060 | Berlakon ·˚ ༘

14.4K 501 69
                                    

Syafa POV

" Uncle , jangan lah geletek Acha lagi ! " kata Asha sambil tertawa .

" Siapa suruh Asha nakal sangat ? Ini denda untuk Asha sebab Asha tak nak dengar cakap uncle . " balas Ziyyad .

" Alaa , uncle . Acha janji lepas ni Acha tak nakal - nakal dah . Uncle janganlah denda Acha lagi . " Asha memuncungkan bibirnya .

" Ziyyad , maaflah kalau Asha ni menyusahkan awak . " kataku kepada Ziyyad .

" Tak ada apa lah , Syaf . Saya saja nak bergurau dengan Asha ni . " kata Ziyyad sambil mendukung Asha .

" Uncle , lepas ni kita nak pergi mana ? " soal Asha .

" Asha nak pergi mana ? " Ziyyad menyoal semula Asha .

" Dulu papa selalu bawa Acha pergi Sunway Lagoon . Boleh tak Acha nak pergi sana hari ni ? " Asha membuat muka comelnya di hadapan Ziyyad .

Ziyyad memandangku , mungkin dia nak minta izin daripada aku .

" Tak payah lah , Ziyyad . Awak tak payah nak ikutkan sangat kehendak Asha tu . Lagipun , papa dia suka sangat bawa dia ke situ . Saya tak nak Asha sebut - sebut lagi pasal Adam . Jadi , saya tak izinkan awak bawa Asha pergi tempat tu . " jawabku .

" Mama ni semua tempat tak boleh pergi . Acha nak jumpa papa pun mama tak bagi . Acha rindukan papa . Mama mesti dah tak sayangkan Acha . " kata Asha kepadaku .

" Asha jangan nak ikut perangai papa Asha tu . Mama cakap tak boleh means tak boleh . Kenapa degil sangat ni ? "

" Syaf , dah lah tu . Jangan lah marah Asha . Dia bukannya faham masalah awak dengan Adam . Lagipun , Asha memang rapat dengan Adam kan ? Sebab tu lah dia rindu papa dia . Awak tu pregnant , Syaf . Awak tak boleh marah - marah macam ni . " aku menarik nafas perlahan kemudian menghembusnya semula .

" Saya minta maaf . Awak tahu kan , hormon perempuan mengandung ni memang cepat berubah . Saya tak boleh kawal emosi saya . Lagi - lagi dengan keadaan saya macam ni . " Ziyyad hanya mengangguk .

" Saya faham , Syaf . Semua orang ada masalah . Manusia memang takkan lari daripada masalah . Tapi , awak kena cuba juga selesaikan masalah awak dengan Adam . " Ziyyad memang pandai bagi aku nasihat .

" Mmm , maaf mengganggu . Saya nak minta tolong daripada puan dan encik sekejap boleh ? " seseorang menegur kami dari belakang .

" Ya , ada apa - apa yang boleh saya bantu ? " Ziyyad menyoal orang tersebut .

" Sebelum tu , saya Karl dan kawan saya yang sebelah ni , Joe . Okay , sebenarnya macam ni . Saya dan kawan saya sekarang tengah siapkan assignment yang pensyarah kitaorang berikan . Memandangkan kitaorang daripada jurusan photography , jadi kitaorang berdua kena ambil gambar pasangan suami isteri dan kalau boleh , kami nak perempuan mengandung . Kebetulan pula , saya nampak encik dan isteri encik macam pasangan bahagia . Yang ni pula , mesti anak encik , kan ? "

" Bukan saya tak nak , cuma... "

" Alaa , encik . Boleh lah . Tolong lah kami . Lagipun , due date assignment tu dah nak dekat . Kami dah tak tahu nak pilih siapa untuk jadi model kami . Boleh , ya ? " rayu Karl .

" Syaf , awak tak kisah ke ? " tanya Ziyyad .

" Saya ikutkan jelah . Lagipun , kesian pula kalau nak tolak permintaan diaorang . "

" So , kira setuju lah ni kan ? " soal Joe pula .

" Yes . " jawab kami serentak .

" Okay , thank you so much ! Saya terhutang budi sangat dengan encik dan isteri encik . Kalau macam tu , boleh kita mulakan sekarang ? "

𝗠𝗘𝗔𝗡𝗧 𝗧𝗢 𝗕𝗘Where stories live. Discover now