Sudah dua hari Hasya pergi meninggalkan bandar Kuala Lumpur. Sudah dua hari jugalah Elyna merengek-rengek bertanyakan di mana keberadaan Hasya kepada papanya.
"Papa... Mana aunty cantik pergi? Dah dua hari aunty cantik tak datang tengok Ely kat sini. Ely rindu aunty cantik..."
Naik bosan juga Alfi setiap kali anak kesayangannya itu bertanyakan soal Hasya. Hendak diapakan lagi kalau memang sudah menjadi keputusan Hasya sendiri untuk meninggalkan Kuala Lumpur. Dia tiada hak untuk menahan. Mungkin Hasya hanya dipinjamkan sebentar untuk mengisi kekosongan anaknya yang terlalu dahagakan kasih sayang seorang ibu.
Alfi mengeluh perlahan. Wajah polos anaknya ditatap lama.
"Aunty dah balik rumah dia la, baby girl..."
Suara Alfi perlahan namun masih dapat didengar oleh anaknya.
"Then, why not we go to her house? Ely rindu aunty cantik. Ely nak main dengan aunty cantik."
Elyna bertutur penuh pengharapan.
"Papa kan ada... Tak payah la kita kacau aunty Hasya tu. Ely main dengan papa je ye, sayang?"
Alfi berusaha untuk memujuk anaknya.
"Tak nak! Tak nak! Main dengan papa tak best. Ely nak aunty cantik... Nak aunty cantiiiikkk....!"
"Elyna!!!"
Suara Alfi bergema di ruang wad itu. Kesabarannya seakan-akan menipis apabila melayani kerenah anaknya yang seolah-olah tidak memahami situasinya kini. Sudahlah fikirannya serabut kerana terlalu memikirkan tentang penyakit anaknya itu.
Elyna terdiam apabila mendengar suara tengkingan papanya. Tercebik-cebik bibirnya menahan tangis.
"Isk... Isk... P-- papa tak s-sayang Ely... Isk isk..."
Terhenjut-henjut bahu Elyna menahan sedu. Mendengar saja suara tangisan anaknya, timbul rasa serba salah dalam dirinya. Wajahnya diraup berkali-kali. Tersedar dari keterlanjurannya memarahi anak sekecil Elyna yang tidak tahu apa-apa.
Tubuh Elyna yang sedang terbaring itu dihampiri. Dahi itu dikucup penuh kasih.
"Sorry, baby girl. Papa tak berniat pun nak marah baby girl. Dont cry...shh...shh..."
Alfi memujuk puteri kesayangannya. Kerana anaknya, dia mampu meneruskan kehidupan setelah isterinya pergi meninggalkan mereka berdua buat selama-lamanya.
***
"Woi! Bangun!"
Hasya tersedar saat terasa wajahnya basah disimbah dengan cecair. Terkebil-kebil matanya memerhati keadaan sekeliling. Kepalanya terasa berat saat ini. Saat dia hendak cuba memegang kepalanya, terasa kedua-dua belah tangannya terikat dengan sesuatu.
"Bangun jugak sayang aku ni. Ingatkan dah mampus!"
Hasya memerhati susuk tubuh di hadapannya. Kelihatan raut wajah lelaki itu sedang tersenyum sinis ke arahnya.
"Apa yang kau nak? Lepaskan aku la!"
Hasya bersuara keras setelah dia berjaya mengingati apa yang telah berlaku sebelum dia pengsan.
Hasya berjalan sendirian menuju ke stesen bas. Pelawaan Alfi untuk menghantarnya ke stesen bas ditolak secara baik kerana tidak mahu menyusahkan lelaki itu lagi.
Kebaikan lelaki itu membelikan tiket bas untuknya ke Ipoh membuatkan dia rasa serba salah. Puas ditolak namun lelaki itu tetap memaksa. Tidak mahu memanjangkan cerita, Hasya terpaksa menerimanya.
Jam di telefon bimbitnya dikerling sekilas.
"Ada masa lagi 45 minit sebelum bas gerak."
Bicaranya sendirian.
Kawasan itu agak sunyi dan lengang memandangkan jam telah menunjukkan pukul dua belas tengah malam. Langkah diatur menuju ke tandas di kawasan stesen bas.
Hajatnya mahu membuang air di tandas terbantut apabila tiba-tiba ada seorang kanak-kanak lelaki yang dalam perkiraannya berusia enam tahun menahan perjalanannya. Wajahnya yang polos itu membuatkan Hasya teringat akan anak Alfi, Elyna. Pakaian yang dipakai oleh kanak-kanak lelaki itu kelihatan comot dan tidak terurus.
"Akak... Tolong ayah saya kak!"
Kanak-kanak lelaki itu bersuara cemas.
Hasya membongkokkan sedikit tubuhnya."Kenapa ni, dik? Kenapa dengan ayah adik?"
Soal Hasya lembut.
"Ayah saya kena pukul kat hujung sana. Tolong ayah saya, kak."
Rayu kanak-kanak itu. Tangannya diarah menuju ke suatu kawasan gelap yang agak sunyi. Mata Hasya terarah ke kawasan yang ditunjukkan oleh kanak-kanak itu.
"Kalau macam tu, akak nak call polis kejap."
Saat Hasya hendak mendail nombor telefon polis, kanak-kanak itu terus merampas telefon bimbit itu dari tangan Hasya.
"Jangan, kak! Tolong saya, kak. Ayah saya sakit kena pukul."
Kanak-kanak itu terus berlari menuju ke kawasan yang gelap itu.Nak tak nak Hasya terpaksa ikut langkah kanak-kanak itu berlari. Dia bimbang akan keselamatan kanak-kanak lelaki itu.
Kedua-dua mereka termengah-mengah setelah hampir dua minit berlari. Hasya memerhati sekeliling. Dia tidak melihat seorang pun manusia di situ melainkan mereka berdua.
"Mana ayah adik? Akak tak nampak sesiapa pun?"
Sekali lagi, matanya meliar ke sekeliling kawasan.
"Ehem!"
Hasya menoleh ke arah suara yang berdehem. Matanya tertancap pada sesusuk tubuh yang sedang berdiri sambil memeluk tubuh. Riak wajahnya terus berubah apabila melihat lelaki yang amat dikenalinya itu.
"K-- Kamal?"
Lelaki yang bernama Kamal itu tersenyum sinis memandangnya."Pandai kau buat kerja. Kau boleh pergi."
Kanak-kanak lelaki yang membawa Hasya ke situ terus melarikan diri entah ke mana. Hasya betul-betul tidak menyangka bahawa semua ini hanya perangkap. Dia menyesal dengan kebodohannya kini.
"So, sayang? How are you?"
Kamal tersenyum sinis ke arah Hasya.
"K- kau nak apa?"
Kamal terus menghampiri Hasya. Hasya menapak ke belakang namun tiba-tiba tubuhnya seperti terlanggar sesuatu. Lengan Hasya dicengkam kasar oleh seseorang. Hasya menoleh ke belakang. Badrul!
"Kau nak lari mana hahh?!"
Badrul, abang tiri Hasya menjerkahnya. Kali ini, lengan Hasya dicengkam lebih kuat. Hasya mengerutkan dahinya kerana kesakitan.
"Wo! Relax la, bro. Jangan kasar-kasar. Awek gua tu."
Kamal bersuara.
Hasya kaku. Nyawa dan keselamatannya seolah-olah seperti telur di hujung tanduk apabila dia terserempak dengan kedua-dua lelaki bangsat itu.
"Korang nak apa? Lepaskan aku."
Hasya meronta minta dilepaskan. Kini, dia rasa sangat menyesal kerana menolak pelawaan Alfi untuk menghantarnya ke stesen bas sebentar tadi.
Belum sempat Hasya menjerit, tiba-tiba sehelai sapu tangan yang telah diletakkan cecair kloroform ditekupkan ke mulut dan hidungnya.
YOU ARE READING
HASYA ✅
RomanceBerkahwin dengan duda anak satu??? Ya. Itulah keputusan yang dibuat oleh Hasya Fathini setelah dilamar oleh seorang duda anak satu, Alfi Hareez demi keinginan seorang kanak-kanak yatim yang merindui belaian manja dari seorang ibu. Nyatanya, Hasya t...