Adam POV
" Abang ! " Syaf menjerit memanggilku . Aduhai , aku baru nak berehat sekejap . Seharian aku tolong Syaf kemas rumah .
" Kenapa sayang ? Ada apa lagi ni ? Bagilah abang chance nak rehat sekejap . " aku meminta simpati daripada Syaf . Dahlah sekarang ni tengah bulan puasa . Ada juga yang buka puasa kejap lagi .
" Abang , kesian tok ma kena buat kerja sorang - sorang . Abang tolonglah tok ma pasang langsir yang tok ma baru beli tu . Please... " Syaf memegang lenganku . Dia ni sengaja lah tu nak buat aku cair .
" Danial dengan Rayyan kan ada ? Suruhlah diaorang tolong . Abang betul - betul penat ni , sayang . " Oh lupa nak bagitahu , tahun ni memang meriahlah rumah tok ma Syaf sebab Rayyan dengan Danial nak beraya dekat sini sekali . Aku harap tak robohlah rumah tok ma nanti .
" Rayyan tengah tolong papa masak lemang . Danial pula pergi tolong pak long cari bahan - bahan nak masak rendang . Tinggal abang je yang available sekarang ni . Abang nak sayang yang panjat ke ? Sayang boleh je . " aku terus menggeleng laju . Memang taklah ! Dahlah Syaf sekarang ni tengah mengandungkan anak aku yang kelima . Hehe , anak aku yang keempat dah selamat dilahirkan setahun lepas kembar lahir . Sekarang , nak masuk yang kelima pula .
" Sayang jangan cari pasal . Nanti jadi apa - apa dekat baby siapa yang susah ? " aku terus bangkit dari katilku . Demi isteri punya pasal , aku sanggup buat .
Aku dan Syaf sama - sama keluar dari bilik kami . Belum sempat aku ingin berbuat apa - apa , kami berdua terus diserbu oleh anak - anak kami .
" Papa , tengok Qayish . Dia tak bagi Qairil main bola . Qairil nak main juga . " Qairil memeluk kakiku manakala Qayish pula pergi ke arah mamanya .
" Qayish , kenapa buat Qairil macam tu ? Papa dah cakap suruh main bola sama - sama kan ? Kalau Qayish tak nak bagi adik main , papa ambil balik bola tu . "
" Qayish dah bagi , tapi adik yang tak reti main . Qayish mainlah sorang - sorang . " adu Qayish kepadaku . Pening kepala aku nak melayan karenah si kembar ni .
" Dah - dah , papa tak nak dengar alasan lagi . Kalau Qayish dengan Qairil tak behave , papa tak nak beli apa - apa dah lepas ni . Faham ? " Dua - dua daripada mereka menganggukkan kepala .
Bukan aku tak tahu , Qayish ni memang nakal sikit berbanding Qairil .
" Papa , lambat lagi ke nak berbuka ? Asha laparlah . Asha nak makan nasi ayam yang tok ma masak . " Asha yang sudah berusia 9 tahun mengadu kepadaku .
" Asha kena tunggu lagi 3 jam je . Lepastu kita dah boleh berbuka . Asha sabar ya ? "
Kalau ikutkan Syaf tak galakkan Asha ikut puasa sekali memandangkan dia kecil lagi , tapi aku tetap tegaskan supaya Asha puasa sekali . Lagipun , masa nilah kita nak ajar anak - anak berpuasa . Asha pun dah 9 tahun .
" Abang , jomlah kita tolong tok ma . " aku menepuk dahiku . Allah , lupa pula niat nak tolong tok ma tadi . Aku dan Syaf terus pergi ke arah tok ma .
*****
Danial POV
" Sayang okay tak ? Nak abang belikan apa - apa ? " kesian pula aku tengok bini aku ni . Dahlah tengah sarat mengandung , lagilah cepat penat .
" Abang carikan sayang mangga susu boleh tak ? Sayang tiba - tiba teringin nak minum air tu . " aku duduk di sebelah Fauza sambil mengusap perutnya . Tak sabar betul aku nak tunggu kelahiran anak kedua kami .
" Yelah , nanti abang carikan dekat bazar ramadan . Sayang larat lagi tak nak jalan ? Kalau tak , abang hantar sayang balik dulu . Pak long pun tak habis cari bahan lagi tu . " Fauza menggelengkan kepalanya tanda tidak mahu .
YOU ARE READING
𝗠𝗘𝗔𝗡𝗧 𝗧𝗢 𝗕𝗘
Teen Fiction(UNEDITED) [WARNING: Cerita ini ditulis waktu 2016, and i am a high schooler at that time jadi ada banyak cacat cela dan part yang cringe so read at your own risk, enjoy!] 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐀𝐝𝐚𝐦 𝐂𝐚𝐥𝐯𝐢𝐧 Peribadinya tidak seindah namanya. Ego...