001 | Jodoh ·˚ ༘

35K 1.2K 66
                                        

[Syafa]

Seperti biasa, aku melangkah masuk ke dalam kelasku.

Disebabkan pagi ni hujan, jadi perhimpunan terpaksa dibatalkan. Tuhan je yang tahu betapa gembiranya aku. Aku memang benci perhimpunan hari Isnin. Dahlah kena dengar pengetua membebel dekat depan. Kalau dikira-kira, lebih sejam juga dia membebel. Tak ke buang masa tu?

Sebaik sahaja kaki aku memijak lantai kelas, mata aku seakan-akan bersinar apabila bayang lelaki pujaan hati aku berada betul-betul di hadapanku.

Hensemnya ciptaan Tuhan.

Dengan segala keberanian yang aku ada, aku terus menyapanya.

"Morning... Adam."

Tinggi betul harapan yang aku letakkan kepadanya. Ingatkan dia akan balas sapaan aku, rupanya-rupanya dia cuma jeling aku?

Cis!

Tak apa, Syaf. Sabar.

Nasib baiklah kau ni crush aku, Adam. Kalau tak, dah lama aku maki hamun kau.

"Adam..." panggilku sekali lagi.

"Kau nak apa?" Dengan dingin Adam menjawab. Mata dia langsung tak pandang aku, sebaliknya dia lebih fokus ke arah barang-barang yang disimpan di dalam locker miliknya.

"Saya... nak minta tolong boleh tak?" Harap-haraplah Adam sudi melayan kerenah aku.

"Apa dia?"

"Tolong pulangkan semula hati saya yang awak dah curi." Ayat pick up line ni aku belajar daripada Sarah, merangkap penolong ketua kelas aku. Walaupun aku tahu agak cringe, tapi biarlah aku guna sekali ni je untuk try Adam.

Adam langsung tak memberikan sebarang reaksi. Memang hati batu betul lah mamat ni kan!

"Apa benda yang kau merepek ni hah? Malas aku nak layan kau," jawab Adam. Ish, itu je respon yang dia boleh bagi dekat aku? Aku ni dah memalukan diri untuk try dia, macam tu je dia layan aku?

"Takpelah Adam, lupakan jelah."

Malunya aku, rasa macam nak sorok muka bawah bantal je sekarang ni.

Kemudian, tanpa membuang masa aku terus mengambil tempat dudukku. Lebih baik aku duduk sekarang sebelum aku memalukan diri aku lagi.

Takpelah, at least aku dah cuba nasib hari ni. Aku akan cuba lagi next time sampailah aku berjaya pikat hati dia. Biarlah dia nak kata apa pun, yang penting aku takkan mengalah.

*****

[Adam]

Aku pandang budak perempuan yang katanya nak minta tolong dengan aku tadi .

Huh , tolong jangan curi hati dia ?

Siapa lah yang nak curi hati dia ?

Dah lah perangai macam budak - budak . Umur dah 17 tahun , tapi serupa 7 tahun je aku tengok . Lepas tu siap buat pickupline dekat aku pula tadi .

Sorry to say , aku memang tak layan mana - mana pickupline yang orang cuba buat dekat aku . Asal nak jiwang sangat ? Kan lebih elok kalau jadi cool je .

Macam - macam perangai aku jumpa dalam kelas ni . Haih , aku rindu France . Walaupun diaorang semua agama lain - lain , tapi aku selesa kawan dengan diaorang . Dekat sana , cuma ada 2 orang je yang sama agama dengan aku .

𝗠𝗘𝗔𝗡𝗧 𝗧𝗢 𝗕𝗘 | COMPLETEDCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang