HASYA #22

27.1K 605 4
                                    

HASYA POV

Sudah seminggu kami sekeluarga kembali ke rumah rumah Alfi. Aku lega. Sekurang-kurangnya buat masa ini aku boleh terlepas daripada ibu mertuaku yang super duper garang itu.

Sudah seminggu juga peristiwa di mana Alfi meluahkan rasa cintanya kepadaku. Entahlah. Sejujurnya aku masih keliru dengan perasaanku sendiri. Aku sayangkan Alfi. Cinta? Aku masih keliru.

Aku baru teringat bahawa ada suatu perkara yang perlu aku selidiki. Ya! Gambar seorang wanita yang aku temui di dalam almari pakaian suamiku tenpoh hari sewaktu di rumah mama Alfi.

Aku perlu pastikan identiti wanita itu. Mungkin inilah waktu yang tepat untuk aku memulakan misiku mencari tahu siapa wanita itu dan apa perkaitannya dengan Alfi memandangkan Alfi sudah berangkat ke tempat kerjanya manakala Elyna pula sudah ke taska.

Aku mula menyelongkar dan menyelak satu per satu fail yang berada di dalam laci di bilik Alfi. Mungkin aku akan temui jawapannya.

Sedang aku menyelak sebuah fail, tiba-tiba sekeping gambar terjatuh di lantai. Aku terpana. Gambar itu merupakan gambar mesra Alfi sedang berpelukan dengan m wanita yang aku temui gambarnya di dalam almari Alfi tempoh hari. Tubuhku tiba-tiba menggigil. Air mataku menitis di pipi. Fail yang berada di tanganku terlepas dari pegangan. Beberapa helai kertas terkeluar daripada perut fail itu.

SURAT AKUAN NIKAH

Aku menarik helaian kertas itu lalu membacanya satu per satu. Apabila terbaca sebaris nama yang sangat aku kenali, hatiku begitu sakit.

Nur Amira Fathia binti Nazmi

Nama aku Nur Hasya Fathini binti Nazmi. Ya! Tak salah lagi. Dia kakak aku! Dia memang kakak aku. Kakak yang dahulunya sangat aku sayangi namun sejak dia meninggalkan aku, perasaan benci dan dendam terus bersarang di hatiku. Selama seminggu ini aku cuba menyangkal bahawa wanita itu adalah kakakku. Barangkali hanya pelanduk dua serupa namun sangkalanku ternyata meleset sama sekali.

'Patutlah kau tinggalkan aku, rupa-rupanya kau hidup senang. Kau biarkan aku hidup terkontang-kanting. Kau memang kakak tak guna!'

Aku merenyukkan gambar itu dalam genggamanku. Hatiku bagai disiat-siat.

***

Aku termenung di sofa di ruang tamu sementara menunggu kepulangan Alfi dan Elyna. Fikiranku menerawang entah ke mana.

Aku tak sangka yang aku telah berkahwin dengan abang ipar aku sendiri dan ternyata Elyna merupakan anak saudaraku. Ya Allah! Dugaan apakah ini?

Aku tersentak saat terasa ada sesuatu yang mencium rambutku. Terus ku palingkan wajahku menghadap tuan empunya badan. Siapa lagi kalau bukan Alfi.

"Termenung apa ni sayang? Sampai Fi balik pun Sya tak perasan?"

Alfi melabuhkan punggungnya di sebelahku. Matanya tak lepas daripada merenungku. Mungkin menunggu jawapan yang keluar dari mulutku.

"Tak de pape."

Aku cuba menutup kegugupanku.

"Jangan bohong. Fi tak suka tau orang bohong Fi. Tambah-tambah lagi isteri Fi sendiri. Kalau ada apa-apa please cakap dengan Fi."

Ujar Alfi bersungguh-sungguh. Aku memberanikan diri untuk mengusap pipinya. Yes! Berjaya.

"Tak ada apa la, Alfi. Kenapa suami saya risau sangat ni? Isteri awak kan ada depan mata awak ni?"

"Mana Fi tak risau, Sya. Memang la isteri Fi ada depan mata Fi tapi fikiran dia entah dah terbang ke tempat lain."

Aku rasa serba salah.

"Okay la. Saya mintak maaf, ok? Jomlah kita naik bilik. Awak mandi lepas tu kita makan ye?"

Aku mencapai briefcase Alfi di tangannya dan bersedia untuk bangun namun pantas tanganku ditarik menyebabkan aku jatuh terduduk di atas riba Alfi.

"Dah lupa eh?"

Aku mengerutkan dahi.

"Lupa apa?"

Aku betul-betul tak faham sampai la Alfi menunjukkan tangan kanannya.

"Ya Allah. Saya mintak maaf. Lupa pulak."

Aku menayangkan sengihan lalu aku capai tangannya dan ku kucup penuh hormat.

"Dah. Jom naik."

"Ehem... Tak sabar sangat nak naik bilik ni ada apa-apa ke?"

Aku membulatkan mata memandang Alfi. Faham sangat maksud tersurat dan tersirat di sebalik kata-kata dia tu.

"Gatal!"

Aku mencubit pehanya.

"Aduhh! Apa pulak Fi yang gatal? Fi cuma tanya je. Sya yang fikir bukan-bukan. Haa tengok. Siapa yang gatal sekarang ni?"

Aku mendengar suara ketawa di hujung ayatnya. Grr... Balik-balik aku yang terkena.

"Ish! Malas la cakap dengan awak ni. Awak tak nak naik sudah. Biar saya naik sorang-sorang."

Aku terus bangun dari sofa.

"Haa merajuk la tu. Takpe biar abang pujuk."

Belum sempat aku melangkah, terasa tubuhku berada di awang-awangan.

"Eii awak! Apa ni? Turunkan saya! Malulah kalau anak nampak!"

Alfi ketawa. Aku memerhati sekeliling. Eh? Elyna mana? Bukan ke sepatutnya dia pulang bersama-sama Alfi?

Takut jatuh punya pasal, aku terus melingkarkan tanganku di leher Alfi.

"Awak, Ely mana?"

Alfi ketawa lagi.

"Sayang baru sedar ke anak takde?"

Aku mengetap bibir.

"Fi gurau je la. Tadi Fi hantar Ely pergi rumah mama sebab mama kata nak bawak dia pergi event apa entah."

"Ohh..."

Malam ni mesti aku rindukan Elyna.

Melihat kebisuanku, Alfi terus menyoal.

"Kenapa ni, Sya?"

"Takde pape. Saya cuma terfikir. Mesti saya rindukan Ely malam ni."

"Hmm... Tak pe. Papa Ely ada. Nanti papa Ely hilangkan rindu mama ye? Mama cakap je mama nak berapa round malam ni?"

Eiii tak senonoh punya Alfi. Suka sangat cakap kotor depan aku. Geram betul. Aku menyembunyikan wajahku di sebalik dadanya yang berbalut kemeja biru. Entah kenapa, aku sukakan bauan maskulin dari tubuhnya.

"Malulah tu."

Alfi ketawa lagi lalu terus mencempung tubuhku menaiki tangga. Apa yang aku rasakan saat ini? Bahagia? Ya! Aku sangat bahagia.



HASYA ✅Where stories live. Discover now