005 | Kecewa ·˚ ༘

18.5K 910 28
                                    

Adam POV

Dah beberapa hari aku rapat semula dengan Nadia .

Bukan niat untuk berbaik , bukan juga niat untuk mempermainkan perasaan dia . Cuma aku tak mahu diganggu oleh si perempuan gatal tu . Itu sahaja .

Aku pun sebenarnya malas nak layan si Nadia tu , aku layan pun sebab TERPAKSA . Kalau tak , memang tak lah aku nak layan dia . Tengok muka pun aku dah menyampah . Aku masih tak faham kenapa dulu dia tinggalkan aku tanpa apa - apa berita . Aku sedih , aku kecewa . Ada dia ambil tahu semua tu ?

Aku mengambil buku yang terletak di bawah meja ku .

Sewaktu ingin mengambil buku tersebut , aku dapat rasakan ada sesuatu di bawah mejaku . Macam , sebuah kotak ?

Aku pun mengambil kotak tersebut .

Hadiah ? Untuk siapa ? Aku ke ?

Okay , ada nama aku dekat bahagian hadapan kotak tersebut .

Sah - sah lah aku punya , kan ?

From ; MNS ❤

Siapa pula MNS ni ?

Tanpa membuang masa , aku pun membuka hadiah tersebut .

Mini teddy bear ?

Biar betul si MNS ni ?!

Dia ingat aku ni perempuan ke nak minat teddy bear segala bagai ni ?

Aduhai , tak faham aku .

Nak buang , sayang lah pula .

Simpan je lah , walaupun aku rasa tak penting .

*****

Syafa POV

Aku dari tadi tak berhenti gelak dengan lawak yang dibuat oleh Zareef .

Walaupun sekadar lawak bodoh atau pun lebih dikenali sebagai lawak hambar , tapi aku tetap terhibur .

Sejak bila lah Zareef pandai buat lawak ?

Setahu aku , dulu dia ulat buku . Dan , jarang sangat lah dia bergaul dengan orang macam aku ni .

Hahaha , aku ni bukan lah malas sangat . Cuma , aku tak lah serajin dia . Dia selalu dapat nombor satu dalam kelas . Meanwhile , aku selalu dapat top 5 jelah dalam kelas .

Tapi , sekarang kitaorang berdua macam dah jadi kawan baik .

Aku tak rasa awkward langsung bila berkawan dengan dia . Malah , aku lebih selesa . Tapi , Fauza dengan Ariana tetap didahulukan . Hehehe .

" Zareef , cukup lah tu . Saya dah tak larat nak gelak ni . " Boleh senak perut aku kalau asyik gelak je .

" Tapi , saya tak buat lawak pun . Awak sendiri yang gelak . " kata Zareef . Okay , rasa malu pula tiba - tiba .

" Mmm , petang ni awak free tak ? " soal Zareef .

" Free rasanya . Kenapa ? " Dia nak ajak aku pergi somewhere ke ?

" Teman saya beli hadiah , boleh tak ? " Hadiah ? Hari jadi siapa ?

" Awak nak beli untuk siapa ? " Siapa lah orang yang bertuah tu .

𝗠𝗘𝗔𝗡𝗧 𝗧𝗢 𝗕𝗘Where stories live. Discover now