063 | Kerja Gila ·˚ ༘

14.7K 505 82
                                    

Fauza POV

Aku mengusap perutku setelah selesai membersihkan diriku . Masuk hari ni , kandungan aku dah berusia 2 bulan . Aku melihat lenganku yang mula menunjukkan kesan lebam - lebam di sekelilingnya .

Siapa lagi yang buat semua ni kalau bukan Danial ? Dua bulan dah berlalu , dan hubungan aku dengan Danial makin renggang lepas kejadian hari tu . Sikap dia yang panas baran , dingin dan kuat cemburu tu dah mula menguasai diri dia balik .

Aku dah penat . Aku tak kisah dia nak dera aku , cuma tolong lah jangan apa - apakan kandungan aku . Oh ya , sampai sekarang Danial belum tahu yang aku tengah mengandungkan anak dia . Aku pernah minta dia untuk lepaskan aku , tapi dia kata yang dia takkan lepaskan aku .

Irish pula dah sambung belajar dan sekarang ni dia dah tak duduk dekat rumah aku dengan Danial lagi . Memang sunyi rumah ni tanpa gelak tawa dia . Sebelum ni , Irish lah yang selalu salurkan semangat dekat aku . Tapi sekarang , semua semangat yang Irish salurkan dekat aku tu seolah - olah dah hilang .

Hari ni , aku dah nekad yang aku akan pergi dari sini . Pergi dari hidup Danial . Aku dah fikir masak - masak dan aku yakin dengan keputusan ni . Biarlah aku undur diri . Lagipun , Danial pun tak pernah sayangkan aku . Mungkin ini yang terbaik untuk kami berdua .

*****

Adam POV

" Adam , sampai bila kau nak duduk terperap dalam rumah ni hah ? Kenapa kusut sangat aku tengok kau ni ? Sudah lah tu , Adam . Aku dah muak tengok kau buat perangai macam ni . " aku terus memandang ke arah manusia yang tak henti - henti membebel dekat aku .

" Eh kau boleh diam tak , Arash ? Kalau kau datang sini semata - mata nak membebel dekat aku , lebih baik kau balik . Lagipun sebelum ni kau tak pernah pun ambil kisah pasal aku . Kenapa sekarang kau sibuk nak kacau hidup aku ? " inilah dia , manusia yang tiba - tiba muncul semula dalam hidup aku .

Muhammad Arash Calvin merangkap abang sulung aku . Dulu , dia menetap dekat Jepun untuk uruskan business dia dekat sana . Sekarang , dia dah pulang semula ke Malaysia bersama isteri dan anak - anaknya . Aku dengan abang aku memang tak berapa rapat sebab jurang umur kami . Walaupun dia lebih tua daripada aku , aku tak pernah gelarkan dia 'abang Arash' . Geli tekak aku nak panggil dia macam tu .

Oh ya , satu lagi sebab kenapa aku dengan Arash tak rapat ialah dia ni anak kesayangan papa . Dulu , aku lebih rapat dengan arwah mama berbanding Arash dan sudah semestinya Arash pula lebih rapat dengan papa berbanding aku .

Sebab tu aku tak pernah kisah pasal hidup dia . Kalau orang tanya aku tentang adik beradik aku sekalipun , aku tetap akan cakap yang aku ni anak tunggal . Perangai dia dengan papa sama je ! Dua - dua workaholic sampai abaikan orang sekeliling .

" Aku ni cuma nak jalankan tanggungjawab aku sebagai abang kau . Kau tahu tak papa tu risaukan kau ? Cuba kau jaga sikit hati papa tu . Pergilah jenguk dia ke teman dia ke , ini tak . Lepas arwah mama meninggal , perangai kau makin menjadi - jadi kan ? " aku mendengus geram .

" Kau tak payah nak cakap soal tanggungjawab lah dengan aku . Kau sendiri pun lari daripada tanggungjawab . Kalau kau sayang sangat dengan papa tu , kau pergi lah laksanakan tanggungjawab kau sebagai anak kesayangan dia . Kau sengaja tinggalkan aku dengan papa dekat sini dan lari pergi Jepun sebab kau malas nak jaga papa , kan ? "

" Kau jangan nak tuduh aku sembarangan . Aku buat semua tu sebab aku nak tolong papa . Aku nak banggakan papa dengan hasil pencapaian aku . Cuba kau tengok diri kau tu , apa yang kau dah banggakan papa hah ? " eh dia ni , memang mendatangkan kemarahan aku lah .

" Eh kau berambus dari rumah aku boleh tak ?! Kau jangan munculkan lagi muka kau depan aku . Aku tak ada abang yang perangai setan macam kau ! " aku menolak tubuhnya keluar daripada rumahku .

" Eh , kau ingat kau buat perangai degil macam ni , bini kau nak datang dekat kau balik ke ? Kalau kau sayang sangat bini kau , patutnya kau pergi cari dia ! Bukannya duduk terperap dalam rumah macam ni . Kalau ada orang rampas dia daripada kau , jangan kau terhegeh - hegeh merayu melutut dekat bini kau ! Masa tu , dah tak guna kau nak menyesal , Adam . " Arash terus pergi meninggalkanku .

Aku bukannya tak nak cari Syaf . Cuma aku tak boleh terima apa yang dia buat dekat aku . Dia peluk Ziyyad ! Ziyyad tu bukan muhrim dia . Macam lah aku tak tahu Ziyyad tu sebenarnya dah lama suka dekat Syaf .

Memang dia suka kan tengok hubungan aku dengan Syaf macam ni . Boleh lah dia masuk line . Tak guna punya Ziyyad . Kau tunggu lah , Ziyyad . Aku takkan biarkan kau rampas Syaf daripada aku ! Bertahun - tahun aku cuba ambil hati Syaf , senang - senang je kau ambil dia daripada aku .

*****

Syafa POV

Aku menekup mulutku . Aku tak sangka Ziyyad akan buat perkara macam ni . Tak pernah terlintas pun dalam fikiran aku yang dia akan buat semua kerja gila ni .

" Ziyyad , apa yang awak buat ni ? Stop this all crazy things , Ziyyad . Tolong lah jangan malukan saya . " kataku .

" Syaf , saya tak kisah apa yang awak nak cakap dekat saya lepas ni . Malam ni , saya tetap akan luahkan perasaan saya dekat awak depan semua orang . " pelanggan yang sedang menjamu selera di dalam restoran ini mula memandang ke arahku .

Ziyyad memang gila !

Ya Allah Ziyyad , jangan lah buat aku macam ni . Tolong lah turun dari pentas tu .

" Maira Nur Syafa , nama yang cukup indah sekali bagi saya . Pertama kali saya jumpa awak , hati saya dah tertarik pada awak . Memang pada mulanya saya bertemu dengan awak hanyalah untuk membantu awak . Saya masih ingat lagi syarat yang awak berikan pada saya . Saya tak boleh simpan perasaan dekat awak , kan ? Tapi , hati saya tak kuat . Saya terpaksa mungkir janji , Syaf . Awak dah buka semula pintu hati saya yang selama ni saya tutup buat semua perempuan yang cuba pikat hati saya . Awak nak tahu tak , lepas kita tangkap gambar hari tu , saya rasa macam kita dah jadi sebuah keluarga yang bahagia . " aku terkejut mendengar luahan hati Ziyyad .

Aku tak sangka selama ni dia memang sukakan aku . Aku...dah bagi harapan palsu ke dekat dia ?

Betul cakap kak El . Mungkin aku tak pernah simpan perasaan dekat Ziyyad . Tapi , Ziyyad ? Ya Allah , salah aku ke semua ni berlaku ?

Semua orang mula menepuk tangan . Mungkin mereka menganggap perbuatan Ziyyad ini sebagai 'gentleman' , 'sweet' atau sebagainya . Tapi , langsung tak bagi aku .

Diaorang semua tak tahu aku ni isteri orang . Kalau mereka semua tahu , confirm Ziyyad kena kecam !

Aku lihat ramai orang mula mengeluarkan telefon bimbit mereka . Ada yang sempat merakam perbuatan Ziyyad sebentar tadi . Habis lah aku . Kalau benda ni viral macam mana ? Ya Allah , macam mana kalau Adam dapat tahu ?

Habis lah rumah tangga aku dengan Adam nanti .

" Maira Nur Syafa binti Muhammad Amri Iskandar , will you marry me ? "

Gila !

Adam nak campak mana , hah ?!

*****

𝗠𝗘𝗔𝗡𝗧 𝗧𝗢 𝗕𝗘Where stories live. Discover now