013 | Simpati ·˚ ༘

20K 795 36
                                    

Syafa POV

Aku memandang skrin telefon bimbitku .

Tertera wajah rakan - rakan baikku di skrin tersebut .

Fauza yang ajar aku untuk guna aplikasi Skype ni sebelum aku berpindah ke Amsterdam .

Dia kalau bab gadget , semuanya dia tahu .

Setakat Instagram , Twitter , Facebook ni aku tahu lah juga nak guna . Selain daripada tu , aku memang tak tahu .

" Syaf , kitaorang semua rindu dekat kau . " kata Fauza mewakili rakan - rakanku .

" Aku pun rindukan korang juga . Bosan tau duduk sini . Dah lah aku ni lemah English . Apa yang orang dekat sini cakap pun aku tak faham . " aku mengadu masalahku kepada mereka .

Aku dengar diaorang semua tertawa .

Aku ada buat lawak ke ?

" Itulah kau , dulu aku nak ajar kau speaking English , kau tak nak . Tengok sekarang , kan dah menyusahkan kau . " kali ni Rian pula yang bersuara .

" Ala , aku tahu lah salah aku . Jangan lah marah aku . " aku membuat muka sedih .

" Maira , awak okay tak dekat sana ? " Fariz bertanya kepadaku .

" Okay je . Cuma bosan sikit . "

" Kau nak tahu tak , Fariz ni sebenarnya rindu sangat - sangat dekat kau . Dalam kelas , dia asyik tertidur je . Sampai kadang - kadang kena marah dengan cikgu . Bila waktu rehat pula , orang lain sibuk nak makan . Dia sibuk nak tidur . " Fauza memberitahuku .

Alahai , Fariz ni .

" Eh , mana ada . Diaorang semua tipu . " Fariz menyampuk .

Aku tertawa .

" Fariz , jangan lah macam tu . Awak dah janji dengan saya kan yang awak akan lulus SPM dengan cemerlang . Jadi , awak kena lah rajin belajar mulai daripada sekarang . " aku menasihati Fariz .

" Alahai , jealous kitaorang tengok korang berdua ni . " Zareef menyampuk .

" Betul tu . Nanti bila korang dah nak kahwin , jangan lupa jemput kitaorang tau . " kata Fauza . Diaorang bertiga ni kalau tak mengusik aku memang tak sah .

" Korang ni memang suka merepeklah . Dah lah , mama aku dah panggil tu . Nanti aku Skype korang lagi , eh ? "

" Okay lah , kitaorang pun ada hal ni . Bye Syaf . " Zareef dan yang lain - lain melambaikan tangan mereka .

Kemudian , aku menutup aplikasi Skype .

Haih , macam mana lah kehidupan diaorang dekat sana tanpa aku ?

Aku...rindukan Fariz .

*****

Ariana POV

" Ryan , kau nak tak ganti tempat Nazril ? "

Ya Allah , apa yang aku dah buat ?

Malunya aku ! Kenapa aku boleh cakap macam tu dekat Ryan ?

Dah lah aku tak rapat dengan dia .

Tiba - tiba suruh dia gantikan tempat Nazril .

Kau memang dah gila , Rian .

Dan yang lagi buat aku jadi gila ialah Ryan setuju untuk ganti tempat Nazril .

Macam mana dia boleh setuju ?

𝗠𝗘𝗔𝗡𝗧 𝗧𝗢 𝗕𝗘Where stories live. Discover now