HASYA #38

15.4K 354 5
                                    

"Mama..."

"Mama..."

Elyna menggerakkan tubuh Hasya yang sedang tidur lena itu.

"Mama..."

Hasya tersedar. Terkedip-kedip matanya memandang sekeliling. Kepalanya terasa berat.

"Mama..."

Pandangannya dijatuhkan kepada wajah comel Elyna.

"Ely sayang..."

Hasya memegang kepalanya yang berdenyut-denyut. Saat dia mahu menyelak selimut yang membaluti tubuhnya, dia terpana apabila melihat tubuhnya hanya dibaluti oleh pakaian dalamnya sahaja. Baju yang dipakai pada malam tadi entah hilang ke mana.

"Err... Sayang... Ely tunggu dekat bawah dulu ye? Kejap lagi mama turun mama hantar Ely pergi sekolah."

Tanpa banyak soal, Elyna terus mengangguk dan berlalu meninggalkan Hasya.

Hasya termangu seketika cuba mengingati apa yang telah terjadi pada malam tadi.

***

Selepas pulang dari menghantar Elyna ke taska, Hasya mencari-cari handphonenya di dalam bilik.

Tiba-tiba, kaki Hasya tersepak sesuatu di atas karpet di biliknya.

"Macam mana handphone ni boleh ada kat bawah ni?"

Terus dicapai objek yang dicari-carinya itu. Apabila dia membuka handphonenya, terdapat 40 missed call. Semuanya daripada suaminya. Tanpa berlengah, terus dia mendail nombor telefon suaminya.

"Hel--"

Belum sempat Hasya menghabiskan kata-katanya, suaminya terus memotong.

"Sayang! Mana sayang pergi ni? Abang call banyak kali asyik masuk voice mail je. Sayang ok tak?"

Suara Alfi cemas di hujung talian. Hasya memicit-micit kepalanya yang masih berdenyut.

"Sorry, abang. Phone sayang jatuh. Ni sayang baru lepas hantar Ely ke taska."

Lemah suara Hasya.

"Sayang ok tak ni? Kenapa lain macam je suara sayang ni?"

"Ok. Sayang ok. Ni abang balik bila?"

"Petang ni abang gerak kalau takde apa-apa halangan. Kerja semua dah settle. Sayang betul tak apa-apa ni?"

"Betul. Im ok. Abang jangan risau. Sayang tunggu abang balik tau?"

"Ye la... Jaga diri baik-baik. I love you."

"I love you too. Assalamualaikum."

Setelah Alfi menjawab salam, Hasya mematikan talian. Tubuhnya direbahkan di atas katil. Perutnya yang semakin membukit itu diusap perlahan-lahan.

***

Badrul ketawa berdekah-dekah sambil memegang beberapa keping gambar yang baru dicucinya sebentar tadi.

"Aku akan jadikan gambar-gambar ni sebagai senjata untuk ugut si Hasya tu. Hahahahahaha!!!"

Ketawanya terhenti apabila melihat wajah Kamal yang seperti tidak berpuas hati itu.

"Woi! Kau ni apahal?"

Kamal menjeling ke arah Badrul.

"Kau patutnya happy sebab kejap lagi kita akan jadi orang kaya baru! Hahahahahah!"

"Aku tak puas hati dengan kau!"

Kamal bangun lalu menolak tubuh Badrul hingga tubuh Badrul terdorong ke belakang.

"Apahal kau ni main tolak-tolak ni?!"

"Kau tu yang apahal?! Malam tadi tu peluang untuk aku ratah tubuh Hasya! Yang kau halang aku apahal?!"

Keras suara Kamal. Memang dia tidak berpuas hati dengan Badrul yang menghalangnya untuk merogol Hasya setelah gambar-gambar panasnya bersama Hasya diambil oleh Badrul pada malam tadi.

Badrul tersenyum sinis.

"Kau ni bodoh ke, Mal? Dah sah-sah si Hasya tu tengah mengandung. Kau sendiri nampak kan perut dia memboyot tu? Kau selera ke nak main dengan perempuan mengandung? Aku tengok pun tak selera!  Kalau dia tak mengandung tu lain cerita la. Apa yang penting gambar-gambar ni. Faham? Kau nak duit tak?"

Badrul cuba memancing Kamal.

"Gila tak nak?!"

"Kalau nak, kau ikut je plan aku. Kalau kau  banyak duit nanti, bukan setakat Hasya, banyak lagi ayam dara lain yang kau boleh rasa. Aku rasa masa tu, dengan Hasya pun kau tak berselera. Maklumlah, dah jadi bekas orang. Hahahahaha!"

***








HASYA ✅Where stories live. Discover now