071 | Bertanggungjawab ·˚ ༘

15.1K 492 19
                                    

Ziyyad POV

" Ada apa ya awak datang rumah uncle dengan aunty ni ? " aku memandang gugup wajah ibu bapa Sofea .

Agaknya kalau aku bagitahu hajat aku ni diaorang akan terima atau aku yang kena belasah nanti ?

" Saya datang sini untuk minta izin uncle dengan aunty . Saya nak melamar Sofea jadi isteri saya . "

" Melamar Sofea ? Betul ke ni ? " soal ibu kepada Sofea .

" Betul , aunty . Saya nak bertanggungjawab atas apa yang saya dah lakukan terhadap anak aunty . " ibu bapa Sofea terus memandang tepat ke wajahku .

Aku menelan liurku .

Alamak , straight to the point sangat aku ni .

" Apa yang kamu dah lakukan dekat anak uncle ?! Lebih baik kamu cakap sekarang ! " aku memandang wajah ayah Sofea yang kelihatan seperti mahu membelasahku .

" Saya...dah terlanjur dengan anak uncle . Uncle , tolong maafkan saya . Saya janji saya akan bertanggungjawab . Saya takkan biarkan Sofea tanggung sendiri . Sebelum perkara buruk yang lain terjadi , saya nak jadikan dia sebagai isteri saya . " aku melutut di hadapan ibu bapa Sofea .

Ya , aku memang nak bertanggungjawab . Aku tahu aku dah buat salah jadi aku nak tebus semula kesilapan aku dengan mengahwini Sofea .

Mungkin aku boleh bimbing dia dengan lebih baik lepas ni .

" Ziyyad ! " jerit Sofea yang baru tiba .

Aku terus memandang ke arahnya .

" Sofea , kenapa Sofea sanggup malukan mama dengan papa ? Sofea nak apa lagi , hah ? Papa dah bagi semua yang Sofea nak . Apa lagi yang tak cukup ? Kenapa Sofea buat perkara terkutuk ni ?! " aku hanya mendiamkan diri apabila ayah Sofea mula bersuara .

" Papa dengan mama tak pernah faham Sofea . Papa dengan mama tak pernah ada waktu Sofea susah . Pernah ke papa ambil tahu tentang hal Sofea ? Semua benda tentang Sofea , papa dengan mama tak pernah ambil kisah ! Sofea tak nak harta ni semua . Sofea cuma nak kasih sayang daripada papa dengan mama . Tolonglah , sekali ni je faham Sofea . " aku terkaku apabila Sofea meluahkan isi hatinya . Aku lihat air matanya tidak berhenti mengalir .

Ya Allah , jadi ini ke punca Sofea jadi macam ni ? Aku sepatutnya bimbing dia , tapi aku yang merosakkan dia . Berdosanya aku , ya Allah .

" Sofea , mama minta maaf— "

" Dahlah , semuanya dah terlambat . Masa depan Sofea dah hancur . Sekarang , Sofea dah tak ada apa - apa . Papa dengan mama pun tak pernah sayangkan Sofea , kan ? Semua orang pun bencikan Sofea . Jadi , dah tak ada gunanya Sofea hidup dekat dunia ni . " aku segera bangun lalu mendekati Sofea .

" Pergilah balik , Ziyyad . Aku tak nak kahwin dengan kau . Aku ni perempuan jahat , pemusnah rumah tangga orang . Takkan lah kau nak memperisterikan orang macam aku kan ? Aku tak minta pun untuk kau bertanggungjawab . Lagipun , semua ni salah aku . Kalau aku tak paksa kau minum malam tu , semua ni takkan terjadi . " aku menggelengkan kepalaku .

" Tak , Sofea . Aku tetap akan bertanggungjawab . Siapa kata kau tak layak untuk aku ? Aku boleh cuba bimbing kau lepas kita kahwin nanti . Tolonglah Sofea , terima aku . Aku janji aku akan bahagiakan kau . "

" Sofea , papa pun nak minta maaf . Papa tahu papa terlalu busy dengan kerja sampai papa abaikan anak papa . Kali ni , papa maafkan Sofea . Papa restu hubungan Sofea dengan Ziyyad . Papa janji lepas ni papa takkan abaikan Sofea lagi . " Sofea memandang seketika wajah ibu bapanya sebelum memandang ke arahku .

Perlahan - lahan dia menganggukkan kepalanya .

*****

Adam POV

𝗠𝗘𝗔𝗡𝗧 𝗧𝗢 𝗕𝗘Where stories live. Discover now