056 | Berpisah ·˚ ༘

15.2K 496 113
                                    

Syafa POV

" Syaf , awak tak rasa pelik ke ? " kata Ziyyad .

" Apa yang peliknya ? Saya tak faham maksud awak . "

" Yelah , awak pernah cakap dekat saya yang Adam bencikan Sofea dulu . Tapi sekarang , dia sayangkan Sofea macam Sofea tu isteri dia . Takkanlah Adam boleh berubah dalam sekelip mata ? "

" Memanglah saya pelik . Tapi hati manusia ni cepat berubah , Ziyyad . Mungkin Adam memang dah bosan dengan saya sebab tu dia cari Sofea . "

" Tapi , saya tak rasa Adam akan buat macam tu . Apa yang saya nampak , Adam tu macam kena guna - guna dengan Sofea . Apa yang Sofea cakap , dia ikutkan je . Bila awak larang dia jumpa dengan Sofea , dia marahkan awak pula . Ada sesuatu yang tak kena ni , Syaf . " ujar Ziyyad . Sebenarnya , aku pun perasan benda yang sama juga .

" Habis tu kita nak buat apa sekarang ni ? Takkanlah kita nak pergi serang Sofea tu ? Saya tak nak keruhkan lagi keadaan , Ziyyad . Cukuplah Adam dah bagi amaran dekat saya supaya jangan ganggu Sofea . " aku mengeluh perlahan .

" Saya akan siasat perkara ni , Syaf . Awak jangan risau . Saya kan dah janji dengan awak yang saya akan tolong selamatkan rumah tangga awak . "

" Terima kasih , Ziyyad . Awak tak pernah putus asa untuk bantu saya . Saya tak tahu macam mana nak balas jasa awak . "

Ya Allah , terima kasih kerana kau munculkan Ziyyad dalam hidupku . Mungkin dia boleh jadi penyelamat rumah tanggaku .

*****

" Abang , lusa Syaf ada check up dekat hospital . Abang boleh temankan Syaf tak ? Lagipun , abang tak pernah ikut Syaf pergi check up baby , kan ? Abang tak nak tahu perkembangan baby kita ke ? " aku memandang wajah Adam . Ini mesti nak keluar dengan Sofea lagi ni . Setiap hari Adam akan keluar waktu malam . Tak ada langsung masa dia untuk aku dengan Asha .

" Tengok lah kalau abang tak busy . " busy ? Huh , busy keluar dengan Sofea ?

" Tapi abang , doktor kata lebih elok kalau abang ikut sekali waktu Syaf pergi check up . Please , abang . Kali ni je . Untuk baby kita . " aku merayu kepada Adam .

" Okay , fine . Tapi abang tak janji apa - apa . Kalau tak busy , abang pergi . " ujar Adam .

Tak apa lah , at least aku dah cuba pujuk dia . Kita tengok je lah nanti dia datang ke tidak .

" Abang nak keluar pergi mana lagi ni ? Setiap malam abang keluar rumah . Takkan hari ni pun abang nak keluar juga ? " Adam ni memang tak makan saman langsung . Berbuih - buih mulut aku ni cakap perkara yang sama dekat dia . Apalah yang si Sofea tu dah buat dekat suami aku ni , sampaikan dia ikut semua telunjuk Sofea tu .

" Abang nak jumpa Sofea . Ada bantahan ? " Ya Allah , sampai bila aku nak kena bersabar dengan perangai Adam ni ?

" Sofea , Sofea , Sofea . Dah tak ada nama lain ke yang ada dalam fikiran abang ? Syaf ni siapa pada abang , hah ? Abang dah lupa ke semua janji abang dekat Syaf dulu ? Abang janji yang abang akan sayangkan Syaf sampai bila - bila , kan ? Sekarang ni , mana janji abang tu ? " aku tahu aku dah jadi isteri derhaka sebab tinggikan suara dekat suami aku sendiri . Tapi , aku kena luahkan apa yang aku rasa .

" Nak tahu kenapa abang lebih sayangkan Sofea berbanding Syaf ? Sebab Syaf ni membosankan . Sofea lebih faham apa yang abang nak dan abang selesa dengan dia . " ya Allah betul ke ini Adam yang aku kenal ? Kenapa kata - kata Adam tu tajam sangat ?

𝗠𝗘𝗔𝗡𝗧 𝗧𝗢 𝗕𝗘Where stories live. Discover now