HASYA #63

15.8K 425 15
                                    

"Sayang?"

Alfi mencari-cari kelibat isterinya.

"Sayang kat mana?"

Puas dicari namun kelibat isterinya masih belum ditemui. Di ruang tamu tiada, di dapur tiada, di dalam bilik pun tiada.

Tiba-tiba, Alfi terdengar suara isterinya menangis. Suara itu datangnya dari dalam almari pakaian mereka. Alfi menarik pintu almari. Terkejut dia apabila melihat isterinya sedang menyorok di dalam almari pakain dengan keadaan tangannya yang menggigil.

"Ya Allah! Sayang buat apa dekat situ? Mari keluar."

Alfi menggamit isterinya namun Hasya masih kaku di situ.

"Sayang? Hey... Sayang okay tak ni?"

Soal Alfi risau. Hasya menggeleng-geleng.

"Le-lelaki tu--- lelaki tu nak bunuh Sya!"

Hasya menutup mukanya dengan kedua-dua belah tangannya.

"Takde sesiapa kat sini, sayang. Cuma kita berdua je. Mari keluar."

Ujar Alfi.
Hasya tetap menggeleng.

"Takde orang nak bunuh sayang. Takde orang nak sakiti sayang. Sayang selamat dengan abang kat sini."

Pujuk Alfi.

"Sayang keluar dari sini dulu ye?"

Alfi mendukung isterinya keluar dari dalam almari pakaian mereka lalu didudukkan isterinya di atas katil. Berpeluh-peluh wajah Hasya.

Hasya terus memeluk erat tubuh suaminya.

"Sya takut! Sya takut! Orang jahat tu---"

Alfi mengusap perlahan belakang tubuh isterinya.

"Shhh... Shhh... Takde orang jahat kat sini, sayang. Sayang selamat dengan abang..."

Pujuk Alfi.


***

"Abang!"

"Abang!"

"Abang!"

Alfi bergegas ke bilik tidur mereka apabila terdengar suara isterinya menjerit memanggilnya. Kelihatan Hasya sedang tercari-cari sesuatu.

"Sayang..."

Alfi menegur isterinya. Pintu bilik ditutup.

"Sayang cari apa?"

Soal Alfi.

"Ada nampak Alya tak?"

Alfi mengerutkan dahinya memandang Hasya.

"Sayang?"

"Ada nampak Alya tak? Puas Sya cari tapi tak jumpa. Bawah katil takde. Dalam toilet pun takde."

Hasya menyoal lagi. Dia membongkokkan sedikit badannya untuk melihat ke bawah katil. Alfi memerhati setiap gerak laku isterinya dengan perasaan tertanya-tanya.

"Haaa!!! Mesti ada dekat dalam almari!"

Hasya berteriak. Terus dibuka pintu almari pakaian mereka satu persatu.

"Sayang? Sayang dah lupa ke apa yang jadi?"

Alfi menyentuh perlahan bahu isterinya.

"Ish! Jangan kacau la. Sya nak cari Alya ni."

Hasya menepis tangan suaminya.

"Mana anak mama ni, sayang? Alya kat mana?"

Suara Hasya.

"Sayang?  Sayang merepek apa ni? Anak kita dah takde, sayang. Alya dah meninggal dua hari lepas. Dont you remember?"

Soal Alfi cemas. Risau dia melihat perubahan isterinya itu.

Tiba-tiba Hasya menangis.

"Alya!"

"Alya!"

"Alya!"

Hasya terus keluar dari bilik tidur mereka.
Alfi mengejar isterinya.

"Alya! Anak mama! Alya kat mana, sayang?!"

Teriak Hasya.

Dia menapak masuk ke dalam bilik arwah Elyna. Matanya terarah kepada sebuah anak patung di atas katil lantas kakinya menuju ke arah katil itu.

Hasya mengambil anak patung itu lalu didodoikan seperti bayi.

"Jumpa pun anak mama ni. Alya main dengan Kak Ely ye? Patut la mama panggil tak menyahut."

Hasya mencium-cium wajah anak patung yang disangka bayinya itu. Dia mengagah-agah 'bayi'nya.

Alfi bergegas masuk ke dalam bilik Elyna apabila terdengar suara isterinya ketawa.

"Sayang..."

Hasya menoleh ke arah suaminya.

"Abang tengok la ni. Sya dah jumpa anak kita. Dia main dengan kakak dia rupanya."

Alfi tersandar di dinding apabila melihat kelakuan isterinya itu.

'Ya Allah! Apa yang dah jadi ni?'

***


"Isteri saya kenapa, doktor?"

Soal Alfi kepada seorang doktor wanita yang duduk di hadapannya yang memakai tag nama 'Arisa'.

"Berat hati saya nak beritahu Encik Alfi tapi awak perlu tahu keadaan isteri awak."

"Apa masalahnya, doktor? Isteri saya sakit apa?"

Soal Alfi lagi.

Doktor Arisa menghela nafas perlahan.

"Hasil pemeriksaan awal saya terhadap Puan Hasya, isteri awak didapati menghidap penyakit 'Schizophrenia'."

Alfi mengerutkan dahinya.

"Apa tu, doktor?"

Soal Alfi.

"Begini, Encik Alfi. Schizophrenia adalah nama yang diberi kepada sekumpulan penyakit jiwa di mana terdapat gangguan dalam perasaan, pemikiran dan tingkah-laku seseorang itu. Ia adalah penyakit yang menyebabkan kehilangan upaya dan gangguan emosi terhadap kehidupan seharian seseorang itu."

Terang Doktor Arisa.

Alfi tersandar di kerusi.

"Tak mungkin. Doktor mesti tersilap. Tak mungkin isteri saya---"

Alfi menggeleng-geleng. Dia meraup wajahnya berkali-kali.

"Kelakuan yang pelik dan ganjil, bercakap atau ketawa seorang diri, cuai dengan rupa dan kesihatan diri, gangguan tidur malam, pertuturan sukar diikuti, sangkaan palsu yang orang-orang lain akan mencederanya atau mengawal dirinya, berkeliaran, cuai tentang kerjanya dan lain-lain merupakan ciri-ciri pesakit yang menghidap penyakit 'Schizophrenia'. Beberapa ciri yang saya sebutkan sebentar tadi terjadi pada diri isteri Encik Alfi."

Terang Doktor Arisa lagi bagi mengukuhkan kenyataannya.

"Seperti yang Encik Alfi bagitahu saya tadi, Encik dan isteri baru saja kehilangan bayi. Kemungkinan besar itu adalah faktornya."

Sambung Doktor Arisa lagi.

"Apa yang patut saya buat sekarang ni, doktor?"

Soal Alfi. Dia kelihatan serabut.

"Saya akan rujuk kes isteri Encik Alfi kepada doktor pakar. Pihak sana akan terangkan tentang penyakit ini dengan lebih detail kepada encik. Apa yang boleh saya katakan, rawatan untuk Schizophrenia ini adalah dengan pengubatan yang berterusan iaitu tablet dan suntikan, rawatan Electroconvulsive therapy, aktiviti kerja, dan bercakap dengan seseorang yang terlatih. Yang paling penting sekali, Puan Hasya perlu mendapatkan sokongan keluarga. Saya harap Encik Alfi dapat bersabar. Ini semua ujian Allah untuk keluarga Encik Alfi."

***



HASYA ✅Where stories live. Discover now