HASYA #33

17.4K 406 5
                                    

Hasya terjaga dari tidurnya saat tekaknya terasa mual. Waktu itu jam baru menunjukkan pukul lima pagi. Dikerling sekilas ke arah suaminya yang sedang lena sambil memeluk pinggangnya. Hasya mengalihkan tangan suaminya perlahan-lahan agar tidak mengganggu lena si suami. Diurut-urut tekaknya dengan harapan rasa mual itu hilang namun hampa.

Langkah dibawa menuju ke bilik air apabila tekaknya terasa kembang. Segala isi dimuntahkan di dalam sinki di bilik air. Terbatuk-batuk Hasya menahan perit dan mual di tekaknya.

Alfi terjaga saat terdengar bunyi bising dari dalam bilik air. Diraba katil di sebelahnya namun isterinya tiada si sisinya. Terpisat-pisat mata Alfi menahan ngantuk. Dia bangun dari katil untuk mendapatkan isterinya di dalam bilik air.

"Sayang? Sayang okay tak ni?"

Alfi bersuara sambil mengetuk pintu bilik air. Hasya membersihkan mulutnya sebelum bersuara.

"Okay. Sayang okay."

Balas Hasya lemah. Sejurus itu, tekaknya terasa mual kembali.

"Sayang bukak pintu ni. Kenapa macam teruk sangat tu sayang muntah?"

Soal Alfi cemas dari luar pintu bilik air. Pintu bilik air diketuk berkali-kali sehingga isterinya membuka kunci dari dalam. Terus dia mendapatkan tubuh isterinya yang lemah itu. Dipapah tubuh isterinya menuju ke katil.

"Sayang okay tak ni? Pucat sangat muka sayang ni. Kita pergi klinik nak?"

Ujar Alfi sebaik saja dia membaringkan tubuh isterinya di atas katil. Hasya menggeleng.

"Tak nak. Sayang tak nak pergi klinik. Sikit aje ni. Kejap lagi okay la ni."

Alfi akur. Faham sangat dengan keengganan isterinya apabila diajak ke klinik mahupun hospital untuk mendapatkan rawatan.

"Ye lah. Sayang ada rasa sakit kat mana-mana tak?"

Soal Alfi penuh prihatin.

"Kepala ni rasa berdenyut-denyut."

Ujar Hasya sambil memicit-micit kepalanya. Alfi mengalihkan tangan isterinya lalu dia menggantikan dengan tangannya memicit kepala isterinya.

"Sayang tidur dulu. Nanti subuh abang kejutkan sayang."

Hasya mengangguk lalu matanya kembali dipejamkan perlahan-lahan menikmati urutan suaminya di kepala.

***

Sudah hampir seminggu Hasya mengalami mual-mual. Setiap jam lima pagi pasti dia akan terjaga untuk memuntahkan segala isi di dalam perutnya dan sepanjang tempoh itu juga Alfi berjaga dari jam lima pagi hingga ke subuh demi isterinya.

Hari itu, sekitar jam tiga pagi Hasya terjaga. Kali ini tekaknya tidak terasa mual seperti selalu sebaliknya tekaknya terasa kering kerana dahaga. Dia menoleh ke sisinya untuk melihat suaminya namun suaminya tiada di atas katil seperti biasa. Hasya berasa pelik. Ke mana perginya Alfi awal-awal pagi begini? Nak kata ke bilik air, dilihat bilik air kosong. Tiada tanda-tanda bahawa suaminya berada di situ.

Sedang Hasya leka berfikir ke mana perginya suaminya, tiba-tiba pintu biliknya dikuak dari luar. Terjengul wajah suaminya di muka pintu.

Alfi yang pelik melihat isterinya sudah bangun dari tidur itu terus menerpa ke arah isterinya.

"Sayang? Kenapa? Ada rasa mual-mual ke?"

Soal Alfi sebaik saja dia melabuhkan punggungnya di sebelah isterinya. Hasya menggeleng.

"Dah tu kenapa bangun? Nak pergi toilet? Sini abang bawakkan."

Hasya tetap menggeleng. Dia memandang suaminya dengan wajah yang pelik.

"Abang pergi mana?"

Soal Hasya tiba-tiba dengan suara yang serak basah. Raut wajah Alfi kelihatan berubah lalu dia cepat-cepat mengukirkan senyuman manis buat isterinya.

"Abang pergi dapur, sayang. Haus tekak ni."

Hasya mengangguk-angguk lalu dia terus bangun dari katil namun Alfi sempat menahan isterinya.

"Ehh? Sayang nak pergi mana? Kata tadi tak nak pergi toilet?"

Soal Alfi pelik. Hairan dia dengan isterinya pagi itu.

"Nak pergi dapur. Haus."

Jawab Hasya.

"Alala... Sian sayang abang ni haus. Sayang stay sini kejap biar abang pergi turun bawah ambikkan air untuk sayang. Tunggu tau?"

Ujar Alfi lalu bangun dari katil. Sempat dia menghadiahkan sebuah kucupan di dahi isterinya. Hasya memandang susuk tubuh suaminya sehingga hilang dari pandangannya.

Beberapa minit kemudian, Alfi masuk ke bilik tidur mereka sambil memegang sebotol air mineral besar dan segelas cawan. Dituangkan air mineral itu ke dalam gelas untuk isterinya.

"Minum, sayang."

Ujar Alfi sambil menghulur gelas kepada isterinya. Hasya menyambut gelas itu lalu diteguk air itu sehingga tinggal separuh.

"Thanks, abang."

Hasya menghulurkan gelas itu kepada suaminya.

"Most welcome, dear."

Kemudian, Hasya membaringkan tubuhnya. Alfi menyelimutkan tubuh isterinya lalu dia turut berbaring di sisi isterinya.

"Sweet dream, my dear. I love you so much."

Alfi menghadiahkan sebuah kucupan di kening isterinya lalu dibawa tubuh isterinya ke dalam pelukannya.

***






HASYA ✅Where stories live. Discover now