HASYA POV
Hari ini, sudah genap seminggu aku, Alfi dan Elyna menginap di rumah ibu mertuaku. Selama seminggu juga la aku selalu makan hati berulamkan jantung dengan perangai ibu mertua yang tidak menyukaiku tapi aku tabahkan juga hati ini demi Alfi dan Elyna. Acap kali juga diri aku dibanding-bandingkan dengan arwah isteri Alfi namun aku sedaya upaya berusaha untuk tidak mengambil hati akan perkara itu.
Pelbagai cara telah aku cuba untuk memenangi hati ibu mertuaku namun segalanya sia-sia kerana hatinya ibarat seperti besi yang sukar dicairkan. Aku beruntung kerana suamiku tidak putus-putus memberi semangat kepadaku agar aku tidak mudah berputus asa.
"Dah siap kemas ke?"
Suara Alfi menyentakkan lamunanku yang sedang memasukkan pakaian-pakaian aku dan Alfi di dalam luggage. Aku kaku seketika.
"Er? Erm... Sikit je lagi."
Setelah memastikan semua barang-barang penting ada, aku menzipkan luggage tersebut. Aku perasan yang sejak tadi lagi Alfi merenungku tapi aku buat-buat tidak nampak.
"Saya nak pergi tengok Ely dalam bilik dia sekejap."
Jujur aku rasa tidak selesa apabila diperhatikan sebegitu.
"Kenapa ni?"
Soal Alfi lembut sambil memegang lenganku membuatkan langkahku terhenti. Mungkin dia perasan akan ketidakselesaanku. Aku tunduk melihat lantai. Malu untuk bertatapan dengan suamiku. Ya. Alfi telah menjadi suamiku dalam erti kata yang sebenar semalam. Ya! Semalam.
"Sya menyesal ke dengan apa yang dah berlaku malam tadi?"
Alfi menangkap lenganku membuatkan langkahku mati.
Bahasa panggilannya terhadapku juga turut berubah sejak semalam. Muka ku merona merah apabila mengingati kejadian semalam.
***
"Mama dah cakap dari dulu lagi yang perempuan macam ni tak layak dibuat bini, tapi Fi degil. Harap muka je lawa tapi satu kerja pun tak reti buat! Eh! Kau tak layak la jadi menantu aku!"
Mama menuding jari ke arahku yang sudah menangis teresak-esak.
"Apa lagi ni, ma?"
Alfi yang baru pulang dari kerja terus meluru ke arah kami berdua. Terkejut dia melihat tubuhku yang basah akibat disimbah oleh ibu mertuaku dengan air mop lantai yang masih bersisa di dalam baldi.
"Hasya? Kenapa ni? Sampai basah-basah macam ni?"
Alfi memandangku untuk meminta penjelasan.
"Isteri kamu ni nak bunuh mama!"
Aku menggeleng apabila Alfi memandang ke arahku. Bahuku terhenjut-henjut menahan sedu.
"Apa dah jadi ni?"
Soal Alfi sekali lagi.
"Ada ke patut perempuan ni biarkan air mop tumpah atas lantai. Nasib baik mama perasan tadi. Eei! Perempuan ni memang tak guna betul! Kau memang saja kan nak bunuh aku?! "
Mama menolak kepalaku.
"Enough, ma!"
Suara Alfi tegas.
"Hasya! Kemas balik semua ni lepas tu naik bilik!"
Arah Alfi lalu terus berlalu.
"Kau dengar tu? Jangan harap anak aku nak bagi muka dekat kau!"
YOU ARE READING
HASYA ✅
RomanceBerkahwin dengan duda anak satu??? Ya. Itulah keputusan yang dibuat oleh Hasya Fathini setelah dilamar oleh seorang duda anak satu, Alfi Hareez demi keinginan seorang kanak-kanak yatim yang merindui belaian manja dari seorang ibu. Nyatanya, Hasya t...