Syafa POV
Aku memandang wajah Adam yang kini berada di hadapanku .
" Syaf , terima kasih ya sebab sudi tarik balik tuduhan awak tu . "
Oh ya , Adam dah dibebaskan .
Pihak polis ada buat siasatan dan terbukti Adam tak bersalah . Nasib dia baik , sebab ada CCTV dekat area kawasan arwah Fariz kena langgar hari tu .
Walau apa pun , aku tetap anggap dia yang bersalah .
" Tak payah nak berterima kasih segala bagai . Lagipun , sekarang awak dah bebaskan ? So , tunggu apa lagi ? Pergi lah balik . " aku menjelingnya .
" Syaf , boleh tak izinkan saya jumpa Asya sekejap ? Saya rindukan dia . " pinta Adam .
" Buat apa awak nak jumpa anak saya ? Dia tak ada kaitan pun dengan awak . Saya tak izinkan . Saya tak nak Asha jumpa pembunuh daddy dia . "
" Syaf , please . Saya tahu Asha tu anak kita , kan ? Lagipun , awak sendiri tahu bukan saya yang langgar Fariz . Takkan saya nak langgar dia tanpa sebab ? Saya tak sebodoh tu , Syaf . "
" Huh , anak kita ? Apa yang awak merepek ni , Adam ? Jangan pernah bermimpi untuk mengaku yang Asha tu anak awak ! Walaupun dah terbukti bukan awak yang langgar Fariz , saya tetap tak percaya . Bagi saya , memang awak yang bunuh dia . Awak kan memang jahat daripada dulu . Entah berapa banyak dosa yang awak dah buat , kan ? "
" Syaf , saya tahu saya banyak sangat buat salah dekat awak . Saya memang tak layak pun untuk dimaafkan . Tapi , saya nak tebus balik semua kesalahan saya . Tolong bagi saya peluang kedua . Saya janji saya takkan sakitkan hati awak lagi . " menyampahnya aku tengok muka si Adam ni .
" Dah lah tu , Adam . Saya dah tak nak dengar lagi kata - kata yang keluar daripada mulut awak . "
Aku terus meninggalkan Adam bersendiriam di situ .
*****
Adam POV
Aku dah tak ada cara lain .
Nak tak nak , aku kena buat juga .
Tapi , jatuh lah maruah aku nanti .
Tak apa , demi Syaf . Aku sanggup buat .
" Maira Nur Syafa Binti Muhammad Amri Iskandar ! I love you so much ! Saya tak kisah awak nak benci saya atau marah saya sekalipun ! Saya tetap sayangkan awak ! Syaf ! Keluar lah ! " jeritku sekuat hati di hadapan rumahnya .
Aku tak peduli kalau jiran - jiran dia nak marah aku ke . Yang penting , malam ni dia kena terima aku .
" Syaf , kalau awak tak keluar saya akan menyanyi depan rumah awak ! Biar lah jiran - jiran awak nak marah saya ! Saya tak kisah ! "
Aku nampak lampu dekat bilik Syaf terbuka .
Nampaknya , dia belum tidur lagi .
*****
Syafa POV
Ya Allah , siapa yang bising - bising dekat luar rumah ni ?
Mengganggu betul lah .
Aku nak cuci muka pun tak senang .
Aku mengelap muka ku yang basah menggunakan tuala muka .
Aku memandang jam di telefon bimbitku .
YOU ARE READING
𝗠𝗘𝗔𝗡𝗧 𝗧𝗢 𝗕𝗘
Novela Juvenil(UNEDITED) [WARNING: Cerita ini ditulis waktu 2016, and i am a high schooler at that time jadi ada banyak cacat cela dan part yang cringe so read at your own risk, enjoy!] 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐀𝐝𝐚𝐦 𝐂𝐚𝐥𝐯𝐢𝐧 Peribadinya tidak seindah namanya. Ego...