074 | Hilang ·˚ ༘

15.1K 462 23
                                    

Ryan POV

" Aku nak minta tolong dengan korang sikit boleh tak ? " aku tersengih memandang wajah rakan - rakanku .

" Kau nak kitaorang tolong apa ni ? " Danial mula bersuara .

" Aku cadang nak buat birthday party untuk anak aku hari Sabtu ni . Tapi dalam masa yang sama aku nak buat prank untuk Rian . Aku nak korang tolong berlakon sekali boleh tak ? Baru nampak real . "

" Kau nak buat prank apa pula ni , Ryan ? " Adam mula bersuara .

" Okay , macam ni . Waktu majlis dah start nanti , aku akan cakap dekat Rian yang anak kitaorang dah hilang . Kalau hilang dekat rumah , mesti Rian pelik . So , sebelum majlis mula , aku akan bawa Hadeef keluar . Konon - konon macam nak bawa dia jalan - jalan sekejap dekat taman depan rumah aku tu . Lepastu , aku akan serahkan Hadeef dekat korang . Aku akan mulakan lakonan aku mengatakan yang Hadeef dah hilang . Aku nak tengok reaksi Rian waktu tu . Lepas aku hantar mesej dekat korang , baru korang boleh datang rumah aku . Faham ? " aku mula memberitahu Adam dan Danial rancanganku .

" Kalau Rian mengamuk macam mana ? Kau tak takut ? Isteri kau tu dahlah garang . " Danial menyoalku .

" Tak apa , pandai - pandailah aku uruskan . Yang penting , korang kena tolong aku . Boleh ? " aku sempat mendengar keluhan kecil daripada mereka berdua .

" Aku boleh tolong , tapi kau kena tanggunglah risikonya . " aku menganggukkan kepalaku setelah mendengar kata - kata Adam .

" Jangan risaulah . Plan aku ni mesti menjadi punya . Lagipun , aku dah lama teringin nak buat plan ni . " Danial terus menolak kepalaku .

" Banyaklah kau punya teringin . Dahlah aku pun terbabit sekali . " aku mencebik . Eleh , nak minta tolong sikit pun tak boleh .

" Danial , kau tu bila pula nak rasa apa yang kitaorang rasa ? Aku dengan Ryan dah ada pengalaman jadi ayah . Kau tak teringin ke ? " Adam memegang bahu Danial .

" Aku memanglah teringin . Tapi Fauza tu yang belum bersedia lagi . Mungkin dia trauma lagi kot . Aku tak naklah paksa dia . " jawab Danial .

" Kau pujuklah dia elok - elok . Takkan kau nak tunggu sampai kau tua nanti ? Kau tengok macam aku ni , dah ada 3 orang tau . Ryan pun dah ada sorang . Tunggu kau je yang belum ada . " Danial mengeluh perlahan .

" Yelah , nanti aku fikirkan . Kau tengoklah nanti , aku lawan kau Adam . Setakat 3 orang , apalah sangat . " aku tertawa melihat telatah mereka berdua .

" Eh eh korang ni , pasal anak pun nak bergaduh . Kau pun satu Adam , dah jadi bapa orang tu cuba jadi matang sikit . " Danial menjelirkan lidah kepada Adam setelah aku memarahi Adam .

Ingat aku nak back up dia ke ? Oh , tolonglah .

" Tulah , tak matang langsung kawan baik kau ni . Macam manalah Syaf boleh tahan dengan Adam ni . " sebelum jadi apa - apa lebih baik aku hentikan diaorang berdua ni .

Haih , masing - masing tak nak beralah langsung !

*****

Ariana POV

" Ma...ma . " aku memandang Hadeef dengan riak yang terkejut .

" Biy ! Sini kejap ! Biy , cepatlah ! " jeritku memanggil Ryan . Apalah yang laki aku buat dekat atas tu ?

" Ya , sayang . Kenapa ni ? Terkejut tau biy . " aku tersengih . " tegur Ryan apabila turun dari tangga .

" Sinilah cepat . Tengok Hadeef ni , dia dah pandai sebut mama . " Ryan terus pergi ke arah Hadeef lalu mendukungnya .

𝗠𝗘𝗔𝗡𝗧 𝗧𝗢 𝗕𝗘Where stories live. Discover now