Syafa POV
Aku memandang wajahku di cermin .
Hmm , okay ke aku pakai dress ni ?
Kenapa aku rasa nervous sangat ni ?
Relax , Syaf .
Aku menarik nafas kemudian menghembuskannya .
Cuba untuk bertenang .
" Syaf , relax okay ? Jangan lah risau sangat . Aku tengok kau ni macam nak pergi berperang . " tegur Rian .
" Betul cakap Rian tu . Kau sepatutnya rasa happy tau sekarang . Bukannya gelisah macam ni . Pengantin baru mana boleh macam ni . Nanti habis cair make up kau . " betul juga cakap Fauza tu . Mungkin aku ni fikir jauh sangat kot .
" Korang rasa aku okay tak ? Cantik ke tak ? Aku...nampak gemuk ke ? " soalku kepada mereka berdua .
Rian dan Fauza tertawa .
" Korang ni , jangan lah gelak . Aku tengah serius ni . " boleh pula diaorang gelakkan aku . Aku tak buat lawak pun .
" Syaf , kau jangan risau lah . Kau nampak cantik sangat hari ni . You look so perfect , darling . Untung Fariz dapat kau . " aku cuba untuk mengawal riak wajahku setelah Fauza memujiku .
Malu sebenarnya bila diaorang puji aku macam tu .
" Eleh , malu lah tu . Nampak sangat pipi kau merah . " Rian ni , jangan lah tegur . Lagi lah aku malu .
Okay stop , macam gedik sangat je .
" Syaf , lepas ni kitaorang dah tak boleh nak hangout dengan kau lagi . Nanti kalau aku rindu kau macam mana ? " soal Fauza .
" Aku ni bukannya nak pergi mana - mana pun . Kalau korang nak keluar , cakap je lah dengan aku . Kalau Fariz izinkan , aku boleh je keluar dengan korang . Jadi , tak payah lah nak buat muka sedih sangat . Aku tak nak tengok muka sedih korang . Faham ? "
" Baiklah , Puan Syaf . " ujar Rian sambil tertawa .
Ceh , nak perli aku lah tu .
*****
" Aku nikahkan dikau dengan Maira Nur Syafa Binti Muhammad Amri Iskandar dengan mas kahwinnya RM100,000 tunai . "
" Aku terima nikahnya Maira Nur Syafa Binti Muhammad Amri Iskandar dengan mas kahwinnya RM100,000 tunai . " dengan sekali lafaz sahaja , aku sudahpun sah menjadi milik Fariz .
Aku mengelap air mata yang mulai turun ke pipiku .
Terima kasih Ya Allah kerana engkau telah permudahkan segala urusanku .
Setelah selesai membaca doa , Fariz pergi ke arahku untuk sesi pembatalan wudhuk .
Aku memandang wajahnya .
YOU ARE READING
𝗠𝗘𝗔𝗡𝗧 𝗧𝗢 𝗕𝗘
Roman pour Adolescents(UNEDITED) [WARNING: Cerita ini ditulis waktu 2016, and i am a high schooler at that time jadi ada banyak cacat cela dan part yang cringe so read at your own risk, enjoy!] 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐀𝐝𝐚𝐦 𝐂𝐚𝐥𝐯𝐢𝐧 Peribadinya tidak seindah namanya. Ego...