HASYA POV
Aku kelu untuk bersuara. Kenapa tiba-tiba Alfi mengajukan soalan seperti ini kepadaku? Melihat kebisuanku, pantas Alfi bersuara.
"Never mind. Just forget it. Ni dah siap kemas ke belum? Kejap lagi kita nak gerak dah."
Hampakah dia? Tak mungkin. Bukankah dia menikahiku semata-mata kerana Elyna? Ya. Pernikahan kami ini adalah semata-mata demi Elyna.
"Sya? Hey... Mengelamun ke apa ni?"
Alfi mengagau-gagau tangannya di hadapanku.
"Apa awak cakap tadi?"
Alfi menggeleng.
"Fi tanya Sya dah siap kemas ke? Kejap lagi kita dah nak gerak."
Aku pantas mengangguk.
"Sebelum balik, kita singgah hospital dulu tau."
Aku mengerutkan dahi.
"Hospital? Siapa yang sakit? Awak sakit ke? Takkan Elyna? Setahu saya appoinment Ely dengan doktor lusa kan?"
Ya. Aku memang sangat peka dengan temujanji Elyna dengan doktor pakar.
Alfi menggeleng."Bukan Fi. Bukan Elyna. Tapi awak, sayang..."
Terasa bahang wajahku apabila Alfi memanggilku dengan gelaran sayang buat pertama kalinya. Aku tak salah dengarkan? Atau aku sedang bermimpi?
"Tengok tu. Mengelamun lagi. Sya fikir apa ni?"
Aku tersentak apabila terasa ada tangan yang mengusap bahuku.
"Hah? Err... Takde pape."
"So boleh ke tak ni?"
"Boleh apa?"
"Kita singgah hospital sebelum balik."
"Untuk apa? Saya tak sakit la."
Baru teringat kata-kata Alfi sebentar tadi untuk singgah ke hospital kerana aku. Aku bukannya sakit apa-apa sampai nak ke hospital segala bagai.
"Fi nak doktor check apa sakit Sya sebab Fi tengok Sya ni kuat sangat mengelamun."
Alfi tergelak kecil.
Cis! Kurang asam punya suami. Dia kenakan aku rupanya. Aku pantas mengambil bantal di atas katil lalu membalingnya ke arah Alfi namun dia sempat mengelak. Mendidih darahku apabila terdengar bunyi gelak tawanya sambil terbaring di atas katil. Entah apa yang kelakar sangat pun aku tak tau. Suka la tu dapat kenakan aku! Grr!
"Ish! Dah la. Malas saya layan awak. Saya pergi tengok Ely lagi bagus."
Saat aku mahu melangkah, tiba-tiba terasa kakiku disenggol. Aku tidak dapat mengimbangkan badanku lalu terus terjatuh di atas badan Alfi.
Turun naik nafasku kerana terlalu terkejut.
"Awak ni suka cari pasal dengan saya kan? Eeeii!!!"
Aku terus memukul-mukul dada Alfi kerana terlalu geram.
"Aduhhh!"
Tanganku terhenti daripada memukul dada Alfi apabila tiba-tiba Alfi mengaduh sambil memegang dadanya. Aku panik!
"Awak? Awak kenapa ni?! Saya mintak maaf. Awak!"
Aku bertambah panik apabila melihat kerutan di wajahnya seolah-olah sedang menahan sakit.
Sedang aku kalut, tiba-tiba...
Chuppp!
Bibir Alfi menyentuh sekilas bibirku membuatkan aku terpana. Jantungku berdegup hebat.
Tubuhku yang berada di atas badan Alfi dipeluk erat.
"Fi tak salah pilih Sya sebagai isteri Fi, mama untuk Ely. Terima kasih sayang. I love you."
***
YOU ARE READING
HASYA ✅
RomanceBerkahwin dengan duda anak satu??? Ya. Itulah keputusan yang dibuat oleh Hasya Fathini setelah dilamar oleh seorang duda anak satu, Alfi Hareez demi keinginan seorang kanak-kanak yatim yang merindui belaian manja dari seorang ibu. Nyatanya, Hasya t...