068 | Selamat ·˚ ༘

16.6K 517 71
                                    

Danial POV

" Fauza , bangunlah . Sampai bila kau nak tidur macam ni ? Kau tak rindu aku ke ? Aku rindu kau , tahu tak ? Kalau kau bangun , aku janji aku takkan sia - siakan kau lagi . Aku janji , aku akan bahagiakan kau . Kita buka buku baru . Lepastu , kita akan bina keluarga bahagia macam orang lain . Lepas kau tinggalkan aku , hidup aku jadi tak tentu arah . Aku rindu nak dengar gelak tawa kau , aku rindu nak tengok kau merajuk dengan aku . Aku rindu semuanya , Fauza . " aku meluahkan semuanya kepada Fauza . Walaupun dia tengah koma , aku yakin dia dengar semua kata - kata aku .

" Aku tahu semua ni salah aku . Kau boleh bencikan aku . Aku tak kisah . Tapi tolong jangan tinggalkan aku lagi . Aku tak sanggup , Fauza . Aku minta maaf sebab aku , kita kehilangan anak kita . Aku memang suami yang tak guna kan ? Kau ingat lagi tak aku pernah janji dengan kau dulu yang aku akan janji superman kau ? Aku minta maaf sebab aku tak datang selamatkan kau waktu kau dengan umi dalam bahaya haritu . "

" Kalau kau nak tahu , aku sebenarnya dah lama cintakan kau . Sejak kita terserempak dekat panggung wayang dulu , aku dah jatuh cinta dengan kau . Aku pun dah lama maafkan kau . Aku nak luahkan semuanya dekat kau waktu kau kena ragut dekat Indonesia haritu , tapi aku ego . Aku pendam perasaan aku . Aku tak tahu bila masa yang sesuai untuk aku luahkan semuanya . Aku tak suka kau rapat dengan Zareef , sebab tu aku bengang bila kau jumpa dia senyap - senyap . Aku tak boleh kawal nafsu amarah aku waktu tu . " buat pertama kalinya , aku menangis kerana seorang wanita . Aku takkan maafkan diri aku kalau apa - apa jadi dekat Fauza .

" Aku nak kau dengar sendiri apa yang aku nak luahkan dekat kau . Jadi , kau kena cepat sedar . Aku nak bagitahu yang aku cintakan kau depan semua orang . Biar diaorang tahu apa yang aku rasa selama ni . Kalau aku boleh ganti tempat kau sekarang ni , aku sanggup . Aku sanggup tahan sakit demi kau . " air mata yang mengalir aku langsung tak hiraukan . Apa yang penting , aku dapat luahkan semua yang terpendam .

Aku...cintakan kau sangat - sangat , Nur Fauza Imani .

*****

Syafa POV

" Sayang tahu tak abang risau sangat waktu sayang tak sedarkan diri hari tu ? Abang ingatkan sayang akan tinggalkan abang . Sayang ni jahat tau . Sampai hati buat abang macam ni . Kalau sayang betul - betul tinggalkan abang waktu tu , abang tak kira . Abang akan ikut sayang . Buat apa abang hidup kalau sayang tak ada ? Cukuplah abang terseksa waktu sayang lari daripada abang dulu . Abang dah tak nak perkara macam tu berulang lagi dalam hidup abang . " aku hanya menadah telinga apabila Adam mula bersuara . Dahlah aku baru bangun daripada tidur , lepastu Adam dah membebel tepi telinga aku .

" Abang ni , janganlah marah sayang . Sayang bukan sengaja nak tinggalkan abang . Sayang rasa penat sangat lepas bersalin haritu . Cuba abang ada dekat tempat sayang , baru abang tahu apa yang sayang rasa . " manalah aku tahu yang aku akan pengsan hari tu . Kali ni , giliran aku pula meluahkan isi hati aku . Bukan itu sahaja , siap pakej air mata sekali aku bagi .

" Okay - okay , abang minta maaf . Abang tahu pengorbanan sayang ni besar . Sebabtu abang nak berterima kasih sangat - sangat dengan sayang sebab sanggup bertarung nyawa demi melahirkan anak - anak abang . Abang janji abang takkan lupakan pengorbanan sayang . " Adam mengesat air mataku . Kemudian , dia mencium dahiku .

" Abang , kita nak bagi nama apa untuk kembar kita ni ? " aku menyoal Adam sambil memandang kedua - dua anakku .

" Qayish Luthfi dan Qairil Luthfi . Sayang setuju ? " aku tersenyum lalu mengangguk .

" Setuju . Pandai abang pilih nama . " jawabku .

" Abang , Fauza dah sedar ke ? " Adam menggelengkan kepalanya .

" Danial pula macam mana ? Dia okay ke ? "

" Entahlah sayang . Abang tengok Danial tu banyak mendiamkan diri . Mungkin dia masih salahkan diri dia atas apa yang terjadi . Abang ada suruh dia balik , tenangkan diri dia dekat rumah tapi dia tak nak . Dia cakap dia nak tunggu sampai Fauza sedar . Abang dengan Ryan pun dah buntu . Kitaorang pun dah tak tahu macam mana nak nasihatkan dia . " kesian aku dengan kisah hidup Danial dan Fauza . Aku harap lepas apa yang dah terjadi ni , Danial takkan ulang lagi kesilapan yang sama .

" Abang , nanti abang tolong bawa sayang jumpa Fauza , ya ? " pintaku .

" Tak boleh lah , sayang . Sayang tu baru je lepas bersalin . Lepas ni , nak kena berpantang pula . Lagipun , Fauza tak sedarkan diri lagi . Nanti bila sayang dah kuat sikit , abang bawa sayang jumpa Fauza . " aku mengeluh perlahan .

" Boleh lah abang . Sayang nak jumpa Fauza juga . Lepas ni , sayang dah tak boleh bergerak jauh sangat . Nanti takut tak sempat nak jumpa Fauza . " aku tetap memujuk Adam .

" Yelah - yelah . Dia ni degil betul tau . Nasib baiklah kesayangan abang . " aku tersenyum setelah mendapat keizinan daripada Adam .

*****

Ziyyad POV

" Kau ni , tak habis - habis nak kacau rumah tangga Syaf dengan Adam . Cukuplah kau hancurkan rumah tangga diaorang dulu . " aku menasihati Medina yang kini rakus meneguk air kencing syaitan . Kenapalah aku boleh terikut dia sampai ke sini ?

" Eh , suka hati aku lah . Aku tak kacau kau pun . Lagipun , aku tahu kau minat dekat Syaf . Kau nak bantuan daripada aku tak ? Aku boleh tolong kau rampas Syaf daripada Adam . " Medina memeluk pinggangku .

Ya Allah , kau lindungilah aku daripada godaan perempuan licik ni ")

" Hati aku tak sebusuk kau lah , perempuan ! Aku mengaku yang aku memang minat dekat Syaf tapi itu dulu . Aku sedar perbuatan aku salah sebabtu aku lepaskan dia . Lagipun , dia isteri Adam . Aku yang salah sebab ambil hak orang . " terangku kepada Medina .

" Kau tak payah nak pura - pura baik lah dengan aku . Tak apa , sekarang aku boleh tenangkan hati kau . Aku tahu mesti kau sedih lepas Syaf reject kau . " Medina semakin galak memeluk tubuhku .

Kejap , kau sedar tak kau pun dah kena reject dengan Adam ?

Dia juga turut memaksa aku untuk minum arak yang telah dibeli olehnya sebentar tadi .

Semakin aku cuba untuk menahan godaan daripada Medina , semakin dia cuba untuk mendekati diriku . Aku ni lelaki . Bila dah digoda macam ni , siapa je yang tahan ?

Dahlah sekarang ni aku dekat kelab malam , macam mana aku nak kuatkan iman ? Syaitan pula penuh dekat sini . Aku tak kuat nak menahan nafsu lelaki aku ni .

Tolonglah , aku nak keluar dari sini .

" Medina , kau...nampak cantik malam ni . " aku tak tahu kenapa aku boleh cakap macam tu dekat Medina . Mungkin kesan arak yang Medina bagi dekat aku tadi .

" Ziyyad , jomlah teman aku . " Medina tiba - tiba menangis di hadapanku .

Aku lemah lah bila perempuan dah menangis ni .

Medina terus menarik tanganku . Aku tak tahu dia nak bawa aku pergi mana . Tapi yang peliknya , aku langsung tak menolak .

Apa kena dengan diri aku ni ?

*****

𝗠𝗘𝗔𝗡𝗧 𝗧𝗢 𝗕𝗘Where stories live. Discover now