073 | Bahagia ·˚ ༘

15K 496 30
                                    

Sofea POV

Aku menghulurkan kain pelikat kepada Ziyyad yang berada di hadapanku . Aku dan Ziyyad dah sah jadi suami isteri . Aku tak nak majlis kami terlalu meriah . Jadi , aku buat keputusan untuk panggil saudara mara dan kawan - kawan terdekat sahaja .

" Nah , pakailah yang ni buat sementara waktu . " Ziyyad mengambil kain pelikat tersebut lalu menurunkan zip seluarnya .

" Ziyyad , apa ni ?! Pergilah pakai dalam tandas ! " aku terus memalingkan wajahku . Agak - agaklah nak salin pakaian depan aku .

" Takkan honey malu depan abang ? " aku menelan liurku . Honey ? Meremang bulu roma aku dengar Ziyyad panggil aku macam tu .

" Ziyyad , stop it . Boleh tak jangan panggil aku macam tu ? Aku tak suka . " aku tak biasalah guna panggilan macam tu . Dahlah aku tak cintakan dia .

" Honey , why should I stop ? Tak salahkan abang gelar honey macam tu ? Kita sekarang dah jadi suami isteri . Takkan nak panggil kau-aku lagi ? Tak sweet langsung . Macam mana hubungan kita nak erat kalau nak suruh tukar panggilan pun tak nak . " Ziyyad memandang diriku lama . Apa kena pula dengan laki aku ni ? Tadi elok je membebel , sekarang diam pula .

" Cuba honey buka pintu hati honey tu untuk abang . Abang tahu kita kahwin bukan atas dasar cinta but trust me , you will love it soon . " kenapa aku baru sedar yang Ziyyad ni terlalu baik untuk aku ?

" Ziyyad , kita kahwin untuk tutup aib aku kan ? What if , aku tak pregnant ? Kau akan menyesal ke kahwin dengan aku ? " aku cuba menanyakan soalan tersebut kepadanya .

" Tak ada istilah menyesal dalam kamus hidup abang . Sekali abang pilih Sofea , selamanya abang akan pilih Sofea . " aku memijak kakinya .

" Kau ni , janganlah jiwang sangat dengan aku . Aku tak sukalah . " aku belum bersedia untuk terima Ziyyad . Aku takut kata - kata dia hanyalah atas dasar simpati .

" Honey ni , janganlah kasar sangat panggilan tu . Abang tak sukalah .  " Ziyyad cuba meniru suaraku .

" Ziyyad , kau jadi ke tak nak pakai kain pelikat tu ? " dari tadi aku nampak dia pegang kain pelikat tu , tapi tak pakai - pakai pun lagi .

" Allahuakbar ! Terlepas maghrib aku ! "

*****

Ziyyad POV

Aku melihat Sofea yang sedang tertawa riang dari jauh . Nak tahu tak , lepas je sarapan pagi tadi Sofea terus ajak aku datang taman tema . Aku tak faham betul dengan bini aku ni . Sepatutnya lepas dah kahwin , orang pergi honeymoon . Tapi dia boleh lagi ajak aku datang taman tema ni .

Katanya , inilah honeymoon kami .

No no no , memang taklah . Aku dah siap rancang plan baik punya . Takkan lah nak sia - siakan macam tu je ? Dah lama aku rancang plan ni , cuma dulu tak boleh buat sebab belum berkahwin .

" Honey , dahlah tu . Kenapa hyperactive sangat ni ? Semalam orang ajak buat anak bukan main takut lagi ? " aku berkata kepada Sofea yang berada tidak jauh daripadaku .

" Kau ni , kalau tak malukan aku memang tak sah kan ? " amboi garangnya bini aku ni .

" Ziyyad , jomlah mandi sekali dengan aku . Kau tengok orang lain , semua mandi dengan family diaorang . " aku tersenyum nakal . Mandi sekali ? Peluang keemasan ni .

" Betul honey ajak abang mandi sekali ? Kalau nak mandi sekali , tunggulah dekat rumah . Kalau mandi dekat sini , tak seronok . "

𝗠𝗘𝗔𝗡𝗧 𝗧𝗢 𝗕𝗘Where stories live. Discover now