Syafa POV
Aku termenung seketika memikirkan perkara yang dikatakan oleh papa petang tadi .
" Syaf , papa ada perkara sikit nak cakap dengan kamu . "
" Apa dia , pa ? Cakap lah . " ada perkara penting ke yang papa nak cakapkan ?
" Minggu depan kita akan pergi Amsterdam . Papa ada tubuhkan syarikat baru dekat sana . Jadi , kita akan terus menetap dekat Amsterdam . "
" Amsterdam ? Kalau tak pergi , tak boleh ke ? Lagipun , Amsterdam tu jauh papa . Macam mana dengan pelajaran Syaf dekat sini ? "
" Papa tak ada orang untuk tengok - tengokkan pejabat papa dekat sana . Nak tak nak , kita terpaksa pindah juga . Pasal pelajaran , jangan risau . Papa akan uruskan . Tapi kalau Syaf tak nak ikut , Syaf kena duduk dengan Aunty Min . Syaf sanggup ? Kalau Syaf sanggup , papa tak kisah . Tapi , papa harap Syaf ikut lah keputusan papa . "
Aku tak kisah duduk dengan Aunty Min . Tapi , takkan aku nak berjauhan dengan papa dan mama buat jangka masa yang lama ? Mesti aku akan rindukan diaorang . Lagi - lagi , mama . Aku tak sanggup nak berpisah dengan mama .
" Biar Syaf fikir dulu ya , pa ? "
" Syaf fikir lah elok - elok , ya ? Papa nak naik atas kejap . "
Mungkin aku patut ikut pergi Amsterdam .
Tapi , macam mana dengan kawan - kawan aku ?
Fauza , Ariana . Sanggup ke aku tinggalkan diaorang ?
Tapi bila difikirkan balik , ada baiknya juga aku ikut keputusan papa .
Sekurang - kurangnya , aku takkan jumpa dengan Adam lagi .
Dan aku memang tak nak jumpa dia buat selama - lamanya .
Aku dah buat keputusan . Aku pasti keputusan ni akan gembirakan hati papa dan mama .
*****
Ariana POV
" Jangan kacau kitaorang boleh tak ?! " marahku kepada lelaki yang merupakan salah seorang kawan baik Adam , Ryan .
" Kitaorang tak kacau korang pun . Kitaorang cuma nak bergurau je dengan korang berdua . " jawab lelaki yang bernama Ryan itu .
" Ish ! Tepi lah ! Kitaorang nak lalu lah ! " kali ini , Fauza pula yang memarahi mereka berdua .
" Kenapa garang sangat ni ? Nanti cepat tua , aku tak tanggung . " lelaki yang bernama Danial itu tertawa .
" Korang nak apa dengan kitaorang ? " aku bertanya kepada mereka berdua .
" Kitaorang nak , korang berdua cakap dengan kawan baik korang tu supaya jangan kacau Adam lagi lepas ni . Dia tak layak pun untuk Adam . " kata Ryan .
Dah naik muak aku dengar nama jantan tak guna tu .
" Eh , kau dengar pula apa yang aku nak cakap ni . Syaf pun tak nak lah dengan jantan tak guna tu ! Dasar manusia tak ada perasaan ! Suka hati dia je nak mainkan perasaan orang ! Aku harap suatu hari nanti dia akan menyesal dengan apa yang dia dah buat dekat Syaf ! " aku betul - betul bengang dengan apa yang Adam dah buat dekat Syaf . Dia ingat Syaf tu patung ke ?
Aku terus menarik tangan Fauza lalu kami berdua pergi meninggalkan Ryan dan Danial .
*****
YOU ARE READING
𝗠𝗘𝗔𝗡𝗧 𝗧𝗢 𝗕𝗘
Teen Fiction(UNEDITED) [WARNING: Cerita ini ditulis waktu 2016, and i am a high schooler at that time jadi ada banyak cacat cela dan part yang cringe so read at your own risk, enjoy!] 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐀𝐝𝐚𝐦 𝐂𝐚𝐥𝐯𝐢𝐧 Peribadinya tidak seindah namanya. Ego...