Adam POV
" Adam , aku pergi tandas kejap tau . " kata Ryan kepadaku .
Aku hanya mengangguk .
Aku mula mengetuk - ngetuk meja apabila terasa bosan . Haih , bila lah makanan nak sampai ni ? Dah lah aku tengah lapar .
Tiba - tiba , aku terdengar bunyi mesej masuk . Aku melihat telefon bimbitku . Eh , bukan aku punya .
Aku memandang ke hadapan . Ada orang hantar mesej dekat Ryan agaknya .
Mula - mula aku tak kisah . Tapi lama - lama , bunyi tersebut mengganggu aku . Aku mula mengambil telefon Ryan . Rasanya , kalau aku curi - curi tengok sekejap tak apa kan ?
Mana tahu penting ke ?
Aku pun mula mengambil telefon bimbit Ryan . Nasib baik dia tak set password . Aku mula membuka aplikasi WhatsApp .
Mataku terbuntang luas apabila melihat gambar yang dihantar oleh Ziyyad kepada Ryan . Aku terus meng'forward'kan gambar tersebut kepadaku untuk dijadikan sebagai bahan bukti .
Ziyyad memang dah melampau ! Sanggup dia rampas isteri aku ?! Dia tahu kan , Syaf tu isteri aku ? Kenapa dia peluk - peluk bini aku ! Kau tunggu , Ziyyad .
Baru sahaja aku ingin melangkah pergi , Ryan menjerit memanggilku .
" Eh , Adam ! Kau nak pergi mana tu ? Makanan belum sampai lagi kan ? Kau dah nak balik ke ? " aku terus pergi ke arahnya .
" Kau memang nak tengok aku menderita kan ? Kau berpakat apa hah dengan Ziyyad ? Aku tak sangka kau sanggup buat aku macam ni . "
" Aku buat apa ? Aku tak buat apa - apa pun , Adam . Apa yang kau merepek ni ? " Ryan yang baru sahaja keluar daripada bilik air menyoal Adam .
" Kau check phone kau sekarang . "
Ryan pun mula memeriksa telefon bimbitnya .
" Kau dah salah faham ni , Adam ! Biar aku jelaskan perkara yang sebenar dulu . Jangan bertindak terburu - terburu , Adam . " kata Ryan .
" Kau nak jelaskan apa lagi ? Jadi , betul lah kau memang berkomplot dengan Ziyyad sebelum ni ? Macam tu ? Gambar tu cukup membuktikan segalanya , Ryan ! Tak kisah lah kau nak terangkan apa sekalipun , gambar tu memang tak patut wujud ! Syaf tu masih lagi isteri aku ! " aku tak nak dengar penjelasan Ryan . Tak kisah lah apa sekalipun alasannya , perbuatan diaorang berdua memang salah !
Aku ingatkan lepas selesai semua masalah aku dengan Sofea ni , keadaan akan jadi macam dulu balik . Rupanya , tak .
Hancur harapan aku untuk berbaik dengan Syaf !
*****
Syafa POV
Aku keluar daripada bilik pemeriksaan dengan wajah yang ceria . Doktor cakap yang aku akan dapat anak kembar , Insya Allah . Ya Allah , terima kasih atas anugerahMu ini . Tak tergambar rasanya betapa gembiranya aku bila dapat tahu tentang hal ni .
YOU ARE READING
𝗠𝗘𝗔𝗡𝗧 𝗧𝗢 𝗕𝗘
Teen Fiction(UNEDITED) [WARNING: Cerita ini ditulis waktu 2016, and i am a high schooler at that time jadi ada banyak cacat cela dan part yang cringe so read at your own risk, enjoy!] 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐀𝐝𝐚𝐦 𝐂𝐚𝐥𝐯𝐢𝐧 Peribadinya tidak seindah namanya. Ego...