HASYA #6

26.2K 847 30
                                    

Hasya tertidur di belakang pintu setelah puas menangisi nasibnya. Terdapat kesan bekas air mata yang telah mengering di pipi mulusnya.

Bunyi gugusan kunci yang berlaga dari luar bilik menyentakkan Hasya yang sedang lena. Cepat-cepat dia bangun dari situ. Pintu bilik dibuka. Terjengul wajah bengis abang tirinya, Badrul.

"Apahal kau tak siap lagi? Kau nak mampus ke?!"

Mencerlung matanya memandang Hasya yang masih belum menukar pakaian yang dibelinya tadi.

"Aku tak nak. Baju tu seksi sangat. Kau pun tau kan aku memang tak pakai baju macam tu. Badrul, tolonglah... Aku merayu... Tolong lepaskan aku."

"Jangan sampai aku pecahkan muka kau baru kau nak dengar cakap aku! Aku bagi kau masa sepuluh minit. Bapak ayam tu dah tunggu dekat luar. Kau jangan buat pasal ye?! Mampus kau aku kerjakan nanti!"

Pintu ditutup. Hasya tersandar di dinding.

'Ya Allah, kan bagus kalau malam tu aku mati je. Apa hikmah di sebalik semua kejadian ni, Ya Allah? Aku mohon perlindunganMu ya Allah.'

Hasya merintih di dalam hati. Perlahan-lahan dia mengutip dress merah yang telah dicampakkannya sebentar tadi. Sekali lagi dia memandang dress itu. Sebentar lagi, kehidupannya akan berubah 360 darjah. Selepas ini, hidupnya mungkin tak ubah seperti perempuan murahan atau lebih tepat lagi PELACUR!

Hasya memejamkan matanya. Air matanya mengalir lagi. Hari ini sudah terlalu banyak air matanya tumpah. Matanya juga kelihatan sedikit sembap. Hasya terus menukar pakaiannya dengan dress yang dibeli oleh Badrul sebentar tadi.

***


"Hasya, aku dah jual kau dekat Rembo. Kau boleh ikut dia lepas ni."

Hasya memandang jijik lelaki botak yang berada di hadapannya. Sedari tadi dia perasan yang mata lelaki itu meliar memandang setiap inci tubuhnya yang terdedah hampir lima puluh peratus itu.

"Aku akan pastikan yang kau akan menyesal sebab buat aku macam ni, Badrul. Kau pun sama Kamal."

Kata Hasya tegas namun mereka berdua tidak mempedulikan amaran Hasya. Mereka sibuk mencium-cium bau duit yang baru mereka terima sebentar tadi.

"Confirm eh ni ayam dara?"

Rembo bersuara.

"Confirm, bro! Gua simpan khas untuk lu. Fresh dari ladang!"

Mereka bertiga ketawa serentak membuatkan hati Hasya bertambah sakit.

"Jom, sayang. Malam ni kau kena layan aku."

Tangan Hasya ditarik untuk meninggalkan rumah puaka itu. Hatinya menjerit menyumpah seranah ketiga-tiga lelaki setan di hadapannya sekarang.

Rembo dan Hasya masuk ke dalam kereta. Nampaknya Rembo bukan orang sembarangan. Kereta Audi miliknya meluncur laju meninggalkan kedua-dua mangkuk ayun yang tak berguna itu.

Di dalam kereta, tangan Rembo menjalar di peha Hasya yang terdedah.

"Bawak je la kereta tu. Kenapa nak pegang-pegang?"

Marah Hasya. Tangan Rembo ditepis kasar oleh Hasya membuatkan Rembo tergelak kecil.

"Garang... I like."

Hasya mencebik.

"Kau nak bawak aku pergi mana?"

Soal Hasya dingin.

"Ke syurga lah, sayaaaang..."

Hasya hanya diam. Dia perlu memikirkan sesuatu untuk melepaskan diri. Dia tidak sanggup untuk dijadikan pemuas nafsu serakah jantan tak guna di sebelahnya ini.

"Sekarang, kau milik aku. Aku dah beli kau dengan harga lima puluh ribu ringgit. Aku nak kau layan aku sorang je. Bila aku mintak, kau kena bagi."

Hasya menepis tangan Rembo yang cuba untuk mencuit dagunya.

"Bukan ke kau ni bapak ayam?"

Hasya menyoal Rembo.

"Siapa cakap aku bapak ayam?"

"Badrul. Dia cakap dia nak jual aku kat bapak ayam. Then, aku akan dijadikan pelacur. Betul ke?"

"Celaka punya Badrul. Ada ke patut dia cakap aku bapak ayam? Huh! Dont worry, sayang. Kau kena layan aku sorang je."

Rembo memandang sekilas ke arah Hasya sambil mengenyitkan sebelah matanya.

Sedikit sebanyak Hasya berasa lega kerana dia bukan bersama-sama dengan bapak ayam seperti yang didakwa oleh Badrul. Tak guna punya Badrul!

"Kenapa kau beli aku eh? Abang aku takde cakap apa-apa ke dengan kau pasal aku sebelum dia jual aku kat kau?"

Rembo memandang sekilas ke arah Hasya sebelum meneruskan pemanduannya.

"Asal? Jangan cakap dekay aku yang kau dah tak virgin? Sebab aku memang tak main dengan bekas orang."

Hasya tersenyum sinis. Kini, dia tahu apa yang perlu dia lakukan.

"Sorry kalau aku cakap tapi kenapa kau bodoh sangat eh? Asal kau percaya semua kata-kata abang aku? Virgin? Huh! Of course I'm not. Kau tengok cara aku berpakaian ada nampak macam orang kampung? Takkan? Aku dah layan berpuluh-puluh ekor jantan kat luar sana. Sia-sia je duit lima puluh ribu kau. Better kau lepaskan aku dan pergi ambik balik duit kau sebelum diorang buat joli duit tu."

Rembo memberhentikan kenderaannya di tepi jalan secara tiba-tiba. Jalan itu kelihatan agak sunyi dan lengang kerana jam telah menunjukkan pukul 11 malam.

"Kau nak main-mainkan aku ke ni?"

Rembo mendekatkan dirinya dengan Hasya. Jarak mereka hanya beberapa inci saja.

"M- mana ada. Aku cakap benda betul. Kalau kau tak percaya, aku boleh buktikan."

Ujar Hasya dengan beraninya. Dia tidak tahu dari mana datangnya kekuatan untuk bercakap seperti itu.

"Sial!"

Rembo menghentak stereng keretanya.

"Kau berambus sekarang dari kereta aku!"

Bagai pucuk dicita ulam mendatang. Hasya dengan senang hatinya keluar dari perut kereta mewah itu. Selepas itu, kereta itu terus meluncur laju meninggalan Hasya sendirian di kawasan yang sunyi dan sepi itu. Dia tidak menyangka bahawa dress seksi yang dicampaknya tadi kini telah menyelamatkan dia dari Rembo.

"Ya Allah, Alhamdulillah. Aku bersyukur kerana Engkau telah menyelamatkan aku daripada lelaki durjana itu."

Hasya melutut di tepi jalan itu sambil menadah tangan tanda kesyukuran. Tiba-tiba, hujan turun dengan sangat lebat. Hasya tidak mempedulikan ssmua itu. Dia tetap memandang langit yang hitam pekat yang memuntahkan air hujan membasahi bumi.


***



Merepek ke cerita HASYA ni? Takde komen pun? Like pun kurang... Uhuk 😣😣😣




HASYA ✅Where stories live. Discover now