HASYA #19

28.1K 623 6
                                    

"Kenapa kau tak tolong mama dekat dapur?"

Soal Alfi dalam nada tegas sebaik saja mereka masuk ke bilik. Wajahnya kelihatan sangat serius.

"Maafkan saya."

Hasya tunduk.

Alfi memandang tajam ke arah isterinya.

"Aku bukan nak dengar kata maaf dari kau! Aku nak tau kenapa kau tak tolong mama? Kenapa kau biarkan mama buat kerja dapur sorang-sorang? Kau memang suka kan mama bising-bising macam tadi?!"

Bentak Alfi sambil mencengkam rahang Hasya. Air mata Hasya sudah mengalir apabila dijerkah begitu.

"S-saya dah c-cuba nak to-long t-ttapi ma-ma tak bb-bagi."

Jawab Hasya sambil teresak-esak. Sesungguhnya rahangnya terasa sakit apabila dicengkam kuat oleh suaminya. Alfi melepaskan cengkaman tangannya dari rahang isterinya setelah mendemgar jawapan Hasya. Rambutnya diraup kasar. Dia sedar dalam situasi begini dia perlu bertindak dengan bijak.

"M--mmaafkan saya..."

Lirih suara Hasya. Alfi dapat lihat kesan merah di pipi isterinya. Dia menghela nafas perlahan. Terus dibawa tubuh Hasya ke dalam dakapannya.

"Dah jangan nangis. Aku mintak maaf sebab marah kau. Aku serabut."

Alfi mengusap-usap rambut panjang isterinya. Makin galak tangisan Hasya apabila Alfi cuba memujuknya.

Pelukan dileraikan. Mata mereka saling bertatapan. Alfi mengesat air mata yang membasahi pipi isterinya dengan hujung jarinya.

"Kau isteri aku. Dia mama aku. Dua-dua tanggungjawab aku. Aku tak suka tengok keadaan macam ni."

Bisik Alfi perlahan.

"Kau bolehkan tolong aku tawan hati mama aku? Tolong buat dia boleh terima kau. Sayang kau macam mana dia sayangkan arwah Mira. Bolehkan?"

Ujar Alfi bersungguh-sungguh. Perlahan-lahan Hasya mengangguk. Kali ini dia nekad bahawa dia perlu memenangi hati ibu mertuanya.

"Awak tolong saya ye?"

Pinta Hasya penuh pengharapan. Dia sangat berharap bahawa suaminya akan membantunya dalam misi memenangi hati ibu mertuanya. Alfi mengangguk.

"Aku yakin yang kau mampu lembutkan hati mama."

Ujar Alfi bersungguh-sungguh. Kedua-dua belah tangan Hasya dicapai dan digenggam erat.

"Saya akan kuat kalau awak sentiasa support saya. Saya perlukan sokongan awak, Alfi."

Alfi mengangguk lalu sekali lagi dia membawa tubuh Hasya ke dalam pelukannya. Hasya hanya merelakan kerana dia berasa selesa berada dalam pelukan hangat suaminya. Dapat didengari detak jantung Alfi yang berdegup kencang.

"Boleh aku mintak sesuatu dari kau?"

Alfi bersuara setelah pelukan dileraikan. Direnung wajah isterinya dengan penuh pengharapan.

"Apa dia?"

"Tolong bertahan demi Elyna. Dia perlukan kau."

'Aku pun perlukan kau.' Namun kata-kata itu hanya terluah di dalam hatinya saja.

"Janji dengan aku?"

Pinta Alfi penuh pengharapan.

Hasya senyum lalu mengangguk.

"Awak tak perlu risau. Saya janji, Alfi. Lagipun saya dah anggap Elyna macam anak saya sendiri."

Janji Hasya.

HASYA ✅Where stories live. Discover now