Syafa POV
" Danial , stop it ! Cukuplah kau seksa diri kau macam ni ! Kalau kau hentak kepala kau sampai berdarah sekalipun , takkan mengubah apa - apa lah . " aku lihat Adam cuba menasihatkan Danial .
" Betul cakap Adam tu , Danial . Lagipun , ini semua bukan salah kau . Kita tak boleh mempersoalkan apa yang Allah dah tetapkan , Danial . " Ryan yang mendiamkan dirinya kini bersuara .
" Ini semua memang salah aku ! Aku yang jahat ! Aku ni memang suami yang tak guna ! Kalau aku tak buat Fauza macam tu , semua ni takkan terjadi . Fauza takkan lari dari rumah . Sekarang , bukan hanya Fauza yang jadi mangsa . Tapi , anak aku ! Anak aku yang aku sendiri pun tak tahu dia wujud dalam rahim Fauza . " Danial meluahkan isi hatinya .
Aku dan yang lain juga terkejut setelah mendapat tahu bahawa Fauza keguguran . Itupun setelah doktor yang merawat Fauza sebentar tadi memberitahu kami semua .
" Aku takkan biarkan penjenayah tu terlepas ! Dia dah bunuh anak aku ! Anak yang aku sentiasa tunggu kehadirannya selama ni . Sekarang , semuanya hancur sekelip mata . Belum sempat aku merasai menjadi seorang ayah , anak aku dah pergi tinggalkan aku . " Danial menangis teresak - esak .
Aku dan Ariana berpelukan di penjuru sudut ruangan menunggu yang disediakan oleh pihak hospital .
" Syaf , kenapa semua ni terjadi dekat Fauza ? Kau nak tahu tak , waktu Fauza bagitahu kandungan dia dekat aku hari tu , dia nampak happy sangat . Dia kata dia tak sabar sangat nak dukung anak dia . Kau rasa , apa reaksi Fauza bila dapat tahu yang dia keguguran ? " soal Ariana sambil menyeka air matanya .
" Rian , aku faham sangat perasaan Fauza . Aku tahu macam mana sakitnya kehilangan zuriat . Tapi , kita tak boleh tunjukkan yang kita lemah depan Fauza . Dia perlukan sokongan daripada kita semua , Rian . Aku tahu Fauza bukan wanita yang lemah . Kita berdua kena pulihkan semangat dia . " aku cuba memujuknya .
" Ini semua salah Danial ! Lelaki tak guna tu memang tak pernah berhenti sakitkan hati Fauza ! Kenapa dari dulu dia tak pernah bahagiakan Fauza ? Besar sangat ke salah Fauza pada dia sampai dia layan kawan baik kita macam tu ?! Lepas ni , aku takkan biarkan Fauza tinggal dengan lelaki tak guna tu . Lelaki tu tak layak untuk Fauza . " aku menyuruh Ariana supaya mengucap . Ya Allah , janganlah si Rian cuba nak pisahkan Fauza dengan Danial pula .
" Astaghfirullahalazim , Rian . Kau sedar tak apa yang kau cakap ni ? Fauza isteri Danial . Biar Fauza yang tentukan dengan siapa dia nak tinggal nanti . Kita tak boleh masuk campur urusan rumah tangga diaorang . " belum sempat aku ingin meneruskan kata - kataku , Ariana terus bangkit dari duduknya .
Dia terus meluru ke arah Danial yang kini sedang berdiri di hadapan dewan bedah .
" Kau dengar sini Danial , kalau jadi apa - apa dekat Fauza memang aku takkan maafkan kau ! Fauza berhak dapat lelaki yang lebih baik daripada kau ! Kalau kau tak sayangkan dia , jangan seksa dia macam tu . Aku tak boleh terima apa yang kau dah buat dekat kawan baik aku . Jangan berani kau tunjukkan muka kau depan Fauza . Aku tak nak keadaan dia makin tertekan bila nampak kau . " Ryan sudah mula memeluk isterinya .
" Sayang , dah lah tu . Kesian Danial . Dia pun tak boleh terima semua ni . Jangan letakkan semua kesalahan pada Danial . Bukan dia yang minta semua ni terjadi . Semuanya dah berlaku . Tak ada apa yang boleh berubah . "
Seorang doktor wanita keluar daripada bilik pembedahan .
" Keluarga Puan Fauza , ya ? " Danial mengangguk laju .
" Alhamdulillah , kami telah berjaya menghentikan pendarahan yang dialami oleh Puan Fauza . Kesan tikaman pada perut isteri encik agak dalam . Seperti yang saya katakan sebelum ni , akibat daripada tikaman tersebut , kami tak dapat nak selamatkan anak encik . Allah lebih sayangkan anak encik . Keadaan Puan Fauza sudah stabil . Saya akan lihat perkembangan isteri encik bila dia dah sedar nanti . " luluh hati aku apabila mendengar jawapan daripada doktor .
Aku tak dapat bayangkan kalau Fauza pergi tinggalkan kami semua .
Aku bersyukur sangat - sangat pada Tuhan kerana masih memberikan peluang untuk Fauza terus hidup .
*****
Aku menunggu Adam di hadapan kedai 7Eleven yang berdekatan dengan hospital ini . Katanya nak beli roti untuk alas perut . Lama betul beli roti . Ini beli roti ke buat roti ? Aku dah lenguh berdiri ni .
" Sayang , sorry lambat . Tadi cashier tu nak mengorat abang . Lepas abang tunjuk isteri abang dekat luar , terus dia cuak . " eleh , yelah tu . Macam lah aku tak tahu . Adam tu boleh dikatakan cerewet juga .
" Abang ni lenguh tau sayang berdiri dekat luar ni . Abang pula boleh menggatal dekat dalam . " aku mencebik . Walaupun sisa marahku pada Adam masih belum hilang , aku tetap melayannya dengan baik . Aku tak nak menangkan ego waktu - waktu genting macam ni . Lagipun , Adam juga yang aku cari waktu nak bersalin nanti .
" Abang minta maaf , okay ? Sayang mesti lapar , kan ? Jom kita makan dekat atas . " Adam terus memimpin tanganku masuk ke dalam hospital .
Tiba - tiba aku mengaduh kesakitan . Aku menggenggam tangan Adam dengan kuat .
" Sayang , kenapa ni ?! " aku lihat Adam sudah mula panik .
" Abang , perut sayang sakit sangat ni . Abang , cepat abang . " rintihku .
Adam terus menjerit memanggil jururawat yang lalu - lalang di hadapannya .
" Nurse , tolong isteri saya nurse . Saya rasa dia dah nak bersalin ni . " kata Adam kepada salah seorang jururawat .
Jururawat tersebut terus membawa kerusi roda kepadaku lalu dia menolaknya sehingga di hadapan bilik pembedahan .
" Abang , sayang takut . " aduku kepada Adam . Tangan Adam dari tadi aku genggam kemas . Aku tak nak lepaskan walau sekalipun .
" Sayang zikir banyak - dalam hati . Insya-Allah semuanya akan dipermudahkan . Jangan risau , abang temankan sayang ya ? " Adam mengusap perlahan kepalaku .
*****
" Puan , puan kena teran lebih kuat lagi . Saya dah boleh nampak kepala baby . Kita cuba sekali lagi , ya ? " aku mengangguk lemah .
" Sayang , please bertahan demi abang . " Adam menggenggam tanganku .
Aku menarik nafas sedalam yang mungkin lalu aku meneran sekuat hati .
Suara bayi menangis mula kedengaran di dalam bilik tersebut .
Aku menarik nafas lega . Syukur , Ya Allah .
" Puan , sabar puan . Ada satu lagi bayi yang perlu saya keluarkan . Puan teran lagi sehabis yang boleh , okay ? "
" Doktor , saya dah tak larat . " kataku dengan keadaan yang sangat lemah .
" Sayang , jangan macam ni . Sayang nak tengok baby lemas ke ? Sekali je lagi sayang teran , lepas tu baby kita dah selamat . " Adam memberikan kata - kata semangat kepadaku .
Dengan lafaz bismillah , aku meneran sekali lagi dengan sekuat hati .
Aku dapat melihat bayi keduaku sedang dibersihkan oleh jururawat .
Alhamdulillah , terima kasih Ya Allah .
" Sayang , thank you so much . " Adam mengucup dahiku lama .
" Abang , janji dengan sayang abang akan jaga anak - anak kita dengan baik , ya ? " ucapku lemah .
" Tak , kita berdua akan jaga sama - sama . Sayang jangan lah cakap macam ni . " aku mengusap perlahan tangan Adam yang sedang memegang erat tanganku .
Belum sempat aku ingin mengucup tangan Adam , semuanya menjadi gelap .
Mungkin sudah tiba masanya untuk aku pergi .
Selamat tinggal , Adam .
*****
YOU ARE READING
𝗠𝗘𝗔𝗡𝗧 𝗧𝗢 𝗕𝗘
Teen Fiction(UNEDITED) [WARNING: Cerita ini ditulis waktu 2016, and i am a high schooler at that time jadi ada banyak cacat cela dan part yang cringe so read at your own risk, enjoy!] 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐀𝐝𝐚𝐦 𝐂𝐚𝐥𝐯𝐢𝐧 Peribadinya tidak seindah namanya. Ego...