Fariz POV
Patut ke aku lepaskan Maira untuk Adam ?
Aku rasa Adam dah berubah , mungkin Maira lebih bahagia kalau dengan Adam .
Tapi betul ke dia akan bahagia ? Macam mana kalau perkara tu yang akan buat dia semakin terseksa ? Tak rasa macam aku kejam sangat ke ?
Nanti Maira ingat aku anggap dia macam barang pula .
Aku tak suka bahagia atas penderitaan orang lain .
Tapi...aku sayangkan Maira . Aku tak nak lepaskan dia .
" Awak... "
Aku menoleh .
Maira .
" Ya ? Awak cari saya ke ? " soalku .
" Ha'ah . Saya nak ajak awak turun makan . Semua orang dah tunggu . Jom ? " Maira menghulurkan tangannya kepadaku .
Aku tersenyum lalu menarik tangannya lalu kami berdua turun ke bawah .
Nanti lah aku fikirkan balik .
*****
Adam POV
" Sofea , boleh tak lepaskan tangan awak ? " ish , naik rimas aku dengan perempuan ni .
" Alaa , apa salahnya . Saya nak pegang tangan awak sekejap je . " rayunya .
" Kita bukan mahram , awak sedar tak ? " ha kalau tak deep juga aku tak tahu lah nak buat apa lagi .
Dan ya , tepat tekaan aku . Dia terus melepaskan tangannya daripada tanganku lalu mencebikkan bibirnya .
Heh , fikir aku kisah ?
" Adam , malam ni awak free tak ? Jom teman saya keluar tengok wayang nak ? " ajak Sofea .
" Saya penat . Saya nak berehat malam ni . " harap - harap lah perempuan ni faham bahasa .
" Adam please , kali ni je . Saya dah beli tiket wayang tau . Nanti membazir lah . " duit kau . Bukan aku .
" Kalau awak tak nak ikut , saya bagitahu satu universiti pasal hubungan kita . Awak nak ? " perempuan ni jangan menyusahkam aku boleh tak ?
" Hubungan ? Awak jangan nak merepek boleh tak ? "
" Saya tak kira . Kalau ini je cara yang boleh buatkan awak setuju , saya akan buat . " ugut Sofea .
" Okay , fine ! Saya ikut . Puas ? " layankan aje lah perempuan ni . Nanti dia buat kerja gila , aku juga yang susah .
" Kalau awak terima dari awal kan senang . Okay , malam ni dekat IOI Mall pukul 9.00 malam . Jangan lambat tau . Sebab wayang start pukul 9.15 . " Sofea sempat mengenyitkan matanya sebelum beredar pergi .
Ergh , dasar perempuan gatal .
*****
Syafa POV
" Asha nak tengok cerita apa ? " soal Fariz kepada Asha .
" Acha nak tengok cite kartun . " balas Asha teruja .
" Tiket cerita kartun yang Asha nak tengok tu dah sold out lah , sayang . Kita tengok cerita lain boleh tak ? " Asha mengangguk .
YOU ARE READING
𝗠𝗘𝗔𝗡𝗧 𝗧𝗢 𝗕𝗘
Genç Kurgu(UNEDITED) [WARNING: Cerita ini ditulis waktu 2016, and i am a high schooler at that time jadi ada banyak cacat cela dan part yang cringe so read at your own risk, enjoy!] 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐀𝐝𝐚𝐦 𝐂𝐚𝐥𝐯𝐢𝐧 Peribadinya tidak seindah namanya. Ego...