Syafa POV
" Sayang , siapa dia ni ? " soal Adam sambil memandang Ziyyad dengan pandangan tajam .
" Dia— "
" Saya Arfan Ziyyad . Kawan Syaf . " Ziyyad mula memainkan peranannya .
" Kawan ? Sejak bila sayang ada kawan lelaki ni ? Abang tak pernah tahu pun . " okay , aku dah nampak tanda cemburu dia tu .
" Oh , yang ni ermm...ermm kawan lama Syaf . Yes , kawan masa Syaf kecil - kecil dulu . " abang , Syaf minta maaf sebab tipu abang .
" Dia buat apa dekat sini ? " soal Adam lagi .
" Saya datang untuk teman Syaf pergi beli barang dapur . " Ziyyad tersenyum memandangku .
" Kedatangan kau dekat sini tak diperlukan . Kau boleh balik sekarang . Aku boleh temankan isteri aku . " jawab Adam kepada Ziyyad .
" Maaf ya encik Adam . Saya hanya akan ikut arahan daripada Syaf sahaja . Bukan daripada encik Adam . " balas Ziyyad .
Wah , keadaan dah jadi semakin tegang ni .
" Eh , kau sedar tak kau ni bercakap dengan siapa ? Aku ni suami dia , tahu tak ?! " marah Adam .
" Oh , maaf lah . Tak sedar pula . Sebab saya tak nampak pula ciri - ciri yang encik ni suami Syaf . Nampak macam tak sesuai je encik dengan dia . " sindir Ziyyad . Apa aku nak buat ni ? Kalau aku tak masuk campur , perkara akan jadi lebih serius . Kalau aku masuk campur , mesti Adam marah teruk dekat aku .
" Kau ni , memang kurang ajar kan ? " Adam bertindak untuk menumbuk Ziyyad .
" Abang , stop ! Please , jangan mulakan . Abang tak malu ke kalau jiran - jiran kita tengok nanti ? " aku memarahi Adam .
" Jadi , sayang nak defend lelaki tak guna ni lah ? Macam tu , huh ? Siapa suami sayang sekarang ni ? Jawablah ! " tengking Adam kepadaku .
" Abang , bukan macam tu maksud Syaf— " belum sempat aku menyambung kata - kataku , Adam sudahpun meninggalkanku .
" Ziyyad , macam mana ni ? Apa yang kita nak buat sekarang ? " soalku . Aku risau dengan rumah tangga aku yang semakin hari semakin goyah .
Takut lama - lama hancur terus .
" Tak apa , Syaf . Awak jangan takut . Ingat , kita buat semua ni untuk sedarkan suami awak . Dia perlu rasa apa yang awak rasa sebelum ni . Biar kita ajar sikit dia tu . Saya baru cakap nak temankan awak pergi beli barang dapur , tapi dia dah marah . Saya tahu dia cemburu . Jadi , sekarang ni saya nak awak buat pula dia rasa cemburu bila awak ada dengan saya . Boleh ? " aku tahu semua tu , tapi tak rasa ke apa yang aku buat ni salah ?
Aku buntu , Ya Allah .
" Okay , saya cuba . Tapi , please . Jangan sampai bertumbuk . Saya tak nak semua tu terjadi sepanjang rancangan kita ni berjalan . " Ziyyad hanya mengangguk .
*****
Fauza POV
" Kau pergi mana , hah ?! Kau tahu tak kau ni dah menyusahkan aku ?! Membazir tenaga aku je nak kena pergi cari kau . Dah lah kita ni dekat negara orang . Lain kali , duduk rumah diam - diam ! Kaki tu asyik nak merayap je kan ?! Lepas ni , kalau jadi apa - apa lagi dekat kau , aku dah tak nak ambil tahu ! Lantak kau lah nak pergi mana pun , nak berambus ke nak pergi mati ke ! " aku hanya menundukkan kepalaku . Bukan aku tak biasa kena marah dengan Danial macam ni .
Aku tahu aku yang bersalah dalam hal ni . Aku keluar rumah tanpa beritahu sesiapa pun termasuklah aunty Fina . Tapi , aku keluar sebab nak jalan - jalan dekat area kawasan ni . Lagipun , aku ada bawa duit poket kot . Kalau aku sesat , aku boleh cari teksi untuk balik .
YOU ARE READING
𝗠𝗘𝗔𝗡𝗧 𝗧𝗢 𝗕𝗘
Teen Fiction(UNEDITED) [WARNING: Cerita ini ditulis waktu 2016, and i am a high schooler at that time jadi ada banyak cacat cela dan part yang cringe so read at your own risk, enjoy!] 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐀𝐝𝐚𝐦 𝐂𝐚𝐥𝐯𝐢𝐧 Peribadinya tidak seindah namanya. Ego...