang yang buta mata hatinya dengan cinta yang semu begitu.

CINTA TERLARANG (18)Where stories live. Discover now