Ariana POV
"Saya nak minta maaf sebab saya dah terlanjur...sayangkan awak . " Ryan tersengih .
Aku terus memukul lengannya menggunakan bantal .
Ngada - ngada .
" Rian , aunty kata awak tak nak makan . Kenapa buat perangai macam ni ? Awak dah tak sayang mama dengan papa awak ke ? Awak tak sayang saya ? Awak suka tengok diaorang sedih sebab awak ? Tengok sekarang , badan tu dah macam lidi tau . Muka tu pun dah pucat semacam je saya tengok . Sekarang , awak kena turun bawah . Kesian aunty . Lama dia tunggu awak . Dia kata dia rindu nak makan dengan anak kesayangan dia . "
Ini lah dia , Ryan Ameer .
Tak sah kalau tak membebel . Daripada dulu lagi , mulut dia tu tak boleh nak duduk diam .
Tapi , aku tetap sayangkan dia . Malah , aku memang rindu nak dengar bebelan dia .
" Okay , encik Ryan . Nanti saya makan banyak - banyak biar sampai gemuk . Lepas tu , saya makan pula awak . Boleh ? " Ryan sudah menunjukkan muka gatalnya .
" Awak nak makan saya ? Oh my god , sukanya saya ! Tapi sayang , kita kena kahwin dulu . " Ha mula lah tu fikir benda merapu .
" Ish , dirty minded betul lah awak ni . Saya cakap lain , lain yang awak fikir . " Ryan tergelak .
Gelak tawa dia tu , aku rindu .
" Ryan , saya nak minta maaf . Saya banyak buat salah dengan awak . Saya dah tak nak ingat lagi tentang perkara dulu walaupun saya tahu memang awak yang bersalah . Lagipun , setiap orang tak lari daripada melakukan kesilapan , kan ? "
Dah tiba masanya untuk aku maafkan dia .
" Terima kasih sebab sudi terima saya semula dalam hidup awak . Saya tak boleh nak janji , tapi saya akan cuba bahagiakan awak lepas ni . Sayang , kita kahwin jom ? "
Kejap , dia lamar aku ke apa ni ?
*****
Syafa POV
" Mama , Acha nak makan yang ni . " Asha menunjukkan makanan yang terdapat di dalam menu .
" Okay . Nanti mama orderkan , ya ? " Asha hanya mengangguk .
Setelah selesai memesan makanan , aku menyambung perbualanku bersama abang Fayyad .
" Syaf dah fikir masak - masak ke ? Syaf tak menyesal ? " soal abang Fayyad .
" Syaf dah buat keputusan , abang . Orang macam dia memang layak duduk dekat tempat tu ! "
" Tapi Syaf , tak ada bukti yang sah untuk kita salahkan Adam dalam hal ni . Syaf nampak ke dia yang langgar Fariz ? " huh , kalau tak ada bukti sekalipun aku tetap yakin dia yang bunuh Fariz . Dasar pembunuh !
YOU ARE READING
𝗠𝗘𝗔𝗡𝗧 𝗧𝗢 𝗕𝗘
Teen Fiction(UNEDITED) [WARNING: Cerita ini ditulis waktu 2016, and i am a high schooler at that time jadi ada banyak cacat cela dan part yang cringe so read at your own risk, enjoy!] 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐀𝐝𝐚𝐦 𝐂𝐚𝐥𝐯𝐢𝐧 Peribadinya tidak seindah namanya. Ego...