"Sayang... Abang nak tanya sikit boleh?"
Soal Alfi sambil bermain-main dengan jemari isterinya saat mereka sama-sama berbaring di atas katil.
"Apa dia, bang?"
"Hmm..."
Hasya melihat suaminya itu kelihatan teragak-agak untuk bersuara.
"Abang nak tanya apa?"
"Abang cuma nak tau pasal background isteri abang ni. Dari mula-mula abang kenal sayang sampai sekarang ni sayang tak pernah cerita apa-apa pun kat abang. So, mind to share with me?"
Hasya terdiam. Riak wajahnya turut berubah. Bukan dia tidak mahu bercerita tentang keluarganya kepada suaminya tapi baginya tiada apa yang menarik yang hendak diceritakan.
"Sayang?"
Hasya tersedar daripada lamunan apabila Alfi memanggil namanya.
"Apa yang abang nak tau pasal sayang?"
Soal Hasya.
"Hmm... Abang nak tau pasal parents sayang, family sayang and semua pasal sayang la."
Hasya terus menyembamkan wajahnya di dada suaminya. Saat itu juga, air matanya turut mengalir deras. Melihat isterinya tiba-tiba begitu, Alfi jadi panik.
"Sayang? Hey... Kenapa ni? Sayang okay tak ni?"
Alfi mengusap perlahan rambut isterinya. Hasya tidak menjawab.
"Sayang? Okay-okay abang janji abang tak tanya dah pasal ni kalau hal ni yang buatkan sayang sedih. Im so sorry. Sayang jangan nangis macam ni please?"
Pujuk Alfi. Ternyata pujukan Alfi itu membuatkan isterinya bertambah sedih dan sayu lalu Alfi mengambil keputusan untuk membiarkan saja isterinya melepaskan kesedihan di dalam pelukannya.
***
Alfi merenung isterinya yang tidur lena selepas tangisannya reda. Kelopak mata isterinya dikucup penuh kasih.
'Apa yang membuatkan sayang abang ni sedih sangat? Sayang taknak share dengan abang ke? Izinkan abang untuk turut berkongsi kesakitan yang sayang tanggung selama ni, sayang. Abang cintakan sayang sepenuh hati abang.'
***
YOU ARE READING
HASYA ✅
RomanceBerkahwin dengan duda anak satu??? Ya. Itulah keputusan yang dibuat oleh Hasya Fathini setelah dilamar oleh seorang duda anak satu, Alfi Hareez demi keinginan seorang kanak-kanak yatim yang merindui belaian manja dari seorang ibu. Nyatanya, Hasya t...