HASYA #37

16.6K 395 6
                                    

Tok! Tok! Tok!

"Come in!"

Clara, pembantu peribadi Alfi masuk ke ruang pejabat majikannya.

"Yes, Clara?"

Soal Alfi sambil matanya tidak lekang daripada menyelak satu per satu helaian dokumen di dalam fail di hadapannya itu.

"Tuan Alfi, tadi I baru dapat call dari Maju Holdings Company. Pihak sana kata ada masalah dekat site di JB. Diorang minta Tuan Alfi ke sana as soon as possible."

Dahi Alfi berkerut. Matanya beralih memandang pembantu peribadinya itu.

"Diorang ada bagitahu you apa masalahnya?"

Clara menggeleng.

"No, Tuan Alfi. Pihak mereka cuma sampaikan pesan suruh Tuan ke sana."

Alfi memusing-musingkan pen di tangannya.

"Okay. You inform dekat pihak sana yang I akan ke JB this afternoon."

"Alright, Tuan Alfi."

***

Alfi tersandar di kerusi setelah Clara keluar dari biliknya. Keluhan berat dilepaskan.

IPhone 7 miliknya dicapai lalu dia mendail nombor isterinya.

"Assalamualaikum, sayang?"

"Waalaikumussalam, abang. Rindu sayang ke?"

Alfi tersenyum sendiri apabila mendengar suara ceria isterinya.

"Hari-hari abang rindu sayang walaupun sayang depan mata abang."

Kedengaran suara Hasya tergelak kecil di hujung talian.

"Ada apa abang call sayang ni? Biasanya abang whatsapp je? Ada hal penting ke?"

Kedengaran suara Alfi mengeluh.

"Abang okay tak ni?"

Soal Hasya.

"Petang ni abang kena pergi JB. Ada problem dekat site."

Hasya terdiam setelah mendengar kata-kata suaminya.

"Sayang? Are you there?"

Hasya tersentak.

"Ye... Berapa hari abang kat sana?"

"Tak sure, sayang. Abang pun tak tau apa masalah sebenar. Ni abang terus gerak je dari office petang ni. Sayang ikut abang?"

Entah kenapa, Alfi rasa tidak sedap hati untuk meninggalkan anak dan isterinya di rumah.

"Tak boleh la, bang. Ely kan sekolah. Abang tak balik rumah dulu?"

Soal Hasya. Alfi melihat jam di tangannya.

"Tak sempat la, sayang. Sayang take care tau. Jagakan Elyna untuk abang."

"Ermm...Okay."

"I love you, sayang. Bye."

"I love you too, abang. Abang take care kat sana. Bye."


***

"Bad, kau sure ke suami Hasya takde kat rumah?"

Soal Kamal cuak.

"Kau ikut je plan aku ni. Aku confirm laki dia takde kat rumah malam ni. Kau tengok la, dah pukul 11 malam kereta laki dia takde kat rumah. Maknanya dia takde la tu."

Kamal hanya membuntuti Badrul menyelinap masuk ke dalam kawasan rumah Hasya dan Alfi.

"Kau pegang sapu tangan ni. Aku dah letak cloroform. Kau masuk je bilik dia nanti, kau tekup mulut dia pakai benda alah tu."

Kamal mencapai sapu tangan yang dihulurkan oleh Badrul.

"A-aku takut la, Bad."

"Kau jangan jadi pengecut la, Mal!"

Keras suara Badrul berbisik kepada Kamal.

Badrul mengumpil tingkap yang tertutup rapat itu dengan menggunakan skru driver yang dibawanya di dalam poket seluarnya.

***

Hasya yang sedang bergelak tawa di balkoni biliknya sambil bercakap dengan suaminya di dalam telefon itu tidak sedar bahawa dirinya sedang diperhatikan.

"Abang rest la. Sayang pun dah mengantuk ni."

Hasya tersenyum.

"Miss you too, abang. Waalaikumussalam."

Hasya menghela nafas sebelum dia memusingkan tubuhnya untuk masuk ke bilik namun dia terkejut apabila melihat dua lelaki bertopeng sedang berdiri di hadapannya kini.

Dunianya berasa gelap apabila salah seorang lelaki bertopeng itu tiba-tiba menekup mulutnya dengan sapu tangan sebelum sempat dia menjerit meminta tolong.

***












HASYA ✅Where stories live. Discover now