Alfi gelisah. Dari tadi dia cuba menghubungi Hasya namun panggilannya tidak berjawab.
"Hasya... Where are you? Please pick up the phone..."
Alfi mengeluh apabila panggilannya disambut oleh operator.
"Fi? Macam mana? Dapat cari isteri kamu?"
Soal Puan Izzah sebaik saja dia kembali ke wad cucunya dari surau.
Alfi menggeleng.
"Belum, ma."
Puan Izzah mengeluh.
"Pergi la cari dia, Fi. Mama tak sampai hati tengok Ely macam tu. Hari-hari dia sebut nama Hasya. Ni sejak masuk wad, makin kerap dia mengigau panggil Hasya. Do something, Alfi. Tak kesiankan anak ke?"
Alfi menguak rambutnya ke belakang. Sejak akhir-akhir ini dirinya serasa tidak terurus dengan masalah rumahtangganya ditambah lagi dengan keadaan kesihatan anaknya yang semakin merosot.
"Fi nak cari kat mana, ma? KL ni bukannya kecik. Entah-entah dia dah takde kat KL ni."
Alfi menghela nafas panjang.
"Cari kat mana-mana pun. Kalau perlu, kamu upah orang untuk cari dia."
Nak tak nak, Alfi terpaksa akur. Dia sudah bosan mahu mendengar bebelan mamanya tentang Hasya.
"Ye la, ma. Fi cuba cari. Mama tolong jagakan Ely. Kalau ada apa-apa terus call Fi."
Puan Izzah mengangguk. Alfi salam mencium tangan mamanya.
"Hati-hati, Fi."
Pesan Puan Izzah.
"Ye, ma. Fi pergi dulu."
***
Sedang Alfi cuba menghubungi Hasya lagi sambil berjalan keluar dari wad menuju ke lif, tiba-tiba dia terlanggar bahu seseorang.
"Ops! Sorry. Sorry, bro."
Lelaki itu mengangkat tangan tanda tidak mengapa sebelum beredar.
Alfi sempat memandang sekilas wajah lelaki yang dilanggarnya itu.
'Macam kenal.'
Detik hati Alfi.
Tiba-tiba, handphone Alfi berdering minta diangkat.
MAMA
"Hello, ma? Fi belum keluar hospital lagi. Kenapa?"
Panggilan daripada Puan Izzah dijawab.
"Kunci kereta?"
Alfi meraba poket kiri dan kanan seluarnya.
"Allah. Fi lupa nak ambik. Kejap Fi naik balik."
Alfi mematikan talian.
Nasib baik mamanya menghubunginya memberitahu bahawa kunci keretanya tertinggal di atas meja di dalam wad yang didiami anaknya.
Alfi memusingkan tubuhnya untuk kembali semula ke wad anaknya dan dia terkejut apabila melihat lelaki yang dilanggarnya tadi berdiri di hadapannya.
"Kau ni suami Hasya, kan?"
Soal lelaki itu.
"Ya. Kau kenal aku ke? Sorry aku tak cam."
Pelik Alfi memandang lelaki yang memakai cap di kepalanya.
"Kamal."
Lelaki itu memperkenalkan dirinya Mereka saling berjabat tangan.
"Kau tak cam aku?"
YOU ARE READING
HASYA ✅
RomanceBerkahwin dengan duda anak satu??? Ya. Itulah keputusan yang dibuat oleh Hasya Fathini setelah dilamar oleh seorang duda anak satu, Alfi Hareez demi keinginan seorang kanak-kanak yatim yang merindui belaian manja dari seorang ibu. Nyatanya, Hasya t...