HASYA #65

15.4K 440 16
                                    

"Sya? Ya Allah! Sya macam mana sampai boleh jadi macam ni?"

Suria kelihatan risau melihat keadaan sahabat baiknya itu. Suria membawa Hasya dalam pelukannya. Alfi dan Kamal sekadar memerhati.

"Awak ni siapa ye?"

Soal Hasya sebaik saja pelukan dirungkaikan. Suria terkejut dengan pertanyaan Hasya.

"Sya... Ni Su. Suria kawan Sya. Sya tak kenal Su ke?"

Soal Suria panik. Hasya menggeleng.

"Ka-wan? Kawan? Hasya takda kawan. Hasya ada Alya je."

Ujar Hasya sambil memeluk 'bayi'nya.

Suria mengalihkan pandangannya ke arah Alfi.

"Dah berapa lama Sya jadi macam ni, Alfi?"

Soal Suria.

"Seminggu."

Jawab Alfi sepatah.

"Ya Allah... Kenapa tak bagitahu saya? Sya... Maafkan Su ye? Su tak tahu Sya sakit macam ni."

Ujar Suria sambil mengusap wajah Hasya.

"Saya taknak susahkan sesiapa, Su. Saya ingatkan Hasya cuma tertekan dengan kehilangan anak kami tapi makin hari saya tengok keadaan dia makin teruk. Dia dah tak kenal sesiapa. Suami dia sendiri pun dia dah tak kenal. Dia hidup dengan 'dunia' dia. Itu sebab saya panggil awak dan Kamal ke sini. Mungkin awak boleh buat sesuatu untuk bantu dia pulih semula."

Terang Alfi.

"Bro, jomlah kita sembang kat luar. Biar diorang berdua kat sini."

Ajak Kamal.

"So, macam mana dengan kes Badrul? Ada apa-apa perkembangan?"

Soal Kamal sebaik saja dia dan Alfi melabuhkan punggung di kerusi di beranda rumah.

Alfi sekadar mengangkat bahu.

"Aku malas nak ambik tahu pasal pembunuh tu, Mal. Biar pihak polis bua kerja diorang. Masalah aku tak selesai lagi. Dengan keadaan Hasya macam tu. Aku serabut, Mal. Aku serabut."

Alfi menguak rambutnya ke belakang.

"Sabar, bro. Ni semua dugaan untuk korang berdua. Kau dah bawak Hasya jumpa doktor?"

Alfi mengangguk.

"Apa kata doktor?"

Soal Kamal. Alfi menghela nafas perlahan lalu dia menceritakan keadaan isterinya kepada Kamal.


***



"How are you, Hasya?"

Soal Doktor Arina ramah. Doktor Arina merupakan doktor yang merawat Hasya selama tempoh tiga bulan ini. Doktor Arina juga merupakan salah seorang rakan Alfi.

Hasya tidak menjawab pertanyaan Doktor Arina sebaliknya dia sibuk memerhati keadaan sekeliling bilik itu.

"Arin, how's my wife? Ada harapan ke untuk dia sembuh macam dulu?"

Soal Alfi yang duduk di sebelah isterinya.

"In sha Allah, Al. Kita perlu banyak berdoa. I yakin yang wife you ni seorang yang kuat dan cekal."

Ujar Doktor Arina.

"Hasya dah makan?"

Soal Doktor Arina sambil tersenyum. Hasya sekadar memerhati wanita di hadapannya itu.

"Cantik..."

Ujar Hasya tiba-tiba.

"Apa yang cantik, Hasya?"

Soal Doktor Arin ramah.

"Awak. Awak cantik. Mesti ramai lelaki sukakan awak. Dia. Dia pun mesti suka kat awak."

Ujar Hasya sambil menunjuk ke arah Alfi.

Doktor Arina tersenyum.

"You lebih cantik, Hasya. Dan lelaki di sebelah you tu adalah suami you. Dia tak suka I pun sebab I dah kahwin."

Seloroh Doktor Arina.

"Su-a-mi?"

Soal Hasya.

Doktor Arina mengangguk.

"Yeahh... Your love, your heart, your soul... He's your everything, Hasya..."

Ujar Doktor Arina. Terkebil-kebil mata Hasya memandang Doktor Arina dan Alfi silih berganti.

Tiba-tiba, telefon bimbit Alfi berbunyi.

"Excuse me, Arin. I jawab call dulu."

Doktor Arina mengangguk lalu Alfi terus beredar dari bilik itu untuk menjawab panggilan telefon.

"Hasya dah makan? You tak jawab lagi soalan I tadi."

Hasya sekadar memerhati wanita di hadapannya itu.

"You dah habis makan ubat yang I beri? Kalau dah, nanti I bekalkan ubat yang baru."

Doktor Arina masih tidak berputus asa mengajak Hasya berbual.

Tiba-tiba, Hasya memegang tangan Doktor Arina.

"Doktor Arina..."

Panggil Hasya perlahan.

"What did you say just now?"

Soal Doktor Arina kepada Hasya.

"Doktor Arina... Saya dah tak sakit. Saya dah tak perlukan ubat-ubat tu semua."

Ujar Hasya serius. Doktor Arina memandang Hasya dengan pandangan yang tidak percaya.

"When? Bila awak sedar yang awak dah sembuh Hasya?"

Soal Doktor Arina.

"Saya boleh jawab soalan doktor ni tapi boleh doktor janji jangan dengan saya bagitahu suami saya?"

Pinta Hasya.

"But why? Why Hasya? He need to know about you. He's your husband."

Hasya menggenggam tangan Doktor Arina.

"Please, doc. Saya merayu. Ada sebab kenapa saya terpaksa rahsiakan semua ni. Tolong, doktor. Janji dengan saya yang doktor takkan bagitahu suami saya pasal hal ni?"

Rayu Hasya lagi. Doktor Arina tidak sampai hati melihat Hasya merayu begitu.

"Okay, Hasya. I promise you but you need to tell me everything, okay?"

Hasya mengangguk.

"Doktor boleh datang ke rumah saya, esok? Saya akan ceritakan segalanya pada doktor. Saya percayakan doktor."

Doktor Arina mengangguk.

Alfi masuk semula ke dalam bilik rawatan Doktor Arina. Dia melabuhkan punggungnya di sebelah isterinya. Hasya terus memeluk erat lengan suaminya.

Alfi yang terkejut dengan tindakan isterinya segera memandang Doktor Arina.

"I told her that you is her husband and I think she will to accept my word."

Ujar Doktor Arina sebelum sempat Alfi bertanya. Doktor Arina memandang tepat ke dalam mata Hasya sebagai isyarat bahawa dia akan menjaga rahsia wanita itu. Hasya menguntum senyuman kepada Doktor Arina sebagai tanda terima kasih sebaliknya Alfi turut membalas pelukan isterinya. Dia sangat bersyukur kerana sekurang-kurangnya isterinya sudah menunjukkan perkembangan yang positif. Itulah yang bermain-main di minda Alfi.


***





HASYA ✅Where stories live. Discover now