HASYA #45

16.9K 422 12
                                    

"Sya, sorry kalau Su tanya ni?"

Hasya menjongketkan keningnya memandang Suria. Pinggan yang telah kosong itu ditolak ke tepi.

"Tanya apa?"
Soal Hasya.

"Err... Betul ke Sya lari dari kampung sebab Sya mengandungkan anak Kamal?"

Hasya terpempam setelah mendengar soalan Suria.

'Ya Allah, dugaan apa lagi ni?'

Melihat kebisuan Hasya, Suria berasa serba salah. Mungkin tidak sepatutnya dia bertanya hal yang sensitif itu kepada sahabatnya lagi-lagi dia baru saja bertemu semula dengan Hasya.

"Sorry, sorry Sya. Su tak sepatutnya tanya soalan macam tu. Apa la Su ni... Maafkan Su ye?"

Bersungguh-sungguh Suria memohon maaf sambil menggenggam erat tangan Hasya. Hasya tersentak apabila terasa tangannya digenggam. Dalam fikirannya, banyak soalan yang berlegar-legar.

"Kenapa Su cakap Sya mengandung anak Kamal?"

Soal Hasya ingin tahu. Meskipun dia terkejut dengan soalan Suria tadi, namun dia yakin bahawa sahabatnya itu pasti mengetahui sesuatu.

Suria memandang ke kiri dan ke kanan lalu dipandang semula wajah Hasya.

"Su rasa macam tak sesuai kita nak cakap hal ni dekat sini. Apa kata kita balik dulu? Sya mesti penat kan bawak baby dalam perut tu ke hulu ke hilir seharian ni? Nanti kat rumah kita sembang panjang."

Betul juga apa yang dikatakan oleh Suria itu. Tempat begini tidak sesuai bagi mereka untuk berbincang mengenai hal itu. Perlahan-lahan Hasya mengangguk meskipun banyak persoalan yang bermain di mindanya kini.

***

"Papa... Mana mama?"

Buat kesekian kalinya Alfi tersentak apabila sedari tadi lagi anaknya itu bertanyakan Hasya semasa mereka bersarapan bersama-sama.

"Hari ni papa hantar Ely pergi taska ye?"

Ujar Alfi tanpa membalas pertanyaan anaknya itu.

"Kenapa mama tak hantar Ely? Ely tak nampak mama pun, pa?"

Mata Elyna meliar memerhati di setiap ceruk di rumah itu namun kelibat mamanya langsung tidak ditemui.

"Mama tak sihat. Ely jangan kacau mama ye, sayang?"

Bohong Alfi.

"Tapi, rambut Ely siapa nak ikatkan?"

Alfi memerhati rambut panjang anaknya yang masih lepas tidak berikat itu.

"Nanti papa ikatkan."

Elyna menggeleng.

"Tak nak. Papa ikat tak cantik. Ely nak pergi dekat mama. Ely nak suruh mama ikatkan rambut Ely."

Elyna sudah berura-ura untuk menaiki tangga untuk ke bilik Alfi.

"Elyna!"

Alfi tidak sempat menghalang anaknya lalu dia terus membuntuti anaknya itu.

Elyna mencari-cari kelibat Hasya di sekitar bilik itu. Matanya meliar memerhati sekeliling bilik yang tidak berpenghuni itu.

"Mama?"

Elyna melihat pula ke dalam bilik air namun mamanya tetap juga tidak kelihatan di situ.

"Ely..."

Elyna menoleh ke arah papanya.

"Pa, mama mana?"

Alfi duduk berlutut berhadapan dengan anaknya bagi menyamai ketinggian mereka.

"Ely sayang... Dengar apa yang papa nak cakap ni."

Alfi menarik nafas panjang sebelum menghelanya perlahan. Dia perlu menjelaskan perkara sebenar kepada anaknya itu. Pipi gebu Elyna dielus penuh kasih.

"Mulai hari ni, Ely cuma ada papa dengan tok ma je. Papa yang akan jaga Ely, sayang."

"Mama?"

Alfi menggeleng.

"Mama dah tinggalkan kita. Mama dah tak sayang papa, tak sayang Ely lagi. Mulai hari ni, kita mulakan hidup baru ye sayang? Without mama."

Tutur Alfi lembut.

"No! Ely nak mama! Mama! Mama kat mana?! Ely nak mama!"

Elyna meraung memanggil mamanya sehingga Alfi terpaksa memeluk anaknya itu. Elyna meronta-ronta dalam tangisannya yang tersedu sedan itu.

"Mama! Mama!"

Elyna meronta lagi.

"Ely jangan macam ni sayang."

Pujuk Alfi.

"Pa-pa. Ke-na-pa ma-ma ting-gal-kan E-ly? E-ly  jan-ji tak na-kal la-gi. E-ly nak ma-ma."

Ujar Elyna tersedu-sedan.

***







HASYA ✅Where stories live. Discover now