Syafa POV
Sekarang , kehidupan aku dah berubah . Aku dah ada anak aku sendiri . Macam tak percaya , kan ?
Susah sangat nak percaya .
Tapi itulah hakikatnya .
Lepas kejadian 4 tahun yang lepas , aku terus nekad untuk jaga baby dalam kandungan aku tu .
Betul cakap abang Fayyad , baby dalam kandungan tu tak bersalah . Jadi , tak ada sebab untuk aku gugurkan dia .
Umur aku pun sekarang dah masuk 21 tahun .
Orang selalu tanya , mana ayah Asha ?
Aku selalu jawab yang ayah dia kerja jauh . Itu je jawapan yang aku boleh bagi buat masa sekarang .
Ya , Raysha Darleena . Itu lah anak aku . Tapi aku panggil Asha sebagai nama manja dia .
Periang orangnya . Umur dia baru 3 tahun , tapi mulut dia asyik nak bercakap je .
Mungkin ikut mama dia kut .
Ariana dengan Fauza dah tahu tentang Asha . Mulanya , memang diaorang terkejut . Tapi , dalam masa yang sama diaorang simpati dengan nasib yang menimpa aku .
Zareef pun dah tahu . Asha suka sangat bila jumpa Zareef .
Fariz ? Dah lama aku tak dengar khabar dari dia . Zareef kata lepas diaorang tamat persekolahan , Fariz terus menghilangkan diri . Tak ada siapa yang tahu dia dekat mana sekarang ni .
Fariz , saya cuma harap yang awak berada dalam keadaan baik .
Oh ya , lupa nak cakap yang aku dah balik Malaysia .
Mama yang suruh aku balik Malaysia . Mama cakap biar Asha hidup dekat negara Malaysia walaupun dia lahir dekat Amsterdam .
Sebab mama tak nak dia terikut dengan cara orang barat .
Aku tak kisah . Lagipun , betul juga cakap mama .
Papa pun dah tak marahkan aku lagi . Malah , dia sayang sangat dekat satu - satunya cucu dia .
Abang Fayyad pula tetap membujang . Haih , tak tahu lah sampai bila dia nak membujang . Aku yang lagi muda daripada dia ni pun dah ada anak .
Umur dah nak masuk 30 tahun kot . Bukan aku tak tahu , ramai je orang yang minat dekat abang Fayyad . Cuma , abang yang memilih sangat .
Sekarang ni , aku belum terfikir untuk bekerja .
Nak sambung belajar ? Asha masih ada dalam tanggungjawab aku . Jadi , aku buat keputusan untuk tidak sambung belajar .
Papa suruh aku kerja dekat syarikat papa .
Tapi , tak apa lah . Aku tak minat .
" Mama , Acha lapar . Nak makan ayam goreng . " kata Asha dengan penuh riang .
Suka betul dia dengan ayam goreng .
" Asha , mana boleh makan ayam goreng selalu . Nanti rosak gigi Asha . Mama masakkan bubur ayam untuk Asha , ya ? "
" Tak nak . Bubur ayam tak cedap . Nak ayam goreng . "
" Biar lah dia makan ayam goreng . Apa salahnya ? " abang Fayyad mencelah .
Abang Fayyad ni tak habis - habis nak sebelahkan Asha .
Abang Fayyad terus mendukung Asha .
Asha pula memang manja sangat dengan abang Fayyad .
" Kesian dekat dia . Tak dapat makan ayam goreng . Tak apa , nanti abang Ayyad belikan Asha ayam goreng banyak - banyak , ya ? "
Amboi , Asha bukan main suka lagi dia .
YOU ARE READING
𝗠𝗘𝗔𝗡𝗧 𝗧𝗢 𝗕𝗘
Teen Fiction(UNEDITED) [WARNING: Cerita ini ditulis waktu 2016, and i am a high schooler at that time jadi ada banyak cacat cela dan part yang cringe so read at your own risk, enjoy!] 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐀𝐝𝐚𝐦 𝐂𝐚𝐥𝐯𝐢𝐧 Peribadinya tidak seindah namanya. Ego...