HASYA #24

23K 528 7
                                    

Malam itu, hujan turun dengan lebatnya. Bunyi guruh berdentum dan kilat sabung menyabung membuatkan Hasya terjaga dari tidur secara mengejut. Tubuhnya menggigil kerana ketakutan. Dia memandang Alfi yang sedang lena di sebelahnya. Saat-saat begini, dia teringat akan kakaknya, Mira.




"Akak... Adik takut."

Bunyi guruh berdentum menyebabkan Hasya menangis teresak-esak. Mira terus memeluk adik kesayangannya di sebelah. Dia cukup arif tentang ketakutan adiknya yang satu itu.

"Jangan takut ye, dik. Akak ada ni."

Mira terus-terusan memujuk adiknya.
"Dik, akak nak tutup langsir sekejap. Adik tunggu sini kejap."

Hasya menggeleng sambil menangis.

"Taknak, kak. Jangan tinggalkan adik. Adik takut."

Hasya memegang erat tangan kakaknya bagi menghalang daripada kakaknya bangun meninggalkannya sendirian di atas katil.

"Akak tak tinggalkan adik. Akak nak tutup langsir tu. Sekejap je."

Hasya tetap menggeleng. Tiba-tiba, pintu bilik dibuka dengan kasar dari luar. Kedua-dua beradik itu tersentak.

"Mira, ayah panggil."

Ujar seorang lelaki.

"Ayah dah balik ke, abang?"

Soal Mira.

"Dah. Baru je tadi. Cepat la. Dia panggil."

Mira memandang Hasya.

"Akak keluar kejap tau. Adik tunggu sini."

Nak tak nak, Hasya terpaksa akur melepaskan kakaknya pergi dan itulah kali terakhir dia melihat kakaknya sebelum kakaknya itu menghilangkan diri tanpa khabar berita.




Alfi terjaga apabila terdengar suara tangisan di sebelahnya. Digosok-gosok matanya sebelum dia bangun.

"Sya? Kenapa ni? Sya okay tak?"

Terkejut Alfi apabila melihat isterinya yang sedang duduk sambil memeluk lutut itu. Alfi menyentuh bahu isterinya.

Bunyi guruh berdentum menyebabkan Hasya memeluk tubuh suaminya secara spontan.

"Shh... Shh... Fi ada sini. Sya jangan takut."

Alfi membalas pelukan isterinya sambil memujuk penuh kelembutan. Semakin erat Hasya memeluk suaminya.

"Jangan tinggalkan saya. Jangan tinggalkan saya."

Hasya mengongoi dalam pelukan suaminya. Alfi menggosok-gosok perlahan belakang isterinya.

"Shh... Fi tak tinggalkan Sya. Sya tenang ye, sayang?"

***



HASYA ✅Where stories live. Discover now