Syafa POV
" Maira , kenapa awak tak setuju nak kahwin dengan saya ? Family saya dah restu hubungan kita . Family awak pun sama , kan ? Kenapa awak tiba - tiba nak batalkan pula ? "
Aku menarik nafasku dan kemudian menghembuskannya .
" Bukan macam tu , Fariz . Saya belum bersedia nak kahwin dengan awak . Saya takut Asha terkejut bila dapat tahu yang saya akan berkahwin dengan awak . Lagipun , saya tak layak untuk awak . Awak tak malu ke kahwin dengan saya ? Saya tak nak orang anggap saya jadikan awak sebagai pak sanggup . "
" Saya tak kisah semua tu , Maira . Saya tak kisah apa orang nak cakap . Tolong lah , Maira . Saya merayu sangat dengan awak . Tolong lah terima saya . Awak tahukan yang saya cintakan awak sangat - sangat . " saya pun cintakan awak , Fariz .
Aku tak sanggup nak tengok Fariz merayu macam ni .
Tapi , umi Fariz takkan terima aku dalam keluarga dia .
" Bagi saya sikit lagi masa , Fariz . Saya nak buat solat istikharah . Dan saya harap awak akan terima apa sahaja keputusan yang saya buat . " Fariz mengangguk .
" Okay , saya bagi awak masa untuk berfikir . Kalau awak dah ada jawapannya nanti , bagitahu saya . Dan saya harap juga , keputusan yang awak buat takkan mengecewakan saya . "
" Terima kasih Fariz sebab faham saya . "
" Tak apa . Saya juga nak minta maaf kalau saya terlalu mendesak awak . "
*****
Danial POV
Aku mengekori langkah Fauza dengan berhati - hati .
' Siapa lelaki yang ada sebelah dia tu ? Boyfriend dia ke ? ' tanyaku di dalam hati .
Aku terus pergi ke arah Fauza dan lelaki tersebut .
Mereka berdua kelihatan sangat terkejut .
" Fauza , aku tak tahu pula kau ada ajak kawan kau yang lain . " kata lelaki tersebut .
" Kawan ? Dia bukan kawan aku lah . Aku tak kenal pun siapa dia , Zareef . " oh , so nama lelaki yang ada sebelah Fauza ni Zareef lah , ya ?
Aku terus memperkenalkan diriku .
" Hai , aku boyfriend dia , Danial . " aku menghulurkan tanganku kepada Zareef .
" What ?! " Fauza terkejut .
" Boyfriend kau rupanya . Wah , ada boyfriend tak bagitahu aku pun . Sampai hati . " Zareef membalas huluran tanganku .
" Zareef , dia bukan boyfriend aku lah ! Aku pun tak kenal dia . " Fauza menjelingku .
" Sayang , kenapa cakap macam tu ? " aku berlakon di hadapan Zareef .
" Tak apa lah kalau macam tu . Aku pergi dulu . Lain kali lah kita discuss pasal assignment tu . Bye Fauza , Danial . " aku melambaikan tanganku kepadanya .
" Apa masalah awak ni , hah ?! " Fauza memarahiku .
" Masalah ? Masalah apa ? " aku menyoal semula kepadanya dengan riak wajah yang tidak bersalah .
" Kenapa awak mengaku dekat Zareef yang awak ni boyfriend saya ?! Baru sekali kita berjumpa , awak dah cakap macam tu . Awak ni dah gila ke ? "
YOU ARE READING
𝗠𝗘𝗔𝗡𝗧 𝗧𝗢 𝗕𝗘
Ficção Adolescente(UNEDITED) [WARNING: Cerita ini ditulis waktu 2016, and i am a high schooler at that time jadi ada banyak cacat cela dan part yang cringe so read at your own risk, enjoy!] 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐀𝐝𝐚𝐦 𝐂𝐚𝐥𝐯𝐢𝐧 Peribadinya tidak seindah namanya. Ego...